Select Page
Tuntut Pesalah Diseksa Hingga Mati, Sharnaaz Beri Respon

Tuntut Pesalah Diseksa Hingga Mati, Sharnaaz Beri Respon

Tempoh hari menerusi akaun Instagram seorang pelakon lelaki popular, Sharnaaz Ahmad, dia telah mengeluarkan kenyataan agar pesalah yang terlibat dalam kebakaran pusat tahfiz sehingga meragut nyawa itu diseksa dikhalayak ramai sehingga mati.

Menurut satu sumber, kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu dibuat dalam keadaan marah dan pada waktu itu dia tidak tahu perkara kejam itu dilakukan oleh kanak-kanak.

“Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu,” ujarnya.

Kami berhak diatas tuntutan ini.. kerana saudara kami dibunuh dgn kejam.. @najib_razak

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Walau bagaimanapun Sharnaaz berkata, hukuman perlu diberikan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan walaupun pelakunya adalah kanak-kanak.

“Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan janayah lain pula,” ujarnya lagi.

Pelakon ini juga berkata, adakalanya dia merasakan undang-undang di negara ini terlalu lemah dan baginya kesalahan yang dilakukan perlu diberi hukuman yang setimpal.

“Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja.

 

“Pada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya,” katanya.

Tambah pelakon ini lagi, kenyataan yang dikeluarkan ketika dirinya sedang marah itu juga ditujukan rasa marah itu terhadap dirinya sendiri. Ini kerana dia kurang mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan kurang memberikan perhatian tentang kesusahan yang dilalui oleh pusat tahfiz.

Tegasnya lagi, semua pihak harus memupuk rasa tanggung jawab terutamanya Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) supaya kempen kesedaran dadah dapat diperluaskan lagi kepada orang ramai.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Sharnaaz, kadang kala kita alpa dengan permasalahan yang dihadapi oleh segelintir pihak yang amat memerlukan bantuan.

Diharap perkara yang terjadi ini dapat membuka minda dan hati kita untuk lebih dekat dengan masyarakat dan saling membantu antara satu sama lain.

Sumber: Mstar Online

Aaronators FC Sumbang Derma Pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Aaronators FC Sumbang Derma Pada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Isnin lalu pelakon lelaki popular, Aaron Aziz telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengalami kebakaran minggu lalu sehingga meragut 23 nyawa.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya. Tulisnya di ruangan kapsyen, hasil kutipan derma ‘Projek derma kilat Aaronatorsfc’ telah selamat dilaksanakan dan dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“ALHAMDULILLAH!! Amanah #projekdermakilataaronatorsfc sudah Selamat dilaksanakan. Thank you so much kpd semua yg telah memberi sumbangan, Dari S’pura pun Ada.

 

“Semoga usaha kami ini diterima ALLAH dan menjadi Saham buat Kita di Akhirat nanti. Thank you to my beloved @aaronatorsfc and my beloved CMs. Not forgetting my wife @diyanahalik.

 

“We manage to raise a total of RM8260 within a few days. Semoga Ustaz2 dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin #sahamakhiratkami #darulquranittifaqiyah,” tulis kapsyennya.

Sumbangan sebanyak RM8260 telah berjaya dikumpul dan diserahkan kepada pihak pusat tahfiz tersebut.

Rata-rata pengikut Aaron di Instagram bangga dengan sikap murni Aaron yang mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu pusat tahfiz dengan memberikan derma mengikut ikhlas hati masing-masing.

emyerica11: Alhamdullillah ..semoga dimurahkn rezeki ..

ifah_ariff: proud of u @aarondwiaziz . keep it up, bro

ummisakinah1: Alhamdulillah. Thank you for being such a good muslim😉

hasanah3551: Terbaik moga allah murhkan rezeki aaron aziz skluarga

muhd_fahmi_.__: Syabas AA begerak pantas utk membantu

wanndah61: Alhamdulillah smga stiasa d berkati penderma dn penerima…Aamiin

Murni sungguh hati Aaron yang sanggup mengumpul derma bagi membantu saudara seagama untuk terus bangkit daripada dugaan yang menimpa dan berjuang demi agama.

Semoga dengan dengan bantuan yang diberikan kepada pusat tahfiz tersebut dapat sedikit sebanyak membantu mereka untuk membaik pulih bangunan yang terbakar itu. Diharapkan juga segala urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Mas Anizan Luah Rasa Rindu Pada 3 Anak Syurga

Mas Anizan Luah Rasa Rindu Pada 3 Anak Syurga

Sayu sungguh hati tatkala membaca luahan isi hati bekas pelakon, Mas Anizan yang popular di era 90an menerusi perkongsiannya di Instagram.

Seperti semua sudah sedia maklum, minggu lalu telah berlakunya satu tragedi hitam di mana sebuah pusat tahfiz telah terbakar dan meragut nyawa 21 orang pelajar dan dua orang warden.

Tiga daripada pelajar yang menjadi mangsa kebakaran tersebut merupakan anak saudara kepada Mas Anizan iaitu Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan.

Baca juga: 3 Anak Saudara Bekas Pelakon Antara Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

Menerusi ruang kapsyen Mas Anizan dia menyatakan perasaan rindu yang tidak terhingga kepada anak-anak saudaranya ini. Menggunakan bahasa pengganti diri sebagai ‘mummy’ terhadap anak-anak ini membuatkan kita faham betapa rapatnya hubungan mereka.

“‎Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…

 

“Ya Allah, rindunya mummy dekat Haikal, Hafiz n Harris. Walaupun dah berapa hari berlalu, air mata ni tak henti2 mengalir. Takkan ada lagi gelak tawa, gurau senda n request makanan kegemaran masing-masing untuk mummy masak setiap kali balik cuti.

 

“Kepergian kalian bertiga meninggalkan kesan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tapi mummy redha dengan qada’ dan qadar Allah. Mummy tahu kalian lebih bahagia dan tenang di sana. Berehatlah sayangku Hakim, Hafiz dan Harris. Doa mummy sentiasa bersama kalian. Mummy love you soo much!!! Al-Fatihah ❤️❤️❤️ @masalizaa @iammurnie,” luahan rasa rindunya.

Kita sebagai orang luar yang melihat kejadian ini juga berasa sedih apatah lagi mereka yang mempunyai pertalian dengan mangsa, sudah tentu hati mereka terluka dan kecewa terpaksa melihat orang tersayang pergi dalam keadaan yang sangat tragis.

Perkongsian Mas Anizan ini juga disertakan dengan sebuah video gambar-gambar anak saudaranya bersama pelajar-pelajar tahfiz yang lain di pusat tahfiz tersebut.

Menistis air mata menyaksikan video tersebut dengan iringan muzik yang sangat syahdu. Semoga kesemua mangsa ditempatkan di kalangan para solihin di samping penciptaNYA.

A post shared by Mas Anizan💋 (@masanizan1) on

Salam takziah dari kami team MH Online.

Sumber: Instagram Mas Anizan

Sharnaaz Ahmad Tuntut Pesalah Diseksa Sehingga Mati

Sharnaaz Ahmad Tuntut Pesalah Diseksa Sehingga Mati

Minggu lalu seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah pusat tahfiz yang telah mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang warden. 

Berita ini benar-benar mengganggu emosi ramai pihak terutamanya keluarga mangsa. Ramai yang prihatin dengan apa yang berlaku dan turut bersedih dengan kejadian tersebut.

Beberapa hari lalu, kesemua tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah pun ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua suspek berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun.

Dalam pada itu, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad yang memang terkenal dengan kelantangannya bersuara dan baru-baru ini menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia telah memuat naik status benar-benar marah dengan apa yang sudah terjadi.

“Jika benar ada kegiatan jenayah di atas kanak-kanak tahfiz yg terkorban, kami menuntut pesalah diseksa di kahalayak ramai sehingga mati di dataran merdeka, ini satu tuntutan Dato Sri @najib_razak,” tulisnya dengan begitu tegas dan menyebut nama Perdana Menteri Malaysia di hujung penulisannya.

Di ruangan kapsyen pula Sharnaaz berkata,

“Kami berhak diatas tuntuan ini.. kerana saudara kami dibunuh dgn kejam.. @najib_razak,” tulisnya.

Setelah membaca luahan hati Shanaaz ini, sememangnya kita dapat merasai betapa marahnya dia. 

Rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Sharnaaz ini.

shikuribie8687: @sharnaazahmad saya sokong awak 1000% mereka telah membunuh adik2 saudara kita yang comel dan ustaz yg mendidik mereka!!! penjenayah xpatut di bg muka!!!

megatnaimy_: tak payah bagi muka,on jer

muhdnor_: @amalinarosdi betul lah apa bro @sharnaazahmad cakapkan ni. Hukum hudud. 18tahun takde akal ke? Sebab berakal lah dia buat. Kalau tak dilaksanakan, lagi ramailah bdk2 yg bakar membakar lepasni 😘

Baca juga: Rizalman Kongsi Video Tribute Pada Mangsa Pusat Tahfiz

Namun begitu, ada juga pengikutnya yang kurang bersetuju.

teruna_comel: Bro kerja kau ke nk menghukum ni

yeen_71: Another irresponsible, mindless and deragotary comment frm a so-called msian artist…. Sad..

Apapun kita serahkan perkara ini kepada pihak yang lebih berkuasa untuk jalankan siasatan dan jika benar kesemua suspek didapati bersalah, berilah hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Amy Search Adakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Untuk Anak Syurga

Amy Search Adakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Untuk Anak Syurga

Baru-baru ini penyanyi Amy Search yang juga merupakan pemilik sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith yang terletak di Sungai Buloh telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk anak-anak yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Amy, dilihat dia ada memuat naik satu gambar kenangan menunjukkan dia bergambar dengan pelajar pusat tahfiz tersebut.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata pelajar-pelajar tahfiz berkenaan sebenarnya pernah dua kali datang ke rumahnya menghadiri jemputan majlis kesyukuran.

Dalam pada itu, pusat tahfiz milik Amy telah mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil untuk sahabat seperjuangan yang terlibat dalam tragedi kebakaran Madrasah Ittifaqiyah.

Amy mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan berkata kejadian ini juga jadi pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri sebagai pemilik sekolah tahfiz biarpun selama ini beliau selalu menasihati guru di sekolahnya agar tidak mengabaikan aspek keselamatan murid.

“Takziah di ucapkan kepada mangsa keluarga yang terlibat dalam kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat . Al Fatihah buat anak-anak syurga ini,” tulisnya di kapsyen.

“Ya Allah aku tk bisa menolak segala ketentuan mu jika itu yg amat terbaik buat mu. 🙏@albayansoqh dan mlm tdi tahlil dn doa selamat. Bercerita kisah tragedy kemalangan yg sngt tragis itu pda anak2 di Al bayan dn juga penting prosidur keselamatan.”

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "