Select Page
Nabil Ahmad Perli Fattah Amin Lagi?  Michael Ang Beri Respons

Nabil Ahmad Perli Fattah Amin Lagi? Michael Ang Beri Respons

Alamak nampaknya isu Nabil yang dikatakan menyindir Fattah Amin tidak habis bergitu sahaja.

Nabil Ahmad dikatakan telah menyindir Fattah sekali lagi dengan tweet sekeping gambar dia sedang shooting di tengah panas.

Nabil memberitahu pengikutnya, dia tiada masalah untuk shooting di tengah panas.

Malah Nabil menguatkan kenyatannya dengan menggunakan hashtag #NoProblem.

Bukan itu sahaja, malah Nabil juga telah muat naik beberapa gambar dengan mengaitkan isu ‘jemur’.

Dia juga turut membalas tweet-tweet pengikutnya dengan komen yang agak melucukan.

Namun keadaan lebih mencuit hati apabila salah seorang pengarah terkenal yang agak rapat dengan Fattah iaitu Michael Ang turut memberi respons terhadap tindakan Nabil.

“Mesti la no problem kau nok! Sebab kau duduk bawah matahari ke tak tak ada beza sebab kau mmg dah rentung pun! #jgnkecam #bukanbackup,” tulisnya di Twitter.


Namun Nabil langsung tidak berkecil hati dengan kata-kata Michael malah menjawab dengan emoji ‘gelak besar’ mengenai isu ini.

Apa pon MH Online harap ini hanya sekadar gurauan dan hiburan sesama mereka semata-mata. Sebab mereka berdua ini memang terkenal dengan sikap yang suka bergurau.

Douglas Lim Sarankan 5 Lagu Lain Yang Perlu Diharamkan

Douglas Lim Sarankan 5 Lagu Lain Yang Perlu Diharamkan

Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini RTM telah mengharamkan penyiaran lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber kerana liriknya dikatakan mengandungi unsur-unsur lucah.

Walaupun lagu ini menjadi satu fenomena hanggat di kalangan pengikut dunia hiburan, namun masih ramai juga yang menganggap ia tidak sesuai untuk dimainkan di corong-corong radio kerana bimbang memberi kesan negatif pada pendengar terutamanya kanak-kanak.

Memahami apa yang terjadi, seorang pelawak solo yang popular melalui program Komediri, Douglas Lim ada menyuarakan pandangannya melalui sebuah posting di Instagram.

Secara sinisnya dia memuji tindakan sesetengah pihak yang telah mengharamkan lagu tersebut kerana ada unsur lucah, namu dia turut menyarankan beberapa buah lagu lain lagi yang mempunyai maksud yang sama seperti Despacito.

“Okay, Despacito has been band because contained sexsual elements, that’s is good. Here is other songs that need to be band also.

“Shape of You by Ed Sharen, the lyric is ; Last night you in my room, now my bed sheet smell like you. Then work from home is let my body do work work work, what work?

“Then Side To Side, Ariana Grande then you making me walk side to side, why she walk like that? Then Marvin Gay, is talk about gay so obvious loh.

“Then Rasa Sayang, words lihat nona jauh means skodeng, ambil galah tolong jolok that is so discussing, so people we need to band this song and do it quickly. If there any other song, please let me know and i will put it in the list,” kata Douglas secara jenaka.


Apa pun video Doughlas mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengakui dia memang seorang yang lucu. Ramai rakan yang turut share video ini dan menggunakan emoticon yang lucu.


Apa pun MH Online harap tidak pihak yang tersinggung dengan gurauan Douglas ini.

Tauke Sedia Bersaing Dengan Pelawak Baru

Tauke Sedia Bersaing Dengan Pelawak Baru

Dunia lawak dan komedi tempatan kini meriah dengan kehadiran pelawak, terutamanya dari golongan muda yang mempunyai idea humor yang semasa dan mencuit hati. 

Malah, kewujudan program-program pencarian pelawak juga menjadi antara faktor kepada kehadiran pelawak baru dalam dunia seni hiburan tempatan.

Melihat kepada senario ini, Media Hiburan bertanya kepada Tauke sama ada kehadiran pelawak baru boleh dianggap sebagai kelompok yang ‘mencaras’ rezeki pelawak sedia ada.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria berpendapat, kehadiran mereka usah dilihat dari sudut negatif.

Sebaliknya, anggaplah kehadiran pelawak muda dan baru ini sebagai satu semangat dan motivasi untuk pelawak sedia ada agar mencari atau membuat lawak yang lebih baik.

“Sepanjang saya terlibat dalam dunia lawak, ia merupakan satu proses mencari ilmu dan Alhamdulillah, ilmu itulah yang boleh kita gunapakai dalam mencari idea untuk buat lawak.

 

“Sekarang pun kita sudah ada ramai influencer dan pelawak baru. Jadi kena bersaing dengan seberapa yang boleh,” terang Tauke.

Pada masa sama, bintang ini turut memberitahu, tidak boleh harapkan dengan karya semata-matav tetapi perlu cari alternatif lain dalam mengembangkan kerjaya, misalnya di belakang tabir.

Jelasnya lagi, sebagai orang yang lebih lama di dunia lawak berbanding rakan pelawak baru yang lainnya, dia juga perlu menjadi cara baru demi memastikan idea lawak kekal relevan.

“Kita perlu ikut rentak dan kena relevan dalam apa yang dilakukan. Bukan sahaja pelawak, tetapi juga kepada penggiat seni lain. Misalnya, jika sekarang penonton lebih gemar mengenai hal berkaitan media sosial, jadi kita pun perlulah ikut aliran sama,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk produk No Stress by Sadomen di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perlantikan tersebut, Tauke yang kini sedang terlibat dengan program Oh My English dan Lawak Ker Der ternyata gembira dengan kerjasama ini.

“Jujurnya, No Stress kesesuaian dengan diri saya. Saya juga pengguna kepada produk ini sejak dua tahun lalu. Jadi sebagai seorang pelawak, sudah tentu ada masanya rasa tertekan dalam menjadi idea.

 

“Jadi saya akan gunakan No Stress untuk melega sekali gus membantu untuk berfikir, mencari idea lawak yang lain. Malah adik-beradik saya juga turut menggunakannya,” akhiri Tauke.

No Stress merupakan minyak aromaterapi pelbagai guna yang menggabungkan lebih 13 pati tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari herba dan bungaan terpilih.

Sherry AlHadad Lebih Diingati Sebagai Pengacara Berbanding Pelakon

Sherry AlHadad Lebih Diingati Sebagai Pengacara Berbanding Pelakon

Bukan mudah untuknya berada di tahap sekarang, malah apa yang dilaluinya hari ini dianggap sebagai rezeki yang tidak terjangka atas segala usahanya untuk memanjangkan bakat  seni yang ada dalam dirinya.

Meski di awal kemunculannya sebelum ini Sherry atau pemilik nama sebenar Sharifah Mariam Syed Abdullah AlHadad ini dikenali sebagai seorang pelakon, namun rezeki dalam bidang pengacaraan ternyata lebih mendominasi kerjaya seninya hari ini.

“Kita tidak pernah tahu apa yang berlaku pada hari esok, dan begitu jugalah yang saya lalui dalam bidang seni ini di mana saya sendiri tidak pernah menyangka kini begitu aktif dalam bidang pengacaraan.

 

“Bukan kerana tamak merebut tawaran, sebaliknya saya cuma mahu menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik yang mungkin kerana hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana susahnya saya nak mendapat keyakinan orang sebelum ini termasuklah ibu saya sendiri yang antara percaya dan tidak saya mampu muncul di kaca TV sebagai pengacara.

 

“Saya tidak menganggap diri mempunyai bakat yang besar dalam pengacaraan, cuma mungkin kerana saya suka bersikap natural ketika mengacarakan sesuatu program, ia menjadi lebih mudah buat saya,” katanya yang mula mencuri perhatian selepas mengendalikan segmen belakang tabir Anugerah Skrin beberapa tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, kekerapannya muncul sebagai pengacara dalam pelbagai program secara berterusan menyebabkan ramai yang semakin lupa Sherry yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater dari Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebenarnya seorang pelakon.

“Memang saya akui situasi itu berlaku apabila sekarang ni orang lebih kenal saya sebagai seorang pengacara berbanding pelakon, sedangkan minat dan kekuatan sebenar saya adalah dalam bidang lakonan.

 

“Jadi untuk memastikan perkara itu tidak berterusan, saya cuba seimbangkan kembali situasi itu dengan memberi tumpuan kepada tawaran dalam bidang lakonan.

 

“Biarpun tawaran dalam bidang lakonan kini  tidak banyak yang datang, namun saya cuba mengambil peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin,” ujarnya jujur.

Antara lakonan terbaru Sherry adalah menerusi drama Misteri Wan Peah, sitkom Bus Stop, 3 Dara Dot Com dan juga turut meminjamkan suaranya untuk filem animasi, The Secret Life of Pets yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu di saluran HBO sempena Aidilfitri lalu.

“Sebenarnya sebelum dikenali ramai, saya sebenarnya sangat aktif membuat dubbing untuk mengisi suara beberapa buah filem antarabangsa ke dalam Bahasa Melayu untuk siaran TV berbayar.

 

“Percaya atau tidak, saya pernah meminjamkan suara saya bagi versi bahasa Melayu untuk watak Angelina Jolie dalam filem The Tourist beberapa tahun dahulu.

 

“Jadi apabila mendapat tawaran untuk mengisi suara bagi filem animasi The Secret Life of Pets oleh HBO raya lalu, saya berasa sangat teruja dan kembali teringat zaman-zaman aktif membuat dubbing sekitar lapan tahun lalu,” imbasnya.

Memulakan kerjaya seni dari bawah dan terlebih dahulu aktif dalam pementasan teater, Sherry sentiasa mengingatkan dirinya agak tidak mudah lupa diri meskipun dirinya kini sedang meniti populariti.

“Saya bermula dari bawah dan saya tahu bagaimana susahnya perjalanan untuk sampai ke tahap ini, jadi saya sangat-sangat menghargai apa yang saya ada dan mudah tersentuh bila ada yang anggap saya sudah berubah sikap selepas popular kerana ia tidak pernah berlaku begitu.

 

“Sungguhpun saya kini banyak menerima tawaran-tawaran  yang bersifat komersial, saya juga masih mengambil tawaran kerja kecil yang biasa saya lakukan sebelum ini asal sahaja ia tidak bertindih dengan jadual kerja lain.

 

“Biar apa pun yang saya kecapi hari ini, saya masih lagi orang yang sama dan sentiasa teruja untuk bekerja atau menjayakan projek-projek yang mampu memberikan inspirasi kepada orang lain tidak kiralah kecil atau besar,” tegas Sherry.

Gembira Status Solo, Issey Titan Tenang Sambut Ramadan

Gembira Status Solo, Issey Titan Tenang Sambut Ramadan

Pelakon, pengacara dan juga penyampai radio, Issey Titan mengakui sambutan Ramadannya kali ini agak berbeza dengan tahun lalu, malah bulan yang mulia ini diraikan dengan perasaan yang cukup tenang sekali.

Biarpun pada tahun ini dia hanya berseorangan selepas berpisah dengan bekas isteri sekitar Ogos tahun lalu, Issey menyifatkan dia bahagia dengan kehidupannya hari ini.

“Tahun lalu hidup saya sangat kelam kabut dan serabut dengan segala permasalahan yang dihadapi dalam rumah tangga, namun Ramadan kali ini dilalui dengan situasi yang cukup berbeza apabila segalanya telah selesai.

 

“Walaupun saya kembali berpuasa dan beraya secara solo pada tahun ini, namun ia lebih menggembirakan berbanding apa yang saya lalui pada tahu lalu.

 

“Malah saya dapat mengatur jadual kerja dengan cukup baik di mana sepanjang Ramadan ini saya hanya terlibat dengan tugasan di radio sahaja, sementara penglibatan saya dalam program-program sempena hari raya telah diselesaikan lebih awal,” katanya.

Sempena sambutan Aidilfitri nanti, Issey bakal muncul dalam beberapa program TV, antaranya sitkom JKK Raya, Perang Bibir Raya, Mentor Milenia Raya dan juga telefilem Restu Ramadan.

Lebih menyeronokkan lagi, kata Issey, sepanjang Ramadan tahun ini dia dapat menggunakan masa yang ada itu untuk menjaga dan menemani ibunya yang baru sahaja tinggal bersamanya di ibu kota semenjak hampir dua bulan yang lalu.

“Ibu saya dalam keadaan uzur kerana menghidapi penyakit diabetis yang kronik, jadi semenjak dua bulan yang lalu saya membawanya untuk tinggal bersama saya di sini.

 

“Jadi apabila dia ada di depan mata, tidaklah saya risau memikirkan keadaaannya keseorangan di kampung dan dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya kepada kerja.

 

“Semenjak ibu tinggala bersama, saya lebih banyak meluangkan masa di rumah dan semestinya berbuka puasa bersama ibu menjadi pilihan saya sepanjang Ramadan ini,” jelas Issey yang juga sibuk menguruskan perniagaan Baju Melayu miliknya di bawah label JMT sepanjang Ramadan ini.

Menyentuh tentang status dirinya yang kini bergelar duda, kata Issey, dia belum bersedia untuk mencari calon pengganti buat masa terdekat ini, sebaliknya lebih selesa memberikan tumpuan kepada kerjaya buat masa ini.

“Selepas mengalami kegagalan dalam rumah tangga tahun lalu, jujurnya saya belum lagi terfikir untuk mencari pengganti dalam masa yang terdekat.

 

“Apa pun, saya berserah kepada jodoh dan tidak merancang apa-apa buat masa ini,” ujarnya lagi.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "