Select Page
Kena Sound Mengundi Atau Tidak Oleh Netizen, Nur Sajat Beri Penjelasan!

Kena Sound Mengundi Atau Tidak Oleh Netizen, Nur Sajat Beri Penjelasan!

Malaysia meraikan keputusan Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini dan pastinya, sebilangan netizen menyambut keputusan dengan pelbagai cara selain bertanya itu dan ini kepada selebriti Malaysia.

Antara yang menarik perhatian kami ialah komen pedas yang diberikan pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat.

Komen yang diberikan penyanyi Makhluk Penggoda kepada salah seorang pengikutnya di platform FB itu adalah berkenaan dengan lokasinya membuang undi bagi PRU kali ini.

Ada beberapa pengguna media sosial bertanya sama ada Sajat ada mengundi atau sebaliknya. Malah tidak kurang yang bertanya di manakah dia bakal membuang undi.

Bagaimanapun, Sajat dilihat memberi komen terhadap salah satu pertanyaan yang diberikan. Ini katanya apabila dia dikatakan bakal membuang undi di Sitiawan, Perak;

“Saya tak mengundi..saya pun bukan duduk kat sitiwan…saya dudukndi kota damansara!!! Kat sitiawan tu saya last duduk time umur 16 tahun..plz lah nak buat info2 nak aibkan org yer…

 

“Pi tanya org sitiawan!!! Berapa lama saya balik sana!!!sebab keluarga kami semua pindah kl…sitiawan tu cuma tinggal kenangan..tq,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #hates.

Difahamkan, pertanyaan yang diutarakan netizen itu adalah berkait rapat dengan butiran daftar pemilih yang dikatakan milik Sajat mulai tular di internet.

 

Pernah Tolak Tawaran Berlakon Filem Dengan Datuk Awie, Sajat Akui Tak Kisah Pegang Apa Saja Watak

Pernah Tolak Tawaran Berlakon Filem Dengan Datuk Awie, Sajat Akui Tak Kisah Pegang Apa Saja Watak

Pengasas kosmetik yang viral, Nur Sajat yang baru sahaja muncul menerusi program realiti menerusi portal Tonton, Nur Sajat Rated Extra mengakui sebelum ini dia ada menerima beberapa tawaran lakonan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu terpaksa menolak dengan cara baik tawaran lakonan yang diberikan kerana mahu memberi fokus terhadap perniagaan.

Katanya kepada MH, sebelum ini dia ada menerima tawaran berlakon dengan Datuk Awie namun watak tersebut juga terpaksa ditolak kerana pada waktu itu, dia sedang sibuk membangunkan kedai emas, Nur Sajat Gold.

“Tawaran berlakon tu masih lagi ada. Misalnya beberapa bulan lalu dapat tawaran berlakon filem dengan Datuk Awie. Kiranya dalam filem tersebut peranan saya adalah sebagai orang kanan kepada Awie.

 

Difahamkan, penggambaran berjalan di Pulau Pinang. Jadi saya terpaksalah tolak memandangkan perlu beri fokus pada perniagaan,”katanya jujur.

Terdahulu, Sajat sebelum ini pernah membuat penampilan khas di dalam drama rantaian, My Coffee Prince dan pernah terlibat menerusi filem Ophilia beberapa tahun lalu. Turut beraksi di dalam filem berkenaan ialah Pekin Ibrahim dan Que Haidar.

Ditanya sama ada dia menyesal kerana menolak tawaran tersebut, Sajat memberitahu dia lebih mahu memberi tumpuan kepada perniagaan, meski watak yang diberikan cukup menarik perhatiannya.

“Saya tidak kisah untuk memegang apa-apa watak. Cumanya itulah…tak dapat berlakon di dalam filem tu sebab ia turut dibarisi dengan pelakon hebat lain selain ia aksi dan wataknya pun berkarektor. 

Foto: Instagram Nur Sajat

 

“Untuk Mewarnai Industri Seni Sajalah. Bukan Nak ‘Celah Bedah’ Sesiapa Pun…” Kata Sajat Bila Dikata Gila Glamor

“Untuk Mewarnai Industri Seni Sajalah. Bukan Nak ‘Celah Bedah’ Sesiapa Pun…” Kata Sajat Bila Dikata Gila Glamor

Pengasas kosmetik, Nur Sajat yang kini muncul menerusi program realiti sendiri di saluran Tonton, Nur Sajat Rated Xtra mengakui penglibatannya di dalam dunia nyanyian bukanlah bersifat sepenuh masa.

Sebaliknya, pelancaran single sulungnya yang berjudul Makhluk Penggoda yang turut menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai penampilan khas itu tidak lebih daripada hanya sekadar mewarnai industri seni.

Kongsi Sajat juga, dia menafikan cakap-cakap orang yang dia seorang yang mahu bersaing dengan penyanyi sedia ada dan gila glamor.

“Lagu tersebut sepatutnya dilancarkan beberapa bulan selepas single Abang Nak Tegur dimainkan di media sosial. Bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pelancaran Makhluk Penggoda terpaksa dianjakkan tarikhnya. Tapi tidak mengapa kerana prosesnya berjalan dengan baik. 

 

“Kalau nak dikata mengenai kecaman sedemikian, saya sendiri tak boleh nak sekat. Lagu ini hanyalah sekadar hiburan, mewarnai industri seni sahajalah. Bukan nak ‘celah bedah’ sesiapa pun sebab saya tahu kemampuan diri. Tak letak harapan untuk bawa lagu ini ke peringkat seperti Juara Lagu, pencalonan terbaik dan sebagainya. 

 

“Sebab bagi saya, hiburan sudah jatuh ke nombor tiga atau empat, yang paling penting bagi saya sekarang adalah perniagaan yang saya jalankan sekarang. Malah tak ada niat untuk nak tiru sesiapa sebab bila tawaran diberikan, mengapa tidak untuk kita cuba. Lagi pula ia hanyalah untuk suka-suka sahaja,” katanya jujur  kepada MH. 

Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur daripada Aliff Syukri yang turut menampilkan Sajat menerima kecaman yang bukan calang-calang menerusi media sosial sehingga mengumpul tanda tidak suka yang tinggi menerusi YouTube, meski tontonannya menjangkau jutaan tontonan.

Wow… bila Sajat buat pertama kali perform single pertamanya, Makhluk Penggoda di majlis pelancaran program realitinya, Nur Sajat Rated Xtra yang bersiaran menerusi Tonton. .And yes, ini Makhluk Penggoda dalam mood VHS!.Okay ke idok? Ce komen sikit tp #janganmembawang sangat ok..

Posted by MEDIA HIBURAN on 16hb Mac 2018

 

Sajat Tak Kisah Kena Kritik Atau Makhluk Penggoda Dapat Dislike Tinggi. Bukan Tak Pernah Kena Pun Sebelum Ni…

Sajat Tak Kisah Kena Kritik Atau Makhluk Penggoda Dapat Dislike Tinggi. Bukan Tak Pernah Kena Pun Sebelum Ni…

Serentak dengan pelancaran single pertamanya, Makhluk Penggoda, pengasas kosmetik, Nur Sajat, mengakui sudah bersedia untuk berdepan dengan kritikan dan kecaman netizen.

Katanya, sejak awal penglibatannya dalam dunia industri secara langsung, dia sudah lali dengan pelbagai kritikan, dan sudah tidak lagi berkudis dengan kata-kata negatif yang diberikan kepadanya.

Meski mengakui dalam yang tidak suka ada juga yang setia menyokong, Sajat bagaimanapun mahu melihatnya dari sudut positif, tidak mahu membiarkan setiap cemuhan sebagai sesuatu yang membebankan.

Malah katanya kepada MH, penghasilan Makhluk Penggoda bukanlah untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada, tetapi tidak lebih sebagai sajian hiburan semata-mata.

“Saya nak fikir positif saja dan tidak kisah apa netizen nak cakap. Mereka nak ‘mulut bawang’ ke apa ke… tak mengapalah. Sebab sejak dulu lagi saya dah dikecam dan dikritik. Jadi hingga sekarang, ia tak beri kesan pun.

 

“Pada masa sama, saya juga tahu tahap keupayaan diri. Jadi, kalau lagu  ini nanti dapat tanda ‘dislike’ ke, saya tidak kisah. Yang dislike pun tengok juga,” katanya berterus terang.

Selain memperkenalkan single pertamanya itu, turut dilancarkan ialah program realitinya, Nur Sajat Rated Xtra yang disiarkan menerusi portal Tonton sejak 28 Februari lalu. Program sebanyak 30 episod itu memaparkan rutin kehidupan usahawan berkenaan.

Malah kongsinya lagi, sebelum bergelar usahawan, dia sudah terlibat sebagai penari dan menjadi penari di bawah syarikat Pak Ngah Production.

“Saya anggap semua ini sebagai rezeki. Selepas terlibat dalam lakonan menerusi filem Ophilia, kini saya ada single dan sekarang, ada program sendiri di Tonton,” kongsi Sajat yang turut menambah, bait-bait lirik menerusi lagu Makhluk Penggoda bukanlah daripada pengalaman atau ada kena-mengena dengan dirinya. 

Foto: Instagram Tonton

Selagi Dia Tak Hisap Dadah, Tak Berbogel, Tak Merompak…Saya Tak Ada Masalah – Datuk Seri Aliff Syukri

Selagi Dia Tak Hisap Dadah, Tak Berbogel, Tak Merompak…Saya Tak Ada Masalah – Datuk Seri Aliff Syukri

Pengasas kosmetik Lets Cantik, Nur Sajat baru sahaja melancarkan single sulungnya, Makhluk Penggoda yang turut menampilkan rakan baiknya, Datuk Seri Alifff Syukri sebagai penampilan khas. Sama seperti Abang Nak Tegur yang turut menampilkan Sajat, Makhluk Penggoda juga turut melakukan pendekatan sama.

Ditanya mengenai kerjasamanya dengan ahli perniagaan itu, Aliff mengakui penampilannya menerusi single tersebut tidak lebih daripada hanya mahu membalas jas baik Sajat yang turut melakukan featuring untuk lagu nya tidak lama dulu.

“Nak balas jasa baik Sajat. Sebab saya ada aura saya dan begitu juga dengan dia. Yang penting kita tak kacau orang. Selagi dia tak hisap dadah, tak berbogel, tak merompak… saya tak ada masalah,” katanya jujur kepada MH. 

Malah Sajat yang turut menemani Aliff ketika ditemubual, turut memberitahu penghasilan Makhluk Penggoda hanya untuk memeriahkan dunia hiburan dan industri semata-mata.

“Kita tak ada pesaing untuk dicaras atau tutup periuk nasi orang. Hanya sekadar hiburan dan mengharap pun untuk masuk sebarang majlis anugerah. Kalau ada, itu bonus,” kata Sajat sambil dipersetujui Aliff.

Dalam perkembangan lain, Aliff turut ditanya mengenai apakah yang mahu diperkatakan mengenai kegagalan filem pertama lakonannya, Badang yang disifatkan kurang berjaya untuk menarik perhatian pencinta filem negara ini.

“Saya tiada komen untuk itu. Apa yang boleh saya katakan, saya hanyalah talent dan sudah lakukan yang terbaik untuk filem tersebut,”jelas Aliff yang mengakui ada mendapat tawaran untuk sekali lagi beraksi di hadapan lensa kamera. 

Bagaimanapun, perincian mengenai tawaran tersebut masih belum boleh diberitahu.

“Tak nak cakap. Takut kena kena kecam lagi,” akhiri Aliff.

Foto: Aliff Syukri & Nur Sajat

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: