Select Page
Joy Revfa Setuju Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Joy Revfa Setuju Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Usahawan kosmetik, Joy Revfa menerima dengan hati terbuka surat permohonan cerai daripada suaminya, Hafiz Hamidun.

“Jujurnya, saya tak mahu lagi meneruskan pernikahan ini.

 

“Jadi, saya sangat berlapang hati dan setuju untuk meneruskan penceraian ini,” katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Bahkan, kata Joy, Hafiz bukanlah seorang lelaki yang baik mahupun bertanggungjawab.

“Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Dia juga gagal memberi nafkah batin.

 

“Saya tak berniat nak membuka aib namun sebelum ini memang wujud instimta’ (hubungan suami isteri) di antara kami,” katanya.

Hadir sama, dua peguamnya iaitu Nur Hafiz Roslan dan Aznor Suhaida Dollah.

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mendakwa tidak mengetahui tindakan Hafiz yang membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari.

Malah, wanita berusia 3O tahun ini baru sahaja menerima penyata saman daripada peguamnya.

“Saya tak tahu pasal ini (permohonan cerai). Saya cuma tahu apabila dimaklumkan media.

 

“Kenapa dia memfailkan perceraian? Itu bermakna dia mengakulah saya ini isteri dia sedangkan kami masih lagi menunggu keputusan kes faraq,” katanya.

Ketika ditanya kenapa memilih media sosial untuk saling berbalas kenyataan, Joy bertegas sudah berusaha untuk duduk bersemuka dengan Hafiz, sejak Mei lalu.

“Saya dah usaha untuk berdamai, tapi dia yang mengelak.

 

“Saya juga dah banyak kali contact dia untuk menyelesaikan masalah kami.

 

“Namun, saya kesal apabila dia enggan bersemuka, malah, tidak dilayan,” katanya.

Dalam pada itu, Joy akan mengambil tindakan saman terhadap beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukannya, pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu.

 

“Blog berkenaan menyebabkan netizen terus mencaci saya dengan mengatakan saya pelacur manakala anak kandung pula haram,” katanya.

Teks oleh: Ayu Zainal

‘Simpan Sikit Ego Tu’

‘Simpan Sikit Ego Tu’

Heboh di media sosial tentang luahan hati seorang pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa yang dimuatnaik olehnya semalam.

Menerusi pergkongsian Joy itu yang memberitahu mahkamah telah mengesahkan dirinya dan bekas suami sah bercerai dua tahun lalu telah membuatkan ramai daripada netizen memberi komen mereka tentang hal itu.

Mungkin ada sesetengah netizen yang meninggalkan komen yang kasar serta memperlekehkan keputusan mahkamah itu sehingga membuatkan Joy tampil untuk menerangkan lagi tentang keputusan mahkamah dengan jelas di ruang status Facebooknya.

“Peguam saya pesan tak payah layan org yg perlekeh-lekehkan keputusan mahkamah & sebenarnya dh faham tapi buat2 tak faham. Tapi tetap juga saya nk tekan kan disini bahwa, Hakim mahkamah syariah dah sahkan pagi tadi bahwa penceraian saya & bekas suami telah jatuh pd 2 tahun yg lalu.. bukan hari ni baru jatuh..!!

 

“Ini bermakna saya bebas utk bernikah dgn sesiapa apabila talak dah jatuh pd 2 tahun yg lalu. Budak sekolah rendah pun faham, awk yg dah tua rambut beruban tak kan tak faham2 lg. Simpan sikit EGO tu supaya peguam2 & hakim2 seluruh malaysia ni tak pandang awk tu pendek akal sgt.

 

“Org spesis mcm ni, apa pun keputusan keluar dari hakim mahkamah, tetap dia nak twist jugak pd media & blog. Apa2 pun saya serahkan pd Allah swt utk beri awk hidayah & supaya awk sedar yg perancangan Allah swt lebih hebat dari perancangan sandiwara awk tu,” tulis Joy.

Rata-rata pengikut Joy turut meluahkan rasa kasihan dan geram kepada sesetengah pihak yang memperlekehkan keputusan mahkamah di ruangan komen.

Eisya Rahman: Betul tu, abaikan tak payah reply pun takpe. K.eisya selalu bab macam ni memang malas nak komen tapi K.eisya kenal Joy sebelum Joy perkahwinan yang pertama lagi. Berani kerana benar tapi diam bukan bererti kalah tapi itu tindakan yang lebih profesional tanpa emosi. Semoga dipermudahkan segalanya urusan Joy dan famili. Keep strong my Barbie 😘😘😘

Siti Azizah: sy memahami situasi sis skrg, mmg betul mak sy selalu pesan pihak yg benar akan menang jua biar satu dunia menuding slh kpd kita.. Allah bersama org2 teraniaya, doa org2 teraniaya adalah paling mustajab, smg urusan sis slps ini dipermudahkan… sy doakan sis bhgia setelah kesulitan yg dihadapi, inshaAllah amin

Murniey Yong: Syukran, Allah dah tunjuk buah yg rupenya busuk xelok disimpan walaupun luarannya ranum.. U deserved better adik

Azira Hj Ahmad Kamaruddin: Xyah layan laaaa laki meroyan tue sis… mcm2 d putar belit nyer!!

Sumber: Facebook Joy Revfa

‘Tak Payah Berdrama Raih Simpati’

‘Tak Payah Berdrama Raih Simpati’

Semalam menerusi ruang status usahawan wanita, Joy Revfa di akaun Facebook, dia telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Mahkamah telah mengesahkan bahawa dia dengan bekas suami sebenarnya telah sah bercerai pada dua tahun yang lalu.

Panjang lebar luahan hati Joy, bukan sahaja berbiacara tentang status penceraian bersama bekas suami malah banyak lagi termasuk isu ‘dalam kain’.

Rentetan daripada perkongsian luahan rasa hari Joy itu, kami di MH Online cuba mendapatkan komen daripada penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun tentang kenyataan yang Joy luahkan itu.

Menurut Hafiz, Joy tidak sepatutnya meraikan kemenangan apabila pihak mahkamah mengesahkan yang dia dan bekas suami sudah sah bercerai dua tahun yang lalu.

Baca juga: Joy Revfa Akui Pernah Melakukan Hubungan Intim Dengan Hafiz Hamidun

“Dia tak patut meraikan ‘kemenangan’ apabilo hakim putuskan cerai dia pada 2015 dengan bekas suami dia sah.

 

“Itu yang sepatutnya dia buat dua tahun dulu, bukan hari ini sampai menyusahkan orang lain. Bila orang cakap dari dulu tak nak dengar,” katanya.

Hafiz juga turut berkata, Joy telah memusing cerita dan berbohong tentang mereka pernah melakukan hubungan intim bersama.

“Dah sampai masuk mahkamah, pusing cerita. Menipu pernah bersama. Padahal tak pernah bersama pun.

 

“Dan statement itu dia sendiri yang masukkan dalam fail mahkamah,” ujarnya kepada MH Online.

Penyanyi ini juga turut memohon pada Joy supaya menghentikan segala permainan kotor ini.

“Sila hentikan permainan kotor tu. Tak payah berdrama nak meraih simpati,” tegasnya lagi.

Kata-kata akhir Hafiz kepada kami adalah dia meminta untuk Joy berhenti memfitnah dirinya.

“Tolong hentikan fitnah-fitnah dia pada saya dan saya cuma nak katakan, ‘You are in huge trouble’,” ujarnya lagi.

Hafiz turut berkata lagi, dia tidak akan memberi komen lanjut tentang hal ini kerana dia sudah melantik peguam dan sebarang kenyataan hanya di mahkamah sahaja.

Joy Revfa Akui Pernah Mengadakan Hubungan Intim Dengan Hafiz Hamidun

Joy Revfa Akui Pernah Mengadakan Hubungan Intim Dengan Hafiz Hamidun

Masih segar lagi kontroversi yang melibatkan pasangan suami isteri, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

Rumah tangga pasangan ini telah menghadapi beberapa masalah apabila penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz meragui pernikahan bersama isterinya.

Semalam menerusi ruang statu di akaun Facebook milik Joy, dia telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT apabila mahkamah telah mengesahkan bahawa dia dan bekas suami telah sah bercerai sejak dua tahun yang lalu.

Perkara ini juga secara tidak langsung telah membuktikan bahawa perkahwinan di antara Joy dan Hafiz adalah sah.

“Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia. Tidak seperti apa yg individu bernama “suami” itu memutar cerita dgn fakta2 yg seolah2 memusuhi & meyalahkan saya. Sedangkan sebelum nikah lg individu tersebut tahu yg saya belum daftar lg cerai dgn bekas suami di Malaysia malah dia sendiri ingin mempercepatkan nikah pd 1 mei yg lalu. Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia , bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri. Since dia menceritakan “isu dlm kain” pd media yg dia tidak pernah ‘menyentuh/instimta” bersama saya, dgn nama Allah swt.. saya berani menyatakan disini itu adalah bohong & tidak benar sama sekali, krn kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak dpt ceritakan demi menjaga aib dia.

 

“Jika ada yg mengatakan saya yg perbesarkan isu ini dr awal itu tidak benar & fitnah, fikir secara logik.. jika anda ditempat saya, serapat2nya saya ingin simpan rahsia ttg isu ini & selesaikan diam2 namun individu tersebut sengaja cari alasan utk berpisah & mengaibkan saya. Mungkin, ada sebab Allah swt memilih saya melalui semua ini kerana Allah swt tahu saya mampu. Lebih tepat seperti Ustazah yg rapat dgn saya katakan, katanya dia “bertemu buku dgn ruas”.. Namun jauh disudut hati saya dugaan ini perit & menghancurkan hati saya namun saya percaya perancangan Allah swt lebih indah.

 

“Tapi tak mengapa lah, saya pun tak mahu menyalahkan sesiapa & berdendam tetapi saya sebagai public figure/usahawan yg dikenali ramai ingin membersihkan nama yg mana telah mencemarkan nama baik saya sehingga ada yg mengatakan saya penipu & pelacur & anak saya anak haram krn nikah dgn dia dlm tempoh iddah sedangkan itu tidak benar. Namun saya yakin, segala yg berlaku byk hikmah & ganjaran yg Allah swt perlihatkan pd saya sedikit demi sedikit yg saya dlm keadaan teraniaya. Dan jika org tanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH, 1000x saya akan katakan TIDAK krn bagi saya dia tak layak jadi seorang suami kpd saya & keturunan/anak2 saya nanti.  😔

 

“Apa2 pun saya bersyukur pd Allah swt krn isu pernikahan tidak didaftarkan di Malaysia ini membuka ramai mata wanita utk lebih celik ilmu syariah & tidak patut di abaikan terus tanpa tali. Kerana di Malaysia kita ada pihak JAIS & Mahkamah Syariah yg membela nasib kita sebagai seorang wanita. Bersyukur juga krn isu ini, nikah & cerai bsama bekas suami yg lalu telah didaftarkan dgn sahnya di Malaysia dan saya akan selesaikan pula dgn individu (suami terkini) secara baik & tidak bermusuh.

 

“Terima kasih berkat doa ibu saya Safiah Abbas , kakak Dyana Sofia , adik Zharif Sofia , bekas suami sy iaitu Ray, keluarga2 besar yg lain, partner Radz Mohd , staff2 & seluruh keluarga MERVE, sahabat2 Heliza Helmi, UNIC, ustaz2 & ustazah2 yg lain & kawan2 di media yg menyokong padu & memberi sokongan jiwa. Terima kasih juga kpd team peguam peribadi saya Tuan Mohd Hafiz Roslan (nama hafiz jugak😅) dan team kerana jd perisai saya sepanjang kes daftar nikah & cerai ini. Tuan Mohd sgt baik hati & berkomitmen sepanjang bertugas. Saya bkerja dgn beliau pun tak stress sbb selalu buat lawak.. 😂 Syukur sgt. Sebelum ini saya berserah & pasrah dgn ketentuan Allah swt ternyata kebenaran di pihak saya.. 😭 Terima kasih..! saya doakan anda juga lebih berhati2 dan pilihlah lelaki yg berani perjuangkan diri kita & keluarga dan bukannya menjauhi kita & menunding jari. Air mata saya selama ini terbayar oleh keputusan tuan hakim tadi.. 😭 Allahuakbar… Allah maha besar & maha mengetahui niat suci dr awal saya sebelum bernikah pd 1 Mei yg lalu. Semoga dia “suami” dapat jawab dgn Allah swt diakhirat kelak apa yg telah diperlakukan pd saya didunia ini.

 

“Hari ini 10.10.17 sebenarnya tarikh hari meninggalnya arwah ayanda saya iaitu arwah Mohd Amin bin Awang pda 10.10.2009 yg lalu. Saya semakin sebak krn tarikh yg sama saya dpt berita baik ini sama dgn tarikh arwah ayah meninggal dunia.. 😭 Semoga arwah ayah saya tenang di syurga. Al fatihah..,” panjang lebar luahan hati Joy.

Semoga segala yang berlaku antara Joy dan Hafiz dapat disudahkan dengan baik dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber: Facebook Joy Revfa

Joy Revfa Yakin Perkahwinan Sah

Joy Revfa Yakin Perkahwinan Sah

Terdahulu, Isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Siti Arifah Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa memfailkan faraq (pembubaran nikah) bagi menuntut haknya sebagai seorang isteri dan wanita.

Joy berkata, dia sudah memfailkan permohonan tersebut Jumaat lepas setelah beberapa spekulasi yang tidak benar bertebaran mengatakan pernikahannya dengan Hafiz tidak sah.

Tambah Joy, permohonan tersebut bukan sekadar untuk menuntut haknya sebagai isteri, tetapi pada masa yang sama wanita lain juga boleh mengambil pengajaran atas kejadian yang menimpanya.

Bagaimanapun, menurut peguam syarie Hafiz, Azmi Mohd Rais ada isu mengenai perkahwinan Joy dengan suami terdahulu, Mohd Rayos Abdul Rahim.

“Keputusan mungkin menjadi isu untuk dibangkitkan. Maksudnya sama ada berlakunya penceraian antara Datuk Rayos dan Siti Arifah pada 2015. Itu isu yang sentral di mahkamah tinggi,” jelasnya.

Tambah Azmi, Pejabat Agama Islam Daerah telah pun mengeluarkan laporan bahawa perkahwinan mereka tidak sah.

Dalam masa sama, peguam Joy, Muhammad Nur Hafiz Rosan berkata Joy amat terkilan kerana masing-masing tidak mengetahui fakta, namun menuduh Joy sembarangan.

“Di media bukanlah ruang untuk mengata atau sebagainya. Kita akan serahkan pada mahkamah,” katanya.

Dia juga menasihati mana-mana pihak doakan yang baik-baik.

“Sekiranya benda ini sah, alhamdudilah sah. Kalau tak sah, jadi tak sah .Apa-apa yang berlaku dahulukan hukum syarak,” ujarnya

Dalam pada itu, Joy yang ditemu bual berkata yakin perkahwinannya mereka sah disisi undang-undang dan menyerahkan semua kepada peguamnya.

“Saya serahkan semunya pada mahkmah dan peguam saya, tetapi saya tak boleh cakap apa-apa sebab kes dalam perbicaraan. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Selain itu, Joy juga berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang membuat pelbagai spekulasi menjadikan kes mereka kontroversi dan menjatuhkan maruah dirinya.

“Namun, saya yakin nikah kami sah walaupun Hafiz tetap tidak mahu mengaku dan teguh dengan pendirian pernikahan ini tidak sah,” tegasnya.

Joy juga meminta semua pihak untuk bersabar serta menunggu keputusan mahkamah.

Sumber : Sinar Harian

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "