Select Page
Salah Tafsir Maksud ‘Cashless’, Fathia Latiff Kena Hentam Lagi

Salah Tafsir Maksud ‘Cashless’, Fathia Latiff Kena Hentam Lagi

Beberapa minggu yang lalu kecoh di media sosial tentang kontroversi seorang pelakon wanita, Fathia Latiff yang viral di dalam sebuah rakaman video menerusi aplikasi Bigo.

Baru sahaja surut namanya daripada kontroversi berkenaaan timbul satu lagi kontroversi baru apabila Fathia dihentam netizen kerana tersalah tafsir maksud ‘cashless’ yang disebut oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan panggilan KJ

Fathia telah berkongsi semula satu perkongsian dari sebuah sumber tentang kenyataan KJ yang menyebut,

“Malaysia to be cashless society by 2050 – Nation,” kenyataan KJ yang dikongsi oleh The Star.

Pada perkongsian Fathia yang memuat naik semula perkongsian itu, dia menulis satu persoalan adakah kita akan hidup seperti di zaman batu.

“Kite nak jadi mcm zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takutttttttttttt,” tulisnya.

Nampaknya Tweet daripada Fathia ini telah menarik perhatian netizen sekali gus menghentamnya kerana tidak faham akan maksud cashless yang disampaikan oleh KJ.

Rentetan daripada pelabagai hentaman dan kecaman yang diterima oleh Fathia, dia tampil memberi penjelasan mengapa dia tersalah tafsir tentang maksud cashless tersebut di mana dia berkata, maksud perkataan tersebut memberi banyak pengertian dan harus disampaikan dengan jelas.

“Cashless : broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang. Ni bukan tulis gossip :),” tulis tweetnya.

Sumber: Twitter Fathia Latiff

Zahirah MacWilson Tidak Tertekan Ganti Tempat Fathia

Zahirah MacWilson Tidak Tertekan Ganti Tempat Fathia

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa watak Luna dalam drama La Luna yang sebelum ini dipegang oleh pelakon wanita, Fathia Latiff telah digantikan dengan pelakon cantik, Zahirah MacWilson.

Menurut sebuah sumber, Zahirah berkata dia tidak mempunyai sebarang tekanan menggantikan tempat Fathia untuk menyandang watak tersebut dan baginya, setiap peluang yang datang itu adalah rezeki buat dirinya .

“Bagi saya itu merupakan kebetulan dan rezeki yang telah ditentukan lagipun buat masa sekarang saya baru saja habis penggambaran drama Duda Pujaan Dara.

 

“Saya tak tertekan untuk menggantikan Fathia kerana saya suka watak yang diberikan dan jalan ceritanya juga amat menarik,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu juga, Zahirah sedikit pun tidak terfikir tentang kontroversi kerana baginya itu sudah menjadi kerja dan tanggunjawab yang telah diberikan kepadanya.

Pelakon ini berkata lagi, rata-rata peminatnya juga telah memberikan komen positif di media sosial apabila mendapat tahu dirinya akan menjadi pengganti Fathia malah dia juga tidak kisah jika ada yang ingin membandingkan cara lakonannya dengan Fathia.

Baca juga: Zahirah MacWilson Ganti Fathia Latiff

Terdahulu penerbit, Norazah Sahud ada memberitahu kepada MH Online bahawa setiap babak yang telah dilakonkan oleh Fathia akan dilakonkan semula oleh Zahirah.

“Babak Fathia akan direshoot,” katanya.

Norazah juga berkata, nama Zahirah memang menjadi pilihan teratas dan pertama untuk menggantikan Fathia.

Barisan pelakon yang turut bergandingan dengan Zahirah dalam drama ini ada seperti Nasha Aziz, Esma Daniel, Azrel, Afiq Muiz, Elisha Sandha dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak

Zahirah MacWilson Ganti Fathia Latiff

Zahirah MacWilson Ganti Fathia Latiff

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang pelakon wanita yang dikaitkan dengan kontroversi video viral baru-baru ini, Fathia Latiff telah digugurkan namanya dalam drama La Luna kerana masalah disiplin.

MH Online telah mendapatkan penerbit, Norazah Sahud tentang berita pelakon wanita, Zahirah MacWilson dikhabarkan akan menggantikan tempat Fathia untuk watak Luna dalam drama berkenaan.

Norazah berkata, memang benar Zahirah telah menggantikan Fathia untuk watak Luna dan sesi penggambaran sudah pun bermula semalam.

Menurut penerbit ini, kesemua babak yang telah dilakonkan oleh Fathia akan dilakonkan semula oleh Zahirah.

“Babak Fathia akan di reshoot,” katanya.

Kata Norazah lagi, nama Zahirah memang menjadi pilihan teratas dan pertama untuk menjadi pengganti Fathia.

“Kebetulan memang rezeki bersesuian dan bertepatan waktu dia free maka Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi dengan rasa syukur.

Mungkinkah dengan kontroversi yang melanda Fathia yang digugurkan daripada drama La Luna ini menjadikan orang ternanti-nanti untuk menonton drama ini?

Norazah berkata, dia mengakui perkara itu namun tetap perlu menjaga batasan.

“Secara terus terang ya tetapi tetap kena jaga batas tertentu sebab ini untuk siaran kerajaan,” jawabnya.

Drama ini akan ditayangkan di saluran RTM namun bila tarikhnya masih belum diketahui lagi. Norazah memberitahu cadangan drama ini akan bersiaran adalah pada hujung tahun ini.

Selain daripada Zahirah, pelakon lain yang akan terlibat dalam drama ini adalah Nasha Aziz, Esma Daniel, Azrel, Afiq Muiz, Elisha Sandha dan ramai lagi.

Menerusi drama ini, Nasha Aziz akan memegang watak sebagai ibu kepada Luna dan Esma Daniel sebagai bapa.

Semoga segala urusan penggambaran untuk drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

Fathia Latiff Tak Tahu Bigo Boleh Ditonton Oleh Semua Orang…

Fathia Latiff Tak Tahu Bigo Boleh Ditonton Oleh Semua Orang…

Akhirnya terjawab segala teka-teki yang menjadi persoalan kepada ramai pihak tentang siapakah individu yang menari sambil menayang asetnya dalam sebuah video yang viral baru-baru ini.

Menurut satu sumber, Fathia mengakui bahawa gadis di dalam video tersebut adalah dirinya.

“Ya itu saya,” katanya kepada News Straits Times.

Katanya lagi video tersebut sebenarnya dibuat bukan untuk tontonan ramai dan dia juga akui berasa malu dengan apa yang telah terjadi.

“Saya bersama rakan-rakan saya sedang lepak bersama di sebuah villa. Ketika kami menari hanya ada rakan perempuan sahaja dan waktu itu kami sedang menari dalam bilik air villa tersebut.

 

“Semestinya saya malu dengan apa yang sudah terjadi. Siapa yang dalam keadaan waras mahu menunjukkan tubuh badannya kepada satu dunia?,” tegasnya.

Baca juga: ‘Please Don’t Fitnah Me’ – Fathia Latiff

Tambah pelakon wanita ini lagi, ketika mereka sedang berseronok sesama sendiri, dia tidak menyedari bahawa aplikasi Bigo yang merakamkan video live itu boleh ditonton oleh semua orang dan dia menyangka hanya kawan-kawan tertentu sahaja yang boleh melihat video tersebut.

“Saya tidak pernah dengar tentang aplikasi Bigo sebelum ini. Sekarang saya dah tahu tentang aplikasi ini dan tahu dengan cara begini,” katanya dengan rasa kecewa.

Menurut sumber juga, Fathia mengatakan dia berhasrat untuk membuat satu live di media sosial tidak lama lagi untuk menjernihkan keadaan.

Sebelum ini di dalam video viral tersebut, terdapat juga seorang rakannya yang merupakan seorang pelakon baru, Natasha Elyzza yang turut menerima kecaman hebat daripada netizen.

Baca juga: ‘It was stupid’ – Natasha Elyzza 

Natasha juga sudah tampil memohon maaf kepada semua menerusi akaun Instagramnya dan mengakui apa yang dilakukannya adalah kurang bijak.

Pelakon baru ini juga berharap orang ramai dapat memaafkan dirinya dan memberi peluang untuk dia berubah dan memperbaiki diri.

Sumber: NST

Tiz Zaqyah Komen Mengenai Aksi Natasha

Tiz Zaqyah Komen Mengenai Aksi Natasha

Masih belum reda kontroversi mengenai dua aktres hangat, Fathia Latiff dan Natasha yang viral di media sosial, sehinggakan kedua-dua mereka dikecam teruk oleh pengguna laman sosial.

Oleh itu keduanya bertindak menutup ruangan komen di akaun Instagram masing-masing.

Terdahulu, Natasha turut terkilan dengan siapa yang merakam semula video di Bigo Live miliknya dan memuatnaik di Youtube sehingga berita ini menjadi besar. 

BACA JUGA >http://www.mediahiburan.my/terima-kasih-awak-betul-betul-dah-rosakkan-hidup-saya-natasha-elyzza/

Menariknya, pelakon Tiz Zaqyah juga sempat memberi maklum balas mengenai kenyataan Natasha yang kelihatan seperti tidak mengakui salah sendiri merekod aksi di dalam video tersebut.

Menerusi ruangan ‘IG Story’ di akaun media sosial Instagram milik Tiz, dia juga telah menulis nama pendatang baru itu di mesej tersebut.

“Dear Natashaelyzza, awak boleh buat apa sahaja yang awak nak buat tetapi perlu ke awak rakam secara ‘live’? Nak tunjuk kepada satu dunia?

 

“Sekarang tengok, siapa yang dipersalahkan? Fikir. Terima kasih,” tulisnya kepada Natasha.

Namun, di Instagram milik Natasha dia sempat memohon maaf atas kesalahannya. Dia juga meminta peluang untuk perbaiki dirinya.

“I’m sorry for what i did. It was stupid, and i learn from my mistake. Tasha mengaku tasha dah conteng arang dekat muka ramai orang. Sejujurnya tak semua orang tahu cerita sebenar.”

 

“Tapi still, silap tasha buka bigo tu. tasha minta maaf sgt sgt. Tasha tahu ramai orang marah tasha, tapi sejujurnya tasha harap orang semua dapat maafkan tasha dan bg peluang utk tasha baiki diri tasha.”

Bagaimanapun, di Instagram Fathia, netizen turut menyalahkan pelakon Ariana Rose itu kerana dia sendiri menayangkan asetnya walaupun Natasha cuba menutupnya. Rata-rata komen yang ditinggalkan mengkritik Fathia.

Namun masih ada peminat yang menasihati Fathia secara baik dan turut mendoakan agar pelakon ini sentiasa kuat.

Apa pun, semoga dua pelakon ini diberi peluang untuk berubah. Semoga Fathia dan Natasha kekal tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "