Select Page
‘Awak Jadi Tumpuan Saya’ – Kamal Adli Ngorat Emma Maembong Semula

‘Awak Jadi Tumpuan Saya’ – Kamal Adli Ngorat Emma Maembong Semula

Kalau sebelum ini dunia hiburan pernah digemparkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon wanita popular, Emma Maembong yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan kekasihnya, Kamal Adli sudah putus.

Namun begitu ramai peminat kepada kedua-dua pelakon ini untuk berbaik semula dan mahu melihat hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Baru-baru ini MH ada ternampak satu perkongsian Kamal menerusi akaun Instagramnya yang telah membuatkan hati netizen ‘bersemut’ setelah melihat video yang dikongsi oleh Kamal.

Kamal telah berkongsi video Emma di Instagramnya dan di ruangan kapsyennya pula Kamal menulis Emma telah menjadi tumpuannya pada malam majlis resepsi Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

“Malam ni #mawaraf jadi tumpuan.. tp awak tu jadi tumpuan saya 😏 cia tak?,” tulis Kamal.

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Rata-rata netizen gembira melihat video tersebut dengan mendoakan hubungan Emma dan Kamal sentiasa dalam keadaan baik serta berkekalan.

 

 

Tak dapat dinafikan memang bersemut MH tengok video Emma yang dirakam oleh Kamal itu.

Apapun kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua semoga sesuatu yang manis berlaku dalam hubungan mereka di hujungnya.

Sumber: Instagram Kamal Adli

Kamal Adli Terlibat Dalam Kemalangan?

Kamal Adli Terlibat Dalam Kemalangan?

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon lelaki, Kamal Adli sering kita dengar kerana terpalit dalam beberapa kontroversi.

Mulanya kontroversi cinta bersama Emma Maembong selepas itu timbul pula kontroversi tentang kemenangannya di Super Spontan 2017 dipertikaikan.

Kamal juga turut ditimpa malang apabila motornya telah dicuri sebelum final Super Spontan 2017 lalu dan kini sekali lagi dia diuji apabila keretanya pula terlibat dalam kemalangan.

Menurut satu sumber, Kamal memberitahu kereta yang dinaikinya hampir terbabas apabila pembantu peribadinya yang memandu kereta tersebut cuba untuk mengelak tayar yang jatuh daripada sebuah lori dan kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi.

“Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke permukaan jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.

 

“Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena ‘airbag’ yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.

 

“Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik,” katanya kepada Berita Harian.

Orang kata malang itu tak berbau, nasib baik Kamal dan pembantunya selamat dalam kemalangan tersebut.

Dalam pada itu berhubung kemenangannya di Super Spontan 2017 hujung bulan lalu yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak, Kamal berkata dia enggan untuk memberi sebarang komen dan dia menyertai pertandingan itu untuk mencabar kebolehan dirinya.

“Saya sertai program itu bagi mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Kemenangan itu bonus buat kerjaya saya.

 

“Soal layak atau tidak, saya enggan komen, terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lagipun, mulut orang kita tidak dapat hendak tutup,” katanya.

Betul tu Kamal, mulut orang memang susah kita nak tutup. Apapun MH doakan Kamal terus berjaya dalam industri.

Sumber: Berita Harian

Kamal Adli, Emma Maembong ‘Rujuk’ Kembali?

Kamal Adli, Emma Maembong ‘Rujuk’ Kembali?

Nampaknya kisah hubungan Emma Maembong bersama Kamal Adli memang sedang hangat diperkatakan, maklumlah sepanjang 4 tahun bersama, jarang sekali kita dengan berita yang kurang enak terjadi di antara mereka.

Namun, sejak berlakunya salah faham di antara pelakon serta heroin Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson, bersama kedua pasangan ini tiba-tiba sahaja perhubungan mereka menjadi tumpuan ramai.

BACADilamar Ahli Perniagaan, Emma Maembong Akui Kini Solo

Selain terkejut dengan apa yang terjadi, namun ramai juga yang tertanya-tanya apakah status perhubungan mereka yang sebenarnya?

Adakah mereka benar-benar putus atau ia hanya sekadar ‘gaduh-gaduh’ manja?
Jika sebelum ini Emma pernah membuat ramai peminat terkejut dengan kehadirannya di malam Super Spontan Superstar 2017, sebagai tanda sokongan kepada Kamal, malam semalam Kamal pula telah mengeluarkan kenyataan yang cukup jelas tentang hubungan mereka di Instagram.

Dengan berkongsi gambar berdua sambil memegang telefon pintar iPhone X, Kamal memberitahu perkenalan 4 tahun bersama Emma, banyak perkara yang mereka telah lalui bersama.

Malah kamal turut meminta agar orang ramai mendoakan perkara-perkara yang baik buat mereka dan tidak mengambil pusing tentang komen negatif haters.

“1,2,3 n 4 tahun knal this girl.. mcm2 la dia lalu n sy lalu.. org nk jatuhkan org nk langgar semua kami dah kne.. heheh tp apa yg kami rasa biaq pi kami yg simpan..

 

“ckup korg tahu kami senyum no need tahu bila kami nangis 😭 hihi.. best part is dia x pnah lupa nk apreciate moment.. org kutuk ke apa ke buat pekak je.. Allah kan ada..

 

“Dia lagi tahu.. nak bagi mende baik satu hari nanti..(insyaallahhh) macam sy ckp minta korg doa yg baik2 je xnk duit..😊

 

“To haters ke apa ke judge la hukum la.. Allah kan ada.. oklaa sory byk potpet..

 

“Tqq soo much for the gift!! 😍 ikhlas itu awk.. buruk itu sy😎 tq smpi Melaka even x sihat😷,” tulisnya diruangan kapsyen di Instagram.

Apapun, jika benar mereka berdua telah berbaik dan bersatu semula, baguslah. Kami memang suka tengok mereka berdua bersama. Bagai saling melengkapi.

Zul Ariffin Tak Mahu Terlibat Dalam Kontroversi Kamal, Emma Dan Zahirah

Zul Ariffin Tak Mahu Terlibat Dalam Kontroversi Kamal, Emma Dan Zahirah

Dua minggu lalu heboh di laman sosial tentang kontroversi hubungan cinta Kamal dan Emma retak dikatakan berpunca daripada orang ketiga.

Semua sudah sedia maklum orang ketiga yang dikatakan itu adalah pelakon wanita cantik dan tinggi lampai, Zahirah Macwilson. Namun begitu Zahirah telah tampil menafikan dirinya bukan orang ketiga dalam hubungan Emma dan Kamal.

Menurut satu sumber, pelakon lelaki yang merupakan teman lelaki kepada Zahirah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai kontroversi yang dilalui oleh tiga orang pelakon tersebut.

“Saya tak tahu. Apa yang boleh saya buat? Satu soalan yang saya ingin tanyakan kepada mereka bertiga. Apa yang anda semua sudah buat? Ini semua untuk apa?

 
“Adakah perkara ini terjadi untuk mengeratkan silaturrahim? Adakah perkara ini terjadi untuk mempromosikan drama atau ada sebab-sebab lain? Saya sendiri tak pasti,” kata Zul.

Menurut sumber lagi, Zul ditanya tentang status cintanya bersama Zahirah namun begitu pelakon lelaki ini mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Status saya sekarang ialah saya tak mahu terlibat dengan sebarang drama. Kalau saya okay pun, apa yang boleh saya buat? Saya tak okay pun, apa yang boleh saya lakukan?

 
“Bagi saya, jika perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, saya kena terima dan ‘move on’. Tiada perkara lain yang boleh saya lakukan,” katanya kepada Astro Gempak.

Hero drama Titian Cinta ini juga berkata lagi, kontroversi ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kariernya yang sedang berada dalam tempoh promosi filem serta drama dan ia adalah sesuatu yang tidak bagus.

“Kepada mereka bertiga, terima kasih banyak-banyak. Untuk saya pula, saya akan terus ‘move forward’ dan meneruskan kerjaya,” katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak

Fizo Omar Bangga Dengan Kamal Adli

Fizo Omar Bangga Dengan Kamal Adli

Tempoh hari pelakon lelaki popular, Kamal Adli telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan 2017.

Walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi semasa dirinya sedang fokus untuk pertandingan tersebut, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dan menepis segala kontroversi yang hinggap padanya.

Kemenangan Kamal ini juga mendapat perhatian daripada seorang pelakon lelaki, Fizo Omar yang begitu bangga dengan pencapaian Kamal.

Luahan rasa bangganya itu diluahkan menerusi satu perkongsiannya di akaun Instagram.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“HANG MADE IT BRO!!!

“JUARA SUPER SPONTAN 2, JATUH KEPADA – @kamaladli !!!

“2007 kami sama2 berkongsi pentas HERO RAMAJA, ko dpt nombor 1 ,aku plak dpt nombor 2…lepas tu sama2 masuk industri jadi plak model n pelakon.berganding plak depan kamera, dah mcm2 drama,filem n program dah kita buat sama bro…

 



“Sampai ketika aku berehat skjap dari industri yg melahirkan kita bro kerana aku nk focus dan kejar impian aku nk jadi seorang usahawan. Ko pula berbuih gak mulut aku advise kau utk start buat bisnes n serious dlm bisnes.tp mcm tu lah kau,mmg xde mase asyik job sana job sini.sekali skala jumpe pun atas pdg bola n futsall je.



 

“Hari demi hari aku follow je update tentang karier ko yg mkn hari makin power bro.n terkejut plak bila tgk talent ko smpai blh tapau pelawak yg hebat2.aku bangga ngn kau bro.ape yg aku nk ckp pd sahabat aku dunia akhirat ni, aku mmg respect dgn kau yg betul2 berusaha utk dptkn ape yg kau nak.ptt la kau tak nak focus dlm bisnes pun terjawab kerana inilah dunia kau dan ‘jual’ lah bakat kau selagi mana tertulis rezeki kau dlm bidang ni bro.



 

“Memang byk cabaran yg ko harungi,expecially dlm relationship kau,dr zaman hero remaja masa ko bercinta dgn ….. lagi.hehehhe.dulu kita dating sama2 bro, skng aku dah nk jadi bapa dah sikit hari je lg.aku harap disebalik dugaan yg kau tempuhi pasti Allah ada yg terbaik utk kau didepan harinya.

 



“Cabaran dan kejayaan adalah dua sahabat baik sepertimana aku dan kau bro! Jadi itulah cabaran yg ko tanggung sehinggalah dtngnya kejayaan yg setimpal dgn ujian dari Allah buat kau.

“Buat sahabatku @kamaladli .Tahniah dan aku bangga gile dgn kau. U deserve for it,” tulis Fizo.

Memang tidak dapat dinafikan, Kamal mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang seni dan dia sememangnya layak untuk bergelar juara dalam Super Spontan 2017 tempoh hari.

Buat Kamal, semoga karier anda di dalam bidang seni terus maju dan tidak putus untuk menghiburkan masyarakat dengan bakat besar anda.

Sumber: Instagram Fizo Omar

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: