Select Page
Apa Plan Fattzura Bersempena Dengan Majlis Resepsi Khusus Buat Peminat Tersayang 11 Mac Depan?

Apa Plan Fattzura Bersempena Dengan Majlis Resepsi Khusus Buat Peminat Tersayang 11 Mac Depan?

Wah pasti akan meriah nanti majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, yang sepakat memilih tema tradisional pada majlis resepsi 11 Mac depan yang diadakan khusus buat para peminat dan kenalan.

Terdahulu pada 25 Februari ini, Fattah dan Fazura atau lebih sinonim dengan gelaran Fattzura akan melangsungkan sebuah lagi majlis resepsi yang dikhususkan buat keluarga, jemputan khas dan rakan terdekat.

“Bagi majlis resespi 25 Februari ini, ia akan dibuat secara tertutup atas permintaan keluarga. Sementara untuk majlis 11 Mac depan pula, kami memilih tema tradisional. Selain peminat, saya juga akan mengundang lebih ramai teman untuk menghadiri majlis terbabit. Mengikut perancangan, macam-macam yang kami sudah rancang untuk majlis bersama peminat nanti termasuklah tarian poco-poco dan sebagainya,” jelas Fazura kepada MH.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin ini juga baru selesai menjalani penggambaran untuk filem terbaru arahan Glenn Goei, The Legend of Pontianak. Selain Fazura turut sama berlakon di dalam filem berkenaan ialah Remy Ishak, Namron, Hisyam Hamid, Nadia Aqilah dan ramai lagi.

“Apa yang boleh saya kongsikan, pengalaman berlakon di dalam filem ini sangat mengujakan dan ia berbeza dengan filem pontianak yang pernah ditayangkan sebelum ini. Competely berbeza dan saya memang teruja setiap kali berada di set penggambaran kerana senarai pelakonnya pun hebat belaka.

 

“Bersyukur dapat bekerjasama menerusi filem ini dan kalau tidak berlakon pun, saya akan kagum dengan jalan ceritanya,” akhiri Fazura yang turut merancang mahu mengadakan persembahan showcace Mac depan. 

Foto: Instagram Fazura

 

 

 

Ditanya Mengenai Cahaya Mata, Ini Jawapan Ikhlas Dari Fattah Amin

Ditanya Mengenai Cahaya Mata, Ini Jawapan Ikhlas Dari Fattah Amin

Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan berkahwin pasti akan diajukan pertanyaan mengenai anak. Bagaimanapun, suami kepada Fazura, aktor Fattah Amin  mengakui tidak pernah rasa tertekan atau rimas apabila ditanya mengenai isu berkenaan. Baginya, isu bila nak dapat anak adalah suatu soalan normal yang akan ditanya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Fattah ketika ditemui MH di majlis pratonton filem televisyen terbaru lakonan Fazura, Janji Zehan mengakui tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Itu semua rezeki. Kita tengoklah. Sama ada lambat atau cepat, saya tidak kisah, terima saja rezekiNya,” kata Fattah yang mengakui selepas beberapa bulan bergelar suami, dia semakin mengenali isteri, dan menganggap itu merupakan suatu hal yang baik dalam melayari rumah tangga agar lebih harmoni. 

Dalam perkembangan lain, bekas Hero Remaja ini juga mengakui terpaksa berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan bagi memberi ruang untuk fokus terhadap bisnes.

Kongsi bintang berusia 27 tahun ini, sejak Januari lalu dia tidak mempunyai sebarang komitmen penggambaran kerana mahu memberi ruang untuk diri sendiri, sekali gus membolehkannya  melakukan hal lain di luar lapangan seni.

Bagaimanapun, hero drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini bakal terlibat di dalam sesi promosi filem aksi lakonannya, KL Special Force yang bakal ditayangkan Mac depan. Turut sama beraksi di dalam filem arahan Syafiq Yusof ialah Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

“Setakat ini, saya tidak mengambil tawaran berlakon kerana perlu selesaikan beberapa komitmen lain. Antaranya memberi tumpuan terhadap jenama diet, MRP Diet Soup yang bakal dilancarkan bulan depan. 

 

“Pada masa sama, saya juga turut menubuhkan Stalkers Cafe Event Space dan Alhamdulillah, tempahan ruang majlis yang kami terima begitu menggalakkan. Malah kami juga turut merancang untuk melakukan showcase akustik istimewa. Insya-ALLAH, Fazura pun akan turut serta.

 

 “Kena susun jadual supaya tidak kelam-kabut,” akhiri Fattah optimis. 

 

Fattzura Tidak Tercalon Anugerah MeleTop, Fazura Tak Kisah

Fattzura Tidak Tercalon Anugerah MeleTop, Fazura Tak Kisah

Penyanyi dan pelakon, Nur Fazura mengakui tidak rasa ralat apabila dia dan suaminya, aktor Fattah Amin tidak dicalonkan dalam senarai kategori Couple MeleTop di Anugerah MeleTop 2018 (AME2018) yang bakal dilangsungkan 8 April depan.

Sebaliknya, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin ini memberitahu, dia lebih selesa untuk memikirkan hal berkaitan kerjaya berbanding soal lain.

“Saya tak kisah pun sama ada tercalon atau tidak. Malah peminat pun tidak perlu risau kerana saya okay sahaja. Pada saya isu ini remeh-temeh.

 

“Lebih baik untuk saya fokus untuk memperbaiki lakonan dan kerjaya saya,”kata Fazura ketika ditemui MH di Sesi Pratonton Filem Televisyen Janji Zehan di GSC Signature, Kuala Lumpur.

Fazura berkata demikian sebagai mengulas isu dia dan Fattah tidak dicalonkan menerusi program anugerah hiburan tahunan itu baru -baru ini sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan para peminat mereka berdua.

Terdahulu, Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris seperti yang dipetik berkata, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

Bagaimanapun, Fattzura bernikah pada 27 November lalu dan secara automatik tidak boleh dicalonkan.

Dalam perkembangan lain, Fazura baru selesai menjalani penggambaran filem The Legend of Pontianak di samping Remy Ishak, Hisyam Hamid, Namron dan ramai lagi.

Akhirnya ‘Fattzura’ Dedah Tarikh Bersanding…

Akhirnya ‘Fattzura’ Dedah Tarikh Bersanding…

MH pasti ramai di antara peminat-peminat setia kepada pasangan artis kesayangan mereka, Fattah Amin dan Fazura yang tidak sabar untuk melihat majlis persandingan mereka.

Terbaru menurut satu sumber, Fattah dan Fazura bakal bersanding pada 25 Februari ini di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ha mesti korang teruja kan bila dapat tahu berita gembira yang artis kesayangan korang bakal bersanding tak lama lagi.

Terdahulu Fattah dan Fazura telah bernikah di pada 27 November 2017 secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Fazura telah sah menjadi isteri kepada Fattah dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Apapun MH dan tak sabar nak tengok Fattah dan Fazura bersanding mesti fazura cantik macam puteri raja dan Fattah kacak macam prince charming kan. MH doakan segala urusan menuju hari persandingan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber: Berita Harian

‘Hei Berani Tanya Isteri Saya Macam Tu’ – Respon Fattah Bila Orang Tanya Fazura Hamil Berapa Bulan

‘Hei Berani Tanya Isteri Saya Macam Tu’ – Respon Fattah Bila Orang Tanya Fazura Hamil Berapa Bulan

MH pasti ramai suka melihat pasangan romantis, Fattah Amin dan Fazura yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan November tahun lalu.

Sejak mereka mendirikan rumah tangga nampaknya mereka sering berkongsi video kemesraan suami isteri yang sangat bersemut di media sosial sehingga ramai netizen yang turut teruja menontonnya.

Terdahulu ada spekulasi yang timbul mendakwa Fazura sedang hamil selepas tersebarnya satu video yang merakamkan Fazura menyebut perkataan mengidam namun itu semua tidak benar dan pelakon cantik ini berkata jika benar dia hamil, dia akan mengumumkan kepada semua tentang berita gembira itu.

Beberapa hari yang lalu, MH ada terlihat satu video yang merakamkan aksi respon Fattah apabila isterinya diajukan soalan sudah hamil berapa bulan.

Selepas diajukan soalan tersebut, Fazura mengadu kepada suaminya yang duduk bersebelahan dengan manja sekali.

“Bang tengok ni dorang tanya lagi,” ujar Fazura dengan penuh manja kepada suaminya.

Dengan nada bergurau Fattah memberi respon kepada si pengaju soalan,

“Hei berani tanya isteri saya macam tu,” kata Fattah sambil tersenyum.

Alahai manja betul Fazura dengan Fattah ni. Bersemut MH tengok dorang.

Ok lah jom MH nak share dengan korang video manja pasangan suami isteri ini.

MH doakan agar rumah tangga Fattah dan Fazura sentiasa diberkati dan bahagia hingga hujung nyawa mereka.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: