Select Page
Jenama Swarovski Pilih Neelofa

Jenama Swarovski Pilih Neelofa

Tahun 2017 merupakan tahun yang cukup sibuk buat usahawan dan selebriti, Neelofa.

Walaupun dia terlalu sibuk dalam kerjaya dalam bidang seni mahupun perniagaannya namun dia seolah-olah tidak mahu berehat dan jadual kerjanya juga sudah hampir penuh terisi untuk tahun ini.

Kalau anda mengikuti Neelofa di akaun Instagramnya pasti anda dapat lihat, kini pengacara wanita ini sedang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat dan tujuanya kesana adalah untuk mengelolakan beberapa urusan dan salah satunya adalah sesi penggambaran untuk sebuah projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.

Neelofa menyatakan pengalaman kerja bersama tenaga kerja di sana amat menyeronokkan bagi dirinya. Dia berkata lagi, semangatnya untuk bekerja makin melonjak apabila dikelilingi dengan mereka yang sangat ceria dan positif walaupun dirinya masih dalam keadaan jetlag.

Mungkin kerana pengalaman bekerjasama dengan nama-nama besar, mereka sangat
mementingkan kualiti dan penjagaan masa. Tidak ada langsung masa yang dibazirkan
tanpa aktiviti pengambaran.

Selebriti cantik ini juga turut menyifatkan bahawa jalinan kolaborasi bersama Swarovski adalah sesuatu yang sangat menyenangkan dan dia sangat teruja dengan kerjasama ini dan buat pengetahuan semua, ini merupakan tahun kedua Neelofa menjalinkan kerjasama bersama Swarovski.

Dia berkata lagi, walaupun kunjungannya ke Los Angeles kali ini agak singkat namun ianya merupakan satu penziarahan yang amat bermakna. Neelofa juga mengatakan inilah masa yang terbaik buat dirinya untuk berehat seketika sebelum terbang ke New York bagi mengikuti kursus musim panas yang dikelolakan oleh United Nation.

Neelofa Berpakaian Tak sesuai Dengan Imej Muslimah?

Neelofa Berpakaian Tak sesuai Dengan Imej Muslimah?

Neelofa merupakan selebriti yang sering menjadi perhatian netizen sama ada kisahnya cintanya sehinggalah ke pakaian, sentiasa menjadi bualan peminat.

 

Wanita cantik ini sentiasa mendapat kritikan dan komen netizen ketika dia berfesyen. Dia juga pernah dikecam sebelum ini kerana berpakaian baju tee bersama dengan skirt labuh sewaktu mengacarakan satu program yang dikatakan tidak sesuai dengan majlis berkenaan.

Baru-baru ini. Neelofa telah membanggakan nama negara dengan mendapat jemputan menghadiri persidangan belia Youth Assembly At United Nation anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen ialah sekeping foto yang dimuat naik dalam laman instagramnya. Sekali lagi Neelofa dikritik kerana memakai pakaian yang dianggap tidak sesuai dengan imejnya.

Seorang individu telah meninggalkan satu komen yang mengkritik cara Neelofa berpakaian. Rata-rata mereka seolah-olah kurang senang dengan penampilan artis dari Kelantan ini.

Gambar itu juga mengundang komen negatif pengikut lain di Instagram kerana baju yang dipakai Neelofa itu agak singkat dan tidak melambangkan ciri-ciri wanita Islam.

Namun begitu, ada juga yang memuji dan menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi kerana Neelofa dilihat sebagai wanita Islam yang berjaya sebagai selebriti dan usahawan.

Perkembangan lain, Neelofa juga telah dilantik sebagai duta untuk projek hartanah milik Putrajaya Homes yang diberi nama Duta Villa.

 

MH mendoakan Neelofa terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya.

 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official
Dulu Bangga Orang Kata Iras Neelofa, Sekarang Malu…

Dulu Bangga Orang Kata Iras Neelofa, Sekarang Malu…

Kecoh seketika di laman sosial apabila dikatakan seorang gadis cantik persis selebriti popular, Neelofa.

Biarpun terkejut, Hawa Rizwana, 22, juga sangat mengagumi kejayaan selebriti yang bergelar jutawan muda itu.

Thank you kakak for this shawl by @aralyn.shawls 😍@renahazrena 📸 : @fitryramly

A post shared by Hawa Rizwana Redzuan (@hawarizwana) on


“Alhamdulillah, itu satu anugerah, tapi bagi saya apa yang penting ialah lihat kejayaan dia

“Dulu-dulu, masa saya zaman budak-budak, bila kawan-kawan kata muka seiras Neelofa, saya bangga juga.

“Yelah, dia cantik, bijak pula. Tapi, sekarang bila ada orang tegur, saya jadi malu.

neelofa, hawa rizwana

“Tapi, sebenarnya saya kagum dengan dia, ” katanya pada Media Hiburan.

Katanya, kebijaksanaan Neelofa sewajarnya dicontohi semua orang.

“Susah untuk seorang wanita nak sampai ke tahap dia.

“Saya juga berharap akan berjaya seperti itu suatu hari nanti,” katanya.

neelofa, hawa rizwana

Pun begitu, pemilik Ijazah Komunikasi Massa ini masih belum berkesempatan untuk bertemu empat mata dengan Neelofa.

“Saya hanya pernah terserempak dengan dia tapi belum sempat berborak-borak.

“Kalau jumpa, saya hanya akan ucap ‘hai dan tahniah atas kejayaannya… tak mahulah sentuh pasal iras-iras ni,” katanya sambil tertawa.

Dalam perkembangan lain, Hawa baru sahaja tamat menjalani latihan industri sebagai wartawan pelatih melalui program Wanita Hari Ini selama empat bulan.

neelofa, hawa rizwana

Bagaimanapun, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditawarkan sebagai pembaca berita di TV9 bermula 1 September depan.

Forbes Asia Muat Naik Gambar Neelofa Di Twitter

Forbes Asia Muat Naik Gambar Neelofa Di Twitter

Beauty with brain… Gambaran paling sesuai untuk menggambarkan figura ini.

Bahkan melihat aktiviti yang sering dilakukan daripada menghadiri pelbagai majlis kepada dunia glamor dan sekali sekala bercuti di tempat menarik, pasti ramai yang ingin menjadi sepertinya.

Namun hakikatnya, bukan mudah untuk menjadi wanita seperti Noor Neelofa Mohd Noor.

Terdahulu, pelakon terkenal itu telah menghiasi majalah berprestij, Forbes Asia yang memaparkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia termasuk Vivy Yusof. Dan kini, Neelofa barang kali sudah boleh tersenyum bangga.

Lebih membanggakan, baru-baru ini juga Neelofa sekali lagi menempatkan dirinya antara selebriti paling berpengaruh di Malaysia.

Neelofa telah memuat naik gambar dari Twitter Forbes Asia, dimana dia bersama beberapa wanita berjaya lain berserta quotes “ As a Muslim woman, I believe in gender equality for all.”- Neelofa, di akaun Instagramnya, baru-baru ini.

Twitter, Forbes Asia, Neelofa,

“Gender equality is not just a woman’s issue, it is a human issue. It is our duty as members of the society to educate ourselves on this so we leave a better world for our future generations,” tulisnya di instagram

Foto yang dikongsinya itu mendapat perhatian ramai pengikut di laman sosial berkenaan yang memberi pelbagai maklum balas positif berhubung gambar itu.

Ruangan komen gambar itu menerima pelbagai reaksi netizen yang mengagumi pakej yang ada pada Neelofa sebagai wanita yang berjaya dan mempunyai rupa paras yang cantik.

MH mengucapkan tahniah buat Neelofa yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dan wanita muslim ke mata dunia.

Twitter, Forbes Asia, Neelofa,

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official
Neelofa Sendiri Request Alif Satar Jadi Hero Red Velvet?

Neelofa Sendiri Request Alif Satar Jadi Hero Red Velvet?

Selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Neelofa baru sahaja melancarkan koleksi terkini Naelofar Scarf, Maya.

Majlis pelancaran jenama di bawah pengurusan NH Prima International Sdn Bhd itu merupakan tudung satin pertama seumpamanya yang dikeluarkan syarikat tersebut.

Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, ketika ditemui Media Hiburan memberitahu, dia cukup teruja memperkenalkan rangkaian tudung yang sudah dirancang sejak awal tahun ini lagi.

Bekas pemenang Dewi Remaja 2010/11 itu menambah, sesuai musim panas dan sambutan Aidilfitri yang masih hangat diraikan, Maya dilihat sebagai satu koleksi tudung yang mesti dimiliki setiap wanita muslimah.

“Naelofar sendiri tidak pernah mengeluarkan mana-mana tudung bercorak. Jadi saya kira Maya sangat istimewa kerana coraknya daripada kami sendiri yang menampilkan flora tropika digabungkan dengan seni kontemporari.

 

“Lebih istimewa, Maya turut mempunyai sisi eksklusif tersendiri apabila hanya 1,000 tudung itu bertatahkan Swarovski dan edisinya juga terhad,” kata bintang Suri Hati Mr. Pilot ini usai majlis pelancaran koleksi tersebut di Hotel Royal Chulan, Damansara, baru-baru ini.

Ditanya mengenai pemilihan nama Maya pula, anak jati Kelantan ini menjelaskan, nama itu mempunyai maksud tersirat yang tersendiri.

“Sebelum ni, team Naelofar ada berbincang dan shortlisted beberapa nama untuk koleksi tudung ini. Lalu saya terpanggil untuk berikan nama Maya kerana ada kelembutan. Its sounds feminist, but bold at the same time,” terang Lofa yang bakal memasuki set penggambaran drama terbarunya bersama Alif Satar, Red Velvet.

Jadi heroin Alif Satar

Bercerita lanjut mengenai drama tersebut, Neelofa akui dia menaruh minat berlakon dengan Alif selepas menonton drama Dia semanis Honey.

Baginya, Alif seorang pelakon muda yang berbakat besar dan lakonannya sangat natural dan dia sebelum ini pernah memberitahu Pengarah Michael Ang mahu berganding dengan Alif.

“Alhamdulillah, impian tersebut menjadi kenyataan dan lebih kurang setahun, saya akan kembali sibuk di set penggambaran bersamanya. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar,” jelas Lofa yang tidak mampu memberi bayangan sama ada gandingannya bersama Alif kali ini mampu mengulangi fenomena sama menerusi Suri Hati Mr.Pilot bersama Fattah Amin sebelum ini.

Kata Lofa, dia pun tidak meletakkan harapan atau target untuk Suri Hati Mr.Pilot tetapi, rezekinya memperlihatkan impak drama tersebut menjadi fenomena.

“Begitulah perjalanannya. Apa pun, saya sentiasa berdoa dan harapan saya besar untuk Red Velvet. Lebih-lebih lagi apabila diberi peluang bergandingan dengan aktor yang saya gemari.

 

“Cuma untuk kembalikan fenomena seperti sebelum ini, saya tiada jawapan untuk itu. Fenomena tersebut luar biasa. Bukan mudah nak kembalikan fenomena tersebut,” luah Lofa jujur.

Media sosial jadi platform

Selain rancak bercerita mengenai kisah seninya, Lofa turut terharu atas ucapan tahniah yang diterima kerana menjadi selebriti Malaysia yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram.

Bagaimanapun, pengacara Meletop ini tidak mahu terlalu bermegah dengan angka tersebut kerana baginya, laman sosial bukanlah medan untuk berlumba-lumba mengumpul peminat siapa paling ramai atau sebaliknya.

“Sebab itulah saya tidak meletakkan sebarang video atau ucapan mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu pengikut atau orang luar rasa bahawa jumlah pengikut adalah satu pertandingan.

 

“Saya nak ia jadi natural. Namun tidak dinafikan, media sosial adalah satu platform yang bagus untuk branding, inspired people dan sebagainya,” kata Lofa yang turut terpilih sebagai antara wakil suara muda dalam siri United Nation Youth Program di New York bulan depan.

Menurutnya, dia terpilih bersama wakil negara lain dari seluruh dunia untuk mengikuti kursus selama 16 hari.

Justeru katanya, kesempatan itu diharap dapat menjadi inspirasi kepada golongan muda lain di Malaysia untuk terlibat di dalam program seumpama ini.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: