Select Page
Jangan Pandang Serong pada Miss J! – DSV

Jangan Pandang Serong pada Miss J! – DSV

Selepas Media Hiburan ada menyiarkan artikel berkenaan Datuk Seri Vida (DSV) yang dia sebolehnya tidak mahu menjalin hubungan dengan suami orang, Pengasas produk Qu Puteh itu jujur memberitahu, dia reda andai selepas ini ditakdirkan hidup sendiri.

“Kalaulah ditakdirkan saya hidup sendiri, saya terima kalau itulah takdirnya. Bagi saya, Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan. Tapi kalaulah ada jodoh seperti lelaki yang saya impikan, jadi wedding of the yearlah!,” seloroh DSV sejurus ditemui selepas perasmian portal dan aplikasi penstriman video, tonton di Brunei dengan kerjasama syarikat telco di sana, DST.

Jelasnya lagi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Bagaimanapun, sebagai seorang wanita, DSV yang kini dalam perancangan untuk melakukan klip video single pertamanya, I Am Me dalam tempoh terdekat mengakui perlukan seseorang yang boleh menjadi tempat meluah perasaan.

“Perlu ada (lelaki) untuk hiburkan hati kita di kala gundah. Tapi itulah, bukan senang sebab rasanya sekarang lebih baik saya berikan tumpuan pada perniagaan dan kerjaya baru sekarang sebagai penyanyi. Nanti kalau ada suami, saya sibuk dia marah pula,” jelas DSV yang mahukan seorang lelaki yang semestinya single, bukan suami orang!

Sementara itu, DSV atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr.Hajjah Hasmizah Othman turut menempelak sesetengah netizen yang gemar memandang serong terhadap individu bergelar janda.

“Dalam Instagram misalnya, saya tidak tuju atau libatkan siapa-siapa tetapi itulah perasaan saya, ada segelintir yang memandang serong pada Miss J (janda). Saya rasa kesian sebab saya yang sekuat ini pun boleh rasa goyah, yang lain tu tak tahulah.

 

“Ada yang komen pada saya. Katanya baru bercerai dah nak kahwin, tak serik-serik. Ada juga yang cakap kalau dah gatal sangat, kahwin sajalah. Bagi saya itu mungkin netizen yang memandang pada personaliti saya semata-mata. Tapi itulah, rasanya saya tak rasa cantik kalau bersedih, jadi saya perlulah nampak ceria,” katanya lagi.

Terdahulu, DSV turut merancang untuk menerbitkan sebuah programnya sendiri secara eksklusif di portal tonton. Bagaiamanapun, perancangan tersebut terpaksa mengambil masa agak lama bagi mengekal dan memenuhi standard sendiri.

Sementara untuk klip video I Am Me Pula, DSV khabarnya sudah pun mempunyai beberapa reference sebagai inspirasi.

“Nantikan ya. Kalau boleh saya mahu yang terbaik sebab saya sanggup shopping di Thailand bagi memenuhi kehendak tema klip video itu nanti, insya-ALLAH,” akhiri DSV optimis.

Orang Korea Pun Suka lagu I Am Me

Orang Korea Pun Suka lagu I Am Me

Tak sangka lagu nyanyian pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang bertajuk I Am Me juga diminati oleh orang Korea.

Lagu ini telah mula menjadi siulan ramai sejak akhir-akhir ini dan ramai juga yang telah menyanyikan semula lagu ini dalam pelbagai jenis versi.

Terbaru, sebuah video tular yang merakamkan beberapa individu yang berasal dari Korea sedang mendengar lagu I Am Me dan kelihatan mereka sangat teruja dengan lagu tersebut.

Dalam video itu mereka turut menyanyikan lagu tersebut dan kita yang melihat juga merasa seronok untuk ikut menyanyi.

Salah seorang individu dalam video tersebut menyatakan bahawa lagu ini membuatkan dirinya ingin menari dan ada juga yang ingin mengikut langkah tarian yang ditarikan oleh Vida.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila mereka mengikut trademark Vida dengan meletakkan dua jari di pipi kiri dan kanan.

Jom kita tonton video ini dan lihat sendiri betapa terujanya mereka dengan lagu I Am Me itu.

Nampaknya mereka betul-betul seronok dengan lagu tersebut dan sangat menyukai Vida sehinggakan mahu mencuba produk yang dijual oleh Vida.

Rata-rata netizen juga meninggalkan komen yang postitif terhadap lagu ini.

Apapun tahniah diucapkan kepada Vida kerana lagu nyanyiannya diminati bukan sahaja di dalam negara malah luar negara juga.

Sedikit info, lagu ini merupakan single pertama daripada Vida dan ianya dicipta oleh komposer terkenal, Edry KRU.

Sumber: Youtube Blimey

Datuk Vida Minta Syahrini Nyanyi ‘I Am Me’

Datuk Vida Minta Syahrini Nyanyi ‘I Am Me’

Semalam telah berlangsungnya Konsert Nova yang menggabungkan dua negara Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas.

Salah seorang tetamu yang hadir memeriahkan konsert ini adalah pengasas kosmestik terkenal, Datuk Seri Vida.

Semasa konsert berlangsung salah seorang daripada bintang yang membuat persembahan malam tadi, Syahrini telah memanggil Vida ke atas pentas untuk salam perkenalan.

Keadaan konsert lebih hangat apabila perbualan kedua wanita ini telah mencuit hati para penonton yang hadir.

Ketika di atas pentas, Syahrini diminta oleh Vida untuk menyanyikan lagunya yang sedang tular ketika ini iaitu I Am Me.

“Saya nak tengok lagu I Am Me versi Syahrini,” kata Vida.

Lalu Vida mengajar Syahrini untuk menyanyikan lagu tersebut sekali dengan gaya tariannya.

Ternyata versi Syahrini mendapat sorakan daripada peminat dan sebaik selepas Syahrini menyanyikan lagu tersebut, Vida mengatakan,

“Tapi Syahrini nyanyi tak bunyi ‘ayam’,”katanya sambil mendapat sorakan dan gelak tawa dari seluruh penonton yang hadir.

Syahrini juga mengatakan bahawa dia juga mendengar bait perkataan yang disebut Vida itu memang kedengaran seperti ‘ayam’

“Saya dengar bunyinya seperti ayam me ayam me,” ujar Syahrini.

Mari kita saksikan video yang merakamkan gelagat lucu daripada dua wanita popular ini.

Ternyata dua wanita ini telah menambahkan lagi kemeriahan konsert malam semalam.

Selain daripada Syahrini terdapat lagi bintang-bintang lain yang membuat persembahan iaitu, Judika, Cakra Khan, Faizal Tahir, Azlan Typewriter dan Mia Ismi.

Secara keseluruhannya, konsert ini berjaya memukau seluruh hadirin yang hadir.

Janna Nick Pilihan Utama DSV?

Janna Nick Pilihan Utama DSV?

Susulan daripada isu Datuk Seri Vida atau ringkasnya DSV teruja dan memasang azam untuk menjadi seorang komposer tanah air, kali ini dia berkongsi ingin membuat lagu untuk salah seorang selebriti yang mempunyai karakter sama sepertinya.

Selebriti itu digambarkan mempunyai sifat bertenaga, periang dan ‘gila-gila’.

“Kalau kita tengok sekarang susah nak cari artis yang ada persamaan macam saya, seorang yang ‘gila-gila’ dan happy go lucky.” Jelasnya

Katanya, dia lebih suka jika artis tersebut boleh melakukan dua kerja dalam satu masa.

Memberi jelasan yang agak jelas, Vida tidak mahu berselindung dan berkata dia sangat ingin menyumbangkan lagunya kepada pelakon yang sedang sensasi dengan drama Coffee Princesnya, iaitu Janna Nick.

Malah, Vida memberitahu Janna merupakan pilihan utamanya.

Walaupun kurang berpengalaman dan tidak tahu menggunakan alat muzik seperti komposer yang lain, Vida maklumkan pada mStar Online punyai strategi tersendiri dalam menghasilkan sebuah lagu.

“Saya tahu lagu mana yang saya nak, saya kumpul-kumpul kemudian saya suruh orang lain compose. Saya bukan pandai main (alat muzik) apa pun tapi saya tahu apa yang saya nak,” jelasnya lagi.

Apa pun kami harap segala impian Datuk Vida tercapai untuk menjadi salah seorang komposer yang berjaya.

Sumber: mStar Online

Fasha Sandha Layan Lagu I Am Me DSV

Fasha Sandha Layan Lagu I Am Me DSV

Selain peminat, barisan selebriti seperti Fasha Sandha juga tidak ketinggalan untuk untuk melayan lagu I Am Me nyanyian asal Datuk Seri Vida DSV.

Beberapa jam yang lalu, selebriti kelahiran Pulau Pinang, Fasha Sandha telah memuat naik sebuah video durasi 1 minit menyanyi dan meniru gaya DSV.

Fasha yang mengenakan dress warna pink yang punyai potongan peplum ala DSV, menggoyangkan badan sambil menyebut lirik lagu dengan jelasnya sambil diperhatikan oleh anak perempuannya.

Selang beberapa saat, Fasha kelihatan bersemangat dengan aura lagu ini, bangun dan terus menari bersama anaknya-anaknya.

Malah jangan terkejut, Fasha juga melompat kegembiraan sambil diperhatikan oleh anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, Fasha tidak ketinggalan untuk menggucapkan tahniah kepada DSV dan KRU kerana berjaya menghasilkan lagu seperti ini.

Malah, Fasha juga berkata fenomena lagu ini sama seperti lagu Despacito.

Dalam masa yang sama Fasha memberitahu akan upload lagi sambungan video ini jika disukai oleh pengikutnya di Instagram.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: