Select Page
Saharul Ridzwan Jatuh Sakit Sebab Terlebih Makan Durian?

Saharul Ridzwan Jatuh Sakit Sebab Terlebih Makan Durian?

Bagi penggemar raja buah, Durian pasti susah untuk menolak dari menikmati buah ini lagi-lagi bila datangnya musim Durian.

Tetapi jika dimakan secara berlebihan pula ia boleh memudaratkan kesihatan diri dan menyebabkan badan kepanasan.

Baru-baru ini MH ternampak perkongsian seorang pelakon lelaki, Saharul Ridzwan yang sedang terlantar di atas katil manakala tangannya pula disambungkan wayar untuk memasukkan air di dalam badan.

Walaupun sedang kesakitan, Ridzwan sempat menulis di ruangan kapsyen sakit itu penghapus dosa.

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

“Sakit tu penghapus dosa, tapi kalau sendiri cari penyakit, mcmmana? Semua sebab salah pilih kawan . 🤒 *takde emoji derian*. 🤨,” tulis Saharul.

Di ruang komennya pula, rata-rata peminatnya dilihat telah mendoakan agar kesihatan pelakon ini kembali pulih seperti sediakala.

Dalam pada itu ada juga yang berkata Saharul jatuh sakit kerana terlebih makan durian.

MH doakan agar Saharul kembali sembuh seperti sediakala dan selepas ini jangan makan durian banyak sangat ya takut jatuh sakit lagi.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Shiha Tertarik Dengan Lakonan Saharul

Shiha Tertarik Dengan Lakonan Saharul

Menyifatkan kerjayanya kian bersinar, penyanyi ‘kelahiran’ Mentor musim kelima, Shiha Zikir terharu menerima maklum balas peminat.

Pemilik nama sebenar, Nurshiha Mohd ini kini boleh melirik senyum lebar selain mendengar kata-kata semangat daripada peminat.

Luah penyanyi yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 2 November depan ini lagi, dia sudah kalis dengan pernyataan ramai mengenai kedudukannya dalam dunia seni.

Meski barisan singlenya menjadi siulan, namun Shiha sedar kemunculannya tidaklah serancak selebriti lain yang memiliki kuasa media sosial.

Bagaimanapun, Shiha sentiasa bersyukur, kerana mampu memberi yang terbaik buat pencinta seni dan paling penting, peminat setianya sendiri terus berdiri di belakang.

Mempunyai barisan pengikut yang kuat di Indonesia, bintang ini berterusan memasang visi untuk terus berkarya. Tiada langsung istilah mengalah atau berputus asa diri sebaliknya, penyanyi iras Rossa ini tekad mahu melakukan yang terbaik, apatah lagi Shiha kini muncul dengan single terbaru.

Lagu berjudul Jagakan Dia itu dinukil sepenuhnya komposer dan penyanyi muda berbakat besar, Ippo Hafiz. Bagi Shiha, lagu tersebut begitu dekat dengan diri, khasnya jalan cerita yang terinspirasi daripada kenalan rapat.

Suntik emosi menerusi muzik video

Berkongsi mengenai proses merakam lagu Jagakan Dia, Shiha yang sebelum ini popular menerusi lagu Seperti Novel Cinta memberitahu, dia sukar menerima sebarang lagu dengan mudah sebaliknya, sikap ‘fussy’ memilih mendorongnya bertemu ramai komposer dalam usaha mencari naskhah terbaik.

Pertemuan dengan Ippo membuahkan hasil apabila dia diberitahu komposer itu menyimpan sebuah lagu yang sudah lama dihasilkan, tetapi masih belum menemui penyanyi yang sesuai.

Justeru, kata Rossa, dia mengambil peluang mendengar demo dan hatinya terus rasa dekat dengan lagu Jagakan Dia.

“Ibarat dekat dengan diri, apatah lagi ia mengenai perjalanan cinta yang ada konfliknya. Saya setuju untuk merakamnya dan Alhamdulillah, akhirnya single ini dilancarkan dengan jayanya,” kata Shiha kepada Media  

Selain melancarkan single, majlis tersebut turut mengumumkan nama Shiha sebagai duta label kecantikan terkenal, Airish London yang dirasmikan Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar.

Selebriti berasal Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini ternyata berbesar hati menerima tawaran tersebut, apatah lagi dia adalah pengguna produk berkenaan sejak sekian lama.

“Kepercayaan mereka pada saya adalah satu amanah terbesar. Jadi, sudah pastinya saya cuba menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin, Insya-ALLAH,” tekad Shiha yang dilantik sebagai jurucakap untuk tempoh setahun.

‘Perah’ emosi demi muzik video

Shiha turut membuka sisi baru dalam kerjayanya apabila tampil sebagai pelakon di dalam muzik video Jagakan Dia.

“Memang sebelum ini saya pun turut tampil dalam muzik video. Namun kali ini agak berbeza kerana saya perlu ‘perah’ emosi untuk menyuntik elemen drama untuk lagu tersebut. Syukurlah, akhirnya kami dapat yang dimahukan. Meski penat, tapi berbaloi,” akui Shiha optimis.

Turut beraksi di dalam muzik video berkenaan ialah aktor terkenal, Saharul Ridzwan.

Ditanya mengapa mengambil hero drama Tauke Jamu sebagai pelakon utama di sampingnya, bintang D’Academy Asia itu tidak menolak bakat dan keberkesanan lakonan Saharul menjadi sebab utama dia memilih pelakon berkenaan.

“Kami ada beberapa nama. Bagaimanapun, saya lebih tertarik pada lakonan Saharul. Jadi, saya hubunginya sendiri menerusi Instagram dan Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Dia memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran sekali gus memudahkan saya untuk mendapatkan chemistry.

Shiha yang periang ini juga berkongsi pengalaman bahawa tidak sukar baginya membawakan babak air mata biarpun ada kru yang pelik dengan kerana penyanyi itu boleh melakukan saat beremosi itu dengan mudah.

“Sebab itulah, kalau diberi pilihan sama ada mahu berlakon watak garang atau air mata, rasanya saya akan pilih watak air matalah,” seloroh Shiha yang turut berharap muzik video tersebut dapat diterima baik pencinta muzik tempatan.

Rasa puas, berbaloi

Sementara itu, Shiha juga berterima kasih kerana beberapa pihak yang menyuntik dana bagi menghasilkan muzik video berdurasi lebih lima minit itu. Malah, dia sendiri turut berhabis demi menghasilkan muzik video yang mencapai standard yang dimahukan.

“Alhamdulillah, beberapa pihak termasuk pihak Airish London sendiri ada membantu di dalam menyiapkan muzik video ini. Rasanya bila boleh buat apa kita mahukan, barulah saya puas dan berbaloi dengan apa yang sudah dikeluarkan.

 

“Tambahan pula, saya kini sudah bergerak bersama syarikat pengurusan sendiri, SZ Entertaiment yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu. Oleh itu, sudah tentulah kami mahukan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Semoga anda semua menyukainya,” akhiri Shiha yang turut sibuk menguruskan peniagaan kanta lekap miliknya menerusi dalam talian, Shiha Lens. Terdahulu, Shiha turut merancang untuk melancarkan beberapa item solekan sendiri tahun hadapan.

Teks oleh: Rafiq Mazlan

Kononnya Selebriti Lemah Dalam Pendidikan, Saharul Ridzwan Mahu Ubah Persepsi Masyarakat

Kononnya Selebriti Lemah Dalam Pendidikan, Saharul Ridzwan Mahu Ubah Persepsi Masyarakat

Industri seni banyak melahirkan barisan selebriti yang begitu berkaliber dalam karier mereka tidak kira dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan dan lain-lain.

Tetapi sering kita dengar, ada segelintir masyarakat yang melabel golongan selebriti ini kurang bijak dan lemah dalam pendidikan.

Menerusi satu sumber pelakon, Saharul Ridzwan berkata dia ingin mengikis persepsi negatif segelintir masyarakat ini.

“Orang ramai tidak tahu artis sebenarnya berpendidikan. Lihat saja Soo Wincci yang bergelar doktor, bukan dia seorang saja, ada ramai lagi.

 

“Sehubungan itu, saya mahu ubah persepsi kononnya selebriti lemah dalam bidang pendidikan,” katanya.

Terdahulu Saharul pernah mengikuti pengajian dalam bidang teknokogi penyelenggaraan pesawat namun tidak dihabiskan oleh itu Saharul terfikir untuk mengambil pengajian dalam bidang yang sama nanti.

“Saya mahu teruskan pengajian itu. Saya fikir macam rugi saja berhenti dulu sebab jiwa saya masih dalam bidang itu,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon ini juga menanam hasrat untuk menceburi bidang pendidikan dan menjadi seorang pakar motivasi.

“Saya banyak mendapat tawaran memberi ceramah di universiti dan kolej tempatan, jadi mengapa tidak mencuba.

 

“Namun, untuk beri ceramah, kita perlu ilmu. Jadi saya mahu menimba ilmu sebelum melakukannya,” ujarnya lagi.

Kata Saharul lagi, jika boleh dia ingin berjumpa dengan pelakon, Fizo Omar dan menuntut ilmu dengannya namun masih belum berkesempatan.

Kami di MH Online mendoakan agar segala yang diimpikan dan dirancang oleh Saharul berjalan lancar dan dipermudahka.

Benar apa yang dikatakan oleh Saharul, jangan ingat semua artis itu tidak berpendidikan malah mereka mungkin lebih bijak dari anda cuma mereka tidak memilih profesion yang lebih profesional sebagai karier.

Sumber: Berita Harian

Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap

Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap

Wah tak sangka pelakon lelaki yang baru sahaja bergelar bapa beberapa bulan lalu, Saharul Ridzwan boleh menyanyikan lagu rap.

Semalam di akaun Instagram Saharul, dia telah memuatnaik semula perkongsian daripada Instagram @muzikmuzik32 yang memaparkan video dirinya sedang rapping di dalam studio.

Di ruang kapsyen dia menulis,

“Kelemahan kita jika selalu akan menjadi kebiasaan, kemudian akan jadi kepakaran, dan dari situlah datangnya rezeki. #brocuba #mohonsupport @sr.tigers 🐯@muzikmuzik32

 

・・・

 

“Segala persoalan terjawab, selesai sudah rakaman single terbaru @byajai & @saharulridzwan ..Selamat datang ke industri muzik @saharulridzwan , all the best untuk #BukuPutih .. Nantikan laporan penuh dalam @muzikmuzik32 setiap Isnin,11Malam di TV3 #saharulridzwan #ajai #BukuPutih @sr.tigers,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikut Saharul telah meninggalkan komen yang positif atas percubaannya untuk menjadi seorang penyanyi rap.

n.insyirah: Hahaha…😂😂 first time dgr SR rap gud luck 👍,

hana_ramli79: wahhh 😍😍😍 tahniah all the best @saharulridzwan 👏👏👏

madisonkids.my: Fantastic!! 🎈🎈🎈🎈🎈

zhaf88: Perghhhhh hebat doe dia rap. Macam malique siot. Fuhhhhhhh😁

afizztrwklate: Wah .. lgu rappes bro trbaek

Tak sabar pula rasa nak dengar lagu yang dah siap dirakamkan itu. Apapun selamat datang ke industri muzik buat Saharul dan semoga terus berjaya dalam kariernya sebagai anak seni.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Isteri Saharul Ridzwan Jelaskan Nama Anaknya Yang Dikata ‘Kuno’

Isteri Saharul Ridzwan Jelaskan Nama Anaknya Yang Dikata ‘Kuno’

Baru-baru ini pelakon lelaki, Saharul Ridzwan akhirnya telah mendedahkan wajah anaknya buat tatapan peminat-peminatnya.

Namun apabila MH Online sedang melihat-lihat gambar anak Saharul, Muhammad Luth Ali di akaun Instagram bapanya, kami tertarik pada sebuah foto dua pasang kasut kepunyaan Saharul dan Ali.

Sedang melihat gambar tersebut, mata memandang pula di ruangan komen, apa yang mengejutkan ada netizen yang meninggalkan komen dengan mengatakan nama ‘Ali’ yang diberikan kepada anak Saharul ini adalah ‘kuno’.

Rentetan daripada komen tersebut, isteri kepada Saharul, Deena Emir telah bersuara di ruangan komen dengan mengatakan bahawa nama Ali itu tidak kuno malah nama tersebut turut ada di dalam Asmaul Husna.

“Awak je rasa kuno. Check la maksud dalam bahasa Arab pulak. Saidina Ali & salah satu Asmaul Husna pun ada علي. Harap buat homework lebih sebelum bercakap ya. Tq �✌�,” balasnya terhadap komen tersebut.

❤️💕❤️

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Ibu mana yang tidak geram jika nama yang mempunyai maksud yang baik-baik diberikan kepada anak mereka di tertawakan dan diperkecilkan sebegitu.

Rata-rata pengikut Saharul juga tampil menyuarakan komen kurang setuju dengan kata-kata netizen tersebut.

nuramilialatef: Nma ali laa sedap nma nabi..nk pgil pon mdah n indah..sdap mulut n bhsa ktuk nma nabi kuno!!xkn nk boh nma mat salleh bru sempoi…herrgh..pkir sblm kta!!

sitikhadijahsuparman: seriously??? Say only when u have nice things to say. If not stay silent. Kuno or tak…. It’s a meaningful n beautiful name that the parents have chosen. If you don’t like it… So be it. But other ppl have their own preference. Kindly please respect that ya.

dian_nur: Ali..masyAllah..pilihan nama yg indah…saidina Ali R.A salah seorg khalifah rasyidin,mnantu nabi,di antara sahabat yg mmperjuangkan islam, nama yg ever green…tahniah mmilih nama yg indah..smoga mnjdi anak soleh taat pd Allah dan ibubpanya

cikgudiza: Org tu x tahu nama ali tu sangat indah.semoga Ali jd anak yg membahagiakan kedua org tua..��

Sabar ye Deena dan Saharul, mulut orang memang sukar untuk kita tutup daripada melontarkan kata-kata yang kurang enak didengar. Apa yang penting Deena dan Saharul tau apa yang terbaik buat anak mereka.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: