Select Page
Konsep Produk Ala-ala Fairytale Tahyul Dan Fantasi, Joy Revfa Tak Kisah Apa Orang Nak Kata

Konsep Produk Ala-ala Fairytale Tahyul Dan Fantasi, Joy Revfa Tak Kisah Apa Orang Nak Kata

Kadang-kadang dalam hidup ni memang ada sahaja yang kita lakukan akan dikritik oleh orang sekeliling. Dah lah tak bantu apa-apa tapi hanya pandai mengkritik sahaja tanpa mengetahui kepayahan yang harus dilalui oleh seseorang itu untuk melakukan sesuatu.

Semalam menerusi akaun Instagram milik pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa, dia ada meluahkan isi hatinya yang tidak kisah dengan kata-kata sindiran daripada segelintir netizen tentang produk kecantikannya.

“Saya tak kisah pun orang nk kata produk saya berkonsepkan ala2 Fairytale ni adalah Tahyul & Fantasi sgt. Terkadang ada yg konon2 tergelak bila melihat packaging produk MERVE ala2 remaja/budak2.

 

“Yg tergelak sindir tu, ada bantu atau memberi sumbangan sesama wanita ke..? 🧐 Gelak lah dik non puas2 yer.. Yg penting, produk yg saya hasilkan sejak tahun 2015 lg ni dah banyak memberi manfaat pd ramai wanita-wanita di luar sana malah membantu pendapatan mereka setiap bulan..

“Tapi kena hati2 packging produk saya ni selalu nya ibu ibu akan menghadapi situasi dimana akan berebut dgn anak2 dara dorg kat rumah, sbb anak2 pompuan pun terpikat jugak.. jadi kena lah beli lebih.. 😂😅 #kauhado #mervecosmetic,” tulis Joy.

Nampaknya ramai pengikut Joy di Instagram yang mempertahankan konsep fairytale ini.

norfadlynn: Itulh Identity sendiri..sy sgt bangga melihat wanita berjaya spt awk @joyrevfa . I adore you so much.

miniyanosss: Sye suka fairytale…biar je kak diorang nak kata apa….jgn kesahh

sarahbais83: Sya suka tgk packaging ala2 fairytale. .more to pastel color. .unik. .cantik. .comel. .yg penting hrga mmpu milik

MH juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Joy. Tak perlu kisah dengan apa yang orang hendak katakan kepada kita kerana hasil usaha kita bukan atas bantuan dari mereka.

Semoga perniagaan Joy lebih maju jaya di masa akan datang.

Sumber: Instagram Joy Revfa

 ‘Lagu Dah Siap, Tinggal Nyanyi Tapi Saya Belum Bersedia’ Joy Revfa Akui Dapat Tawaran Menyanyi Dari Indonesia

 ‘Lagu Dah Siap, Tinggal Nyanyi Tapi Saya Belum Bersedia’ Joy Revfa Akui Dapat Tawaran Menyanyi Dari Indonesia

Nama pengasas kosmetik, Joy Revfa pernah dihimpit kontroversi paling hangat di Malaysia satu ketika dahulu berikutan perkahwinannya dengan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Kini, bangkit dari kisah dahulu, Joy hanya memandang ke hadapan dan menganggap peristiwa tersebut merupakan asam garam kehidupan.

“Kita dah tak berhubung dah lepas kes di mahkamah dan saya pun tidak simpan apa-apa dendam kepadanya.

“Ramai wartawan tanya sama ada akan cari pengganti ke tak, buat masa ini memang ramai yang nak berkawan tapi untuk mencari yang lebih serius, tidaklah.

“Saya lebih banyak luahkan rasa cinta pada syarikat, anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi AliffbySha V Five Inspired Women & Romah Makan Terlajak Laris.

MH lihat Joy juga tenang saat diajukan pertanyaan mengenai Hafiz, kelihatan dia sememangnya wanita yang tabah walaupun sering menerima kecaman daripada netizen.

Dalam pada itu, Joy juga turut berkongsi lamaran yang diterima untuk menyanyi oleh produksi dari negara seberang.

“Ada juga terima tawaran berlakon, menyanyi tapi dari Indonesia, lagu pun dah siap tinggal nak menyanyi je tapi saya rasa belum bersedia. Suara pun tak sedap.

“Bagaimanapun, kalau nak cuba menyanyi pun biarlah lagu yang beri inspirasi pada kaum wanita,” ujarnya.

Baguslah Joy, bagi MH, biarlah orang kecam ke apa kan janji diri sendiri berjaya dalam bidang yang diceburi.

‘Kan Ibu SuperHero Arryan’ – Joy Revfa Touching Dengar Pick Up Line Anak

‘Kan Ibu SuperHero Arryan’ – Joy Revfa Touching Dengar Pick Up Line Anak

Sayu hati si ibu bila mendengarkan kata dari seorang anak yang menyifatkan ibunya sebagai seorang adiwira dalam hidupnya.

Itulah yang dirasakan oleh pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa yang berkongsi rasa hatinya tersentuh dengan pick up lines yang diberikan oleh anaknya, Arryan di Instagram.

“Arryan tak nak SuperHero lagi, ibu…”

 

“Kenapa? Nanti ibu belikan SuperHero Arryan..”

 

“Arryan tak nak..! Kan ibu SuperHero Arryan..”

 

“😭😭😭😭 Touching lak ibu dengar.. Pandai tak Arryan main Pickupline utk ibu..? nk suh bodek beli apa tah.. 😅ni mesti maklong dier ajar ni..,” tulis Joy menerusi ruangan kapsyen.

MH yang membaca perkongsian Joy ini juga turut tersentuh hati kerana anak sekecil ini sudah mampu untuk menilai kasih sayang seorang ibu terhadap dirinya.

Rata-rata pengikut Joy juga turut merasakan perkara yang sama dan meninggalkan komen-komen positif buat si cilik untuk sentiasa menjadi anak yang soleh buat ibunya.

azi_shaq: Pandai arryannnn anak soleh jaga ibu nanti

miss_qowiy_lovely: Subhanallah ensem nyee ustaz ayan . tgklaaa pakaian tuu da nmpk mcm org bsr hhi matang aih . ibu cantik anak soleh nyee pn ensem comel putih masyaaAllah . akk sy doakan smge akk n fmly d permudahkan urusan dnia akhirat aamiin allahumma aamiin . nnt akk pos la byk² pic ayan or vdeo sy mnt sgt dgn anak akak ayan n akak @joyrevfa jgk . ☺ alhamdulillah . smge akk mnjd bidadari syurge kelak aamiin. . i love u kak.

qaseehcahaya_goldz: Touching sesangat…moga aryan sentiasa utamakn ibu selepas Allah dn rasul…aammmiinnn😢😢

MH doakan agar Arryan membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi anak yang soleh dan mendengar kata ibu dan bapanya serta menjadi insan yang berguna bila sudah dewasa kelak.

Sumber: Instagram Joy Revfa

Hafiz Hamidun Dan Joy Sah Bercerai

Hafiz Hamidun Dan Joy Sah Bercerai

Kini berakhirlah segala kontroversi yang melibatkan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dan pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa selepas mereka sah bercerai talak satu semalam.

Menurut Sinar Harian, Hafiz telah melafazkan cerai pada jam 4.10 petang di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling selepas Hakim Syarie, Shukran Yusof membenarkan permohonannya untu bercerai secara baik.

Hafiz telah meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangganya sudah berakhir.

“Saya bersyukur apabila episod berbulan -bulan ini tamat hari ini. “Saya dan keluarga ikhlas maafkan Joy dan tiada dendam terhadapnya,” katanya.

Kata Hafiz lagi, dia percaya setiap yang berlaku antara dirinya dan bekas isteri pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Saya harap orang lain juga ambil pengajaran dan saya juga belajar sesuatu,” katanya.

Joy juga turut berkata, dia bersyukur kerana segalanya sudah selesai dan kini mahu menumpukan perhatian kepada anak dan perniagaannya.

“Saya bersyukur ianya selesai dan akan memfokuskan kehidupan dengan anak serta perniagaan kosmetik,” katanya.

Terdahulu, Hafiz dan Joy telah bernikah pada 1 Mei hanya dengan sekali lafaz di Masjid Negeri, Shah Alam.

Namun apakan daya sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya memilih untuk berpisah.

Pelbagai kontroversi hinggap kepada mereka dan kini biarlah segalanya berlalu dan biarlah mereka hidup dengan haluan masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

Joy Revfa Setuju Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Joy Revfa Setuju Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Usahawan kosmetik, Joy Revfa menerima dengan hati terbuka surat permohonan cerai daripada suaminya, Hafiz Hamidun.

“Jujurnya, saya tak mahu lagi meneruskan pernikahan ini.

 

“Jadi, saya sangat berlapang hati dan setuju untuk meneruskan penceraian ini,” katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Bahkan, kata Joy, Hafiz bukanlah seorang lelaki yang baik mahupun bertanggungjawab.

“Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Dia juga gagal memberi nafkah batin.

 

“Saya tak berniat nak membuka aib namun sebelum ini memang wujud instimta’ (hubungan suami isteri) di antara kami,” katanya.

Hadir sama, dua peguamnya iaitu Nur Hafiz Roslan dan Aznor Suhaida Dollah.

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mendakwa tidak mengetahui tindakan Hafiz yang membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari.

Malah, wanita berusia 3O tahun ini baru sahaja menerima penyata saman daripada peguamnya.

“Saya tak tahu pasal ini (permohonan cerai). Saya cuma tahu apabila dimaklumkan media.

 

“Kenapa dia memfailkan perceraian? Itu bermakna dia mengakulah saya ini isteri dia sedangkan kami masih lagi menunggu keputusan kes faraq,” katanya.

Ketika ditanya kenapa memilih media sosial untuk saling berbalas kenyataan, Joy bertegas sudah berusaha untuk duduk bersemuka dengan Hafiz, sejak Mei lalu.

“Saya dah usaha untuk berdamai, tapi dia yang mengelak.

 

“Saya juga dah banyak kali contact dia untuk menyelesaikan masalah kami.

 

“Namun, saya kesal apabila dia enggan bersemuka, malah, tidak dilayan,” katanya.

Dalam pada itu, Joy akan mengambil tindakan saman terhadap beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukannya, pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu.

 

“Blog berkenaan menyebabkan netizen terus mencaci saya dengan mengatakan saya pelacur manakala anak kandung pula haram,” katanya.

Teks oleh: Ayu Zainal

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: