Select Page
Aleesya Harta Yang Tidak Ternilai Buat Bella

Aleesya Harta Yang Tidak Ternilai Buat Bella

Seperti semua sudah sedia maklum, minggu lalu pelakon wanita dari negara jiran Laudya Cynthia Bella telahpun sah bergelar isteri kepada bekas suami Erra Fazira, Engku Emran.

Pernikahan mereka ini telah disaksikan oleh keluarga dan sahabat terdekat mereka dan dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Engku Aleesya, anak kepada Emran juga kelihatan sentiasa berada di sisi Bella ketika majlis berlangsung.

Beberapa hari yang lalu, menerusi perkongsian Bella di akaun Instagramnya dia telah menyatakan bahawa Aleesya merupakan harta terindah yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT buat dirinya di ruang kapsyen.

“I love him with all my heart. And in return, Allah gave me a priceless treasure. “Aleesya” 👧🏻❤️ #BAE,” tulisnya yang juga turut menyatakan betapa cintanya dia kepada Emran.

Baca juga: ‘Aleesya Gembira Dengan Kehadiran Bella’ – Erra Fazira

Rata-rata peminat Bella juga telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah atas masjid yang telah dibina dan tidak lupa juga ada yang mengingatkan untuk Bella menyayangi Aleesya seperti anak sendiri.

azeera_ahmad: Please love her like your own.. may your marriage last till jannah.. aminn.. @laudyacynthiabella and @iamkumbre .. congratulation..

zhilvatis: Alhamdullh ga slah mas emran milih ibu untuk anaknya,,, sungguh mulia hatinya teh Bella….

christinesiwonest: Foto terakhir like mother like daughter.

Semoga ikatan perkahwinan Bella dan Emran kekal hingga ke syurga di samping Aleesya sebagai penambah rencah kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.

Sumber: Instagram Laudya Cynthia Bella

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran

Kronologi Kisah Cinta Bella, Engku Emran

Bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran sudahpun selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September lalu.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana kisah cinta mereka berputik. Adakah mereka tidak pernah berjumpa?

Meskipun tidak pernah mendedahkan kisah cinta mereka, Engku Emran telah memuatnaik beberapa gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan kronologi hubungan cinta mereka.

Setiap bait-bait yang ditulis membuat netizen cair membacanya dan mencuri perhatian beribu-ribu pembaca.

Emran memulakan siri kisah cinta dengan memuatnaik gambar bersama Bella dan anak tunggalnya, Engku Aleesya berpegangan tangan menandakan hubungan mereka direstui anak kesayangan itu.

Alhamdulillah. Terima kasih atas semua doa and kind wishes

 

Seterusnya, dia berkongsi gambar duduk bersama, namun masih mengekalkan jarak fizikal antara bukan muhrim. Ramai yang memuji. Pada gambar tersebut ditulis pertemuan mereka di Jakarta.

Jakarta 3/6/17

 

Engku Emran juga memuatnaik gambar first date mereka pada 14 April. Nampaknya percintaan mereka bermula pada bulan April?

Kuala Lumpur 14/4/2017 #firstdate #firstmeal

 

Namun, difahamkan pasangan ini pertama kali bersua ketika Bella turun ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan bersama Nora Danish.

“After Bella’s father says i can marry his daughter”.. wah nampaknya bulan Julai Engku Emran bertemu bapa Bella meminta restu untuk menikah dengan anaknya.

Bandung 9/7/2017. After Bella’s father says i can marry his daughter. #sapulidi

 

Setelah dipertemukan dengan Aleesya yang amat dikasihi Emran, lelaki itu juga membawa Bella berjumpa dengan Erra yang turut memberikan ‘restu’ terhadap hubungan mereka.

Kuala Lumpur 15/7/2017. Bella meets Aleesya for the very first time. #happytears

 

“Introduced Bella to Aleesya’s mom Erra.” tulisnya di foto yang menarik 241.6 ribu likes.

Bulan Ogos, Engku Emran telah membawa ibu bapanya bertemu Bella di Jakarta.

Between KL-Jkt 3/8/2017. Flew my parents to meet Bella’s.

 

Dalam pada itu, Bella juga ada memuat naik gambar dengan kapsyen yang manis dan mendalam buat suaminya itu.

“Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya, Lebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok laki2 yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak-anak saya dan abang nanti.#BAE”

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Bella itu dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di Malaysia dan Indonesia di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen tersentuh hati dengan ucapan Bella buat suaminya.

Malah, Instagram Emran juga tiba-tiba ‘meletup’ dengan ledakan ‘likes’ oleh peminat Bella dari Indonesia. Nampaknya pasangan ini menjadi fenomena di dua negara!

 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official
‘Pasti Aleesya Tak Sabar Menanti Adik’ – Erra Fazira

‘Pasti Aleesya Tak Sabar Menanti Adik’ – Erra Fazira

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan yang mengikat dua hati menjadi satu antara pelakon daripada negara jiran, Laudya Cynthia Bella bersama bekas suami Erra Fazira, Engku Emran.

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan dan tanda tanya ramai pihak tentang kesahihan hubungan cinta pasangan ini.

Pernikahan pasangan ini telah mendapat ucapan tahniah dan doa yang tidak putus-putus daripada netizen. Bukan sahaja netizen malah bekas isteri Emran yang juga ibu kepada anaknya, Engku Aleesya juga tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan tahniah buat Emran dan Bella.

Ucapan tahniah Erra itu ditujukan kepada pasangan pengantin baru ini menerusi ruang kapsyen di salah satu perkongsiannya dalam akaun Instagram.

“Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. .

 

“Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!! 😙😙😙.

 

“Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. 😉😁 Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh 😙😙,” tulis ucapannya.

A post shared by Eera Chek (@errafazira) on

Bella sah bergelar isteri kepada Emran hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam 6.57 petang semalam.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Kuala Lumpur dan diadakan secara sederhana dan tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga dan teman-teman rapat.

Semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.

Sumber: Instagram Erra Fazira

Laudya Cynthia Bella, Engku Emran Nikah Petang Ini?

Laudya Cynthia Bella, Engku Emran Nikah Petang Ini?

Walaupun khabar pernikahan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran awalnya masih bersimpang siur, namun terdedahnya perkhabaran gembira itu melalui undangan perkahwinan mereka yang tersebar di media sosial.

Hari Jumaat yang merupakan hari Nabi Muhammad s.w.t bernikah juga dipilih pasangan ini . Akhirnya teka-teki hari pernikahan merekatelah terjawab.

Mereka berdua dikatakan bakal disatukan hari ini di Malaysia jam 4.30 petang nanti. Walaupun tidak terlihat jelas tulisan pada undangan tersebut, namun disitu ada tertera nama mereka dan tarikh perkahwinan. Tetapi untuk lokasi pernikahannya hanya tertulis Kuala Lumpur.

 

Majlis pernikahan bintang film ‘Surga yang Tak Dirindukan 2’ itu mungkin sudah diketahui umum ketika dia ada memuatnaik foto bridal shower di Instagram miliknya.

Ruangan komen di instagram Bella juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 18.1 juta pengikutnya di laman sosial yang ingin tahu mengenai majlis perkahwinan tersebut. 

Perkongsian bakal isteri usahawan itu juga telah menerima lebih daripada 155 ribu likes daripada pengikutnya setakat ini. 

Dalam masa yang sama, sejak kelmarin beberapa kawan karibnya seperti pasangan Zaskia Sungkar dan Irwansyah, Whulandari Herman dan Melly Goeslaw dilihat sudah berada di Kuala Lumpur.

Mereka juga dilihat berada di sebuah hotel sekitar KLCC. 

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Zaskia Sungkar, dilihat dia ada memuatnaik beberapa gambar menunjukkan mereka meraikan bakal pengantin itu di Instagram.

Dalam pada itu juga, dia turut menulis sold out Laudya Cynthia Bella.

Semoga majlis perkahwinan Bella dan Engku Emran berjalan dengan lancar. Tahniah buat kedua pasangan serasi ini.

Jom MH Online kongsikan beberapa foto sempena bridal shower pelakon manis itu :

 

Laudya Cynthia Bella Kongsi Foto Bersama Bakal Anak Tiri

Laudya Cynthia Bella Kongsi Foto Bersama Bakal Anak Tiri

Nampaknya teka-teki hubungan cinta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran kian terjawab apabila Bella nampaknya kini kian terbuka dalam berkongsi gambar peribadinya.

Menerusi satu entri terbaru di akaun Instagram milik Bella, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dia bersama anak bakal suaminya itu iaitu Engku Aleesya.

Foto tersebut merakamkan Aleesya duduk bersebelahannya sambil berpegangan tangan dan bergambar bersama di satu majlis pertunangan rakannya ,Whulandary Herman.

Dalam pada itu juga, dia turut memuatt link nama bakal suaminya yang duduk bersebelahan rakannya itu.

“Bhulan sayaaangg..Congratulations on your engagement.You two are perfect together,inshAllah semua lancar dan mendapatkan ke ridhoan Allah dari hari ini sampai on your wedding day and selamanyaa.. You deserve the best. Congratulations bhulan n nikk!! Loveeee” tulis Bella pada gambar tersebut.

Ruangan komen di instagram Bella juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 18.1 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang positif merestui hubungan mereka.

Perkongsian pelakon Surga yang Tak Dirindukan itu telah menerima lebih daripada 404,998 likes. Rata-rata pengikutnya mendoakan kebahgiaan Bella bersama bakal suaminya itu.

Sementara itu, Erra juga mengakui anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya. Malah, dia sendiri juga berkata Bella seorang yang bersifat lemah lembut dan mudah didekati.

BACA JUGA ›  http://www.mediahiburan.my/aleesya-gembira-dengan-kehadiran-bella-erra-fazira/

Dikhabarkan meraka bakal mendirikan rumah tangga di Malaysia dalam masa yang terdekat setelah terdedahnya surat pernikahan mereka di media sosial.

Selain itu, Bella juga turut berkongsi foto merangkul Aleesya yang juga memakai busana berwarna senada dengannya.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: