Select Page
“Nak Malu Apa, Benda Tu Display Everywhere.” – DSV Jawab Dakwaan Tak Sensitif Beli Bra Anak

“Nak Malu Apa, Benda Tu Display Everywhere.” – DSV Jawab Dakwaan Tak Sensitif Beli Bra Anak

Minggu lalu, netizen memberi maklum balas berbelah bahagi apabila pengasas kecantikan, Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik video sedang membeli belah pakaian dalam buat anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin,13, atau lebih sinonim dengan panggilan Cik B.

Posting video yang dimuat naik menerusi Instagram itu sudah pun menerima lebih 400 komen dengan 339,000 tontonan. DSV sehingga kini mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di Instagram.

Menjawab isu berkenaan, DSV ketika dihubungi MH memberitahu, dia bukan tidak sesnsitif seperti mana dilabel sesetengah netizen. Sebaliknya, pengasas yang turut terkenal menerusi lagu I Am Me ini mengakui, membeli bra atau pakaian dalam wanita adalah sesuatu yang normal.

“Bukan tidak sensitif. Nak malu apa, benda tu display everywhere. Saya teruja sebab Cik B sudah memasuki Tingkatan Satu dan saya rasa dia perlu ubah penampilan dari jenis brutal kepada lebih girly. Saya teruja untuk groomkan Cik B. Tapi itulah, salah saiz pula. Saya ingatkan saiz Cik B kecil, tapi besar. Terbeli banyak pula tu. 

 

“Saya pula kalau sudah beli, tak pandai nak beli sikit-sikit. Bila beli semua tak padan,”seloroh DSV.

Bagaimanapun, DSV sekali lagi menjelaskan, soal tersebut adalah suatu hal bersifat common sense, baik lelaki dan wanita.

“Bukan saya cakap saiz Cik B. Kalau saya fokus pada saiz baru lah ya. Ini tidak, saya hanya kongsi perkara umum saja. Jujurnya, saya hanya excited untuk raikan anak yang sudah berada pada fasa remaja,” akhiri DSV.

DSV yang sedia dikenali dengan sikap selamba ini turut mengucapkan salam Subuh buat para pengikutnya di media sosial pagi ini. Menerusi gambar Cik B yang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran itu, rata-rata neziten memuji cara ahli perniagaan ini dalam membentuk sahsiah anak-anak. Go DSV!

 

 

Tahun 2018 Misi DSV Kumpul Saham Akhirat, Bina Mahaad Tahfiz Raudatul Jannah

Tahun 2018 Misi DSV Kumpul Saham Akhirat, Bina Mahaad Tahfiz Raudatul Jannah

Nama pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Vida (DSV) memang tidak pernah lekang dari menjadi buah mulut ramai apabila ada sahaja kisah dan cerita mengenainya diperkatakan ramai.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan dan aset yang sering terpamer menerusi kehidupan mewahnya bersama anak-anak, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa DSV hampir setiap malam menangis memikirkan apakah solusi yang perlu dihadapinya pada hari mendatang.

Kongsinya, bukan mudah untuk bergelar ahli perniagaan dan pada masa sama ketika ramai mata yang memerhati.

“Kegagalan rumah tangga, hal melibatkan bisnes dan hal lain yang terbawa-bawa pada kes tahun lalu memang cukup pahit. Jadi pada tahun ini saya mahu buang perkara lama yang pernah terpalit pada diri. Memang tak cukup kuat untuk hadapinya. Sebab itulah saya mahu sokongan semua dan mahu mengumpul saham akhirat, insyaAllah,” katanya kepada MH.

Ditanya  apakah yang memberikan sumber kekuatan buatnya untuk terus cekal, wanita besi ini memberitahu dia menangis hampir setiap malam memikirkan soal hidup dan perancangan masa depan.

“Saya tiap malam nangis. Orang hanya tengok kita gembira saja bila depan kamera. Saya ni memang ratu air mata di rumah. Tak tahu macam mana nak hadap. Biar dalam bisnes pun, bukan senang untuk survive,” kongsinya yang tidak sabar untuk mendirikan madrasah khas buat pelajar tidak lama lagi.

 

“Setelah sekian lama merancang dan proses untuk dapatkan kelulusan, madrasah yang bakal dikenali sebagai Mahaad Tahfiz Raudatul Jannah di Tanah Merah, Kelantan. Kita cuba bina kompleks pengajian baru yang moden, canggih dan luasnya 3 ekar.

 

“Yang penting, saya mahu tekankan juga aspek kemahiran. Bukan setakat menghafal sahaja. Mereka boleh pilih pengkhususan yang mereka suka. Yang terpilih akan kami sponsor untuk sambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi,” akui DSV yang turut megambil keuntungan jualan produknya sebagai dana pembinaan projek berkenaan uang dikatakan menelan belanja RM30 juta 

Dalam perkembangan lain, ibu tunggal ini juga sudah pun merancang untuk melancarkan single seterusnya pada masa depan.

“Tengah plan dan kini saya pun sudah rancang untuk ikuti kelas vokal. Mungkin nak rakam lagu berentak balada kot,” akhirinya.

 

‘Kau Tua Tak Sedar Diri Tak Ingat Nak Mati’, Anak DSV Bersedih Setiap Kali Ibunya Dikecam

‘Kau Tua Tak Sedar Diri Tak Ingat Nak Mati’, Anak DSV Bersedih Setiap Kali Ibunya Dikecam

Anak mana yang sanggup melihat ibunya terpaksa berhadapan dengan lemparan kecaman dan hinaan daripada orang lain.

Menurut Sinar Harian, pengasas kosmetik yang terkenal dengan lagu berjudul I Am Me, Datuk Sri Vida atau lebih dikenali dengan panggilan DSV berkata, setiap kali dia dikecam dan dihina maka perasaan anaknya juga akan turut terguris.

“Perasaan anak saya akan berkocak dan terasa tatkala saya dikecam dan dihina,” kata DSV.

Malah lebih memilukan lagi apabila, anak lelakinya juga pernah meluahkan rasa sedih kepada DSV setiap kali melihat ibunya dikecam teruk di media sosial oleh netizen.

“Macam Kacak (gelaran anak lelakinya) sebenarnya tak sanggup tengok mama dikecam.

 

“Kacak selalu nak cuba faham mama… nak tolong tapi tak reti nak tolong,” katanya kepada Sinar Harian.

Aduh tersentuh betul hati MH bila anak kecil seperti Kacak turut bersedih dengan kecaman yang dilemparkan kepada ibunya sehinggakan dia mahu menolong ibunya tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membantu.

Sebagai seorang ibu pastinya DSV turut tersentuh hati apabila anaknya berkata sebegitu dan disebabkan itu DSV berkata kepada anaknya supaya melihat setiap penat lelah ibunya bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga.

“Saya beritahu Kacak agar tengok sahaja mama dia bekerja. Ingat bukan saja-saja mama buat, kena kerja macam ini, inilah mama,” katanya.

Dalam pada itu, DSV juga turut berkongsi tentang satu komen netizen yang sehingga kini sangat meninggalkan kesan terhadap dirinya serta menggores hatinya.

“Rasa ayat ini…Kau tua tak sedar diri tak ingat nak mati,” kongsinya.

Walaupun pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada DSV namun dia tidak cepat melatah dan tetap kuat untuk terus berusaha memajukan perniagaannya.

Sumber: Sinar Harian

Lima Sebab Netizen Masih Love I Am Me!

Lima Sebab Netizen Masih Love I Am Me!

Selepas lagu Datuk Aliff Syukri yang turut menampilkan Sajat mula meraih perhatian, ada netizen yang menganggap lagu I Am Me dari Dato Seri Vida (DSV) kekal menjadi lagu nyanyian pengasas kecantikan yang memenuhi cita rasa.

Bagaimanapun, tidak kurang yang turut memberi reaksi positif terhadap single sulung pengasas d’Herbs itu. Tapi MH percaya, Aliff pasti punya strategi sendiri untuk meletakkan single tersebut pada tahap sepatutnya, sama seperti lagu rakan baiknya, I Am Me itu yang pernah jadi viral kerana lima kisah di bawah…

‘Buat kecoh’ di Pavilion

Terdahulu, muzik video yang dilancarkan di Red Box Plus, Pavilion itu kecoh dengan aksi spontan DSV yang melakukan gimik pelancaran dengan memarkir kereta Lamborgini miliknya di lobi pusat membeli-belah berkenaan, lengkap mengenakan pijama merah jambu sambil menjinjit beg tangan mewah. Menurut pengasas kecantikan ini, dia sengaja mengambil inspirasi memakai baju tidur sebagai simbolik kepada ‘mimpi menjadi nyata’ yang bukan hanya berangan semata-mata, tetapi impian tersebut perlu disusuli dengan usaha berpanjangan.

Kos sekitar RM1 juta

Ditanya mengenai kos keseluruhan muzik video berkenaan, selebriti asal Machang, Kelantan itu mengakui sanggup melabur sekitar RM1 juta bagi memenuhi impiannya melahirkan muzik video sarat elemen glamor dan mewah. Bagaimanapun, menurutnya, kos tersebut mencecah tujuh angka selepas dicampur dengan barangan kemas, persalinan dan kostum yang dibelinya bersama kos produksi pembikinan muzik video berkenaan.

Ambil inspirasi Katy Perry, tak tiru Taylor Swift

MH difahamkan, DSV mengambil inspirasi beberapa muzik video daripada penyanyi antarabangsa sebagai rujukan di dalam pembikinan muzik video I Am Me. Antaranya ialah muzik video penyanyi pop, Katy Perry yang disifatkan DSV sebagai antara muzik video tercantik kerana dilatari dengan warna-warna ceria. Pun demikian, DSV nafi apabila babak menyanyi di dalam tab mandi sebagai menciplak idea muzik video Taylor Swift, Look What You Made Me Do. Katanya, idea tersebut sudah diterjemahkan awal sebelum mengetahui penyanyi berkenaan turut menampilkan adegan lebih kurang sama.

Sasar pasaran antarabangsa

DSV yang dikenali sebagai individu bercita-cita tinggi mengakui, dia meletakkan harapan besar terhadap single pertamanya ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa, khasnya dari negara serantau dan negara Arab. Kongsinya, setakat ini dia menerima reaksi positif terhadap muzik video lirik I Am Me di kalangan peminatnya dari negara berkenaan.

Idea bulu ayam kerana frasa ‘ayamee’

Difahamkan, DSV mengambil masa lebih tiga minggu mencari ilham dan idea sebagai latar utama di dalam muzik video lagu tersebut. Katanya, dia turut berdoa dan akhirnya mendapat idea apabila frasa ‘I Am Me’ sering diparodikan sebagai ‘ayamee’. Lalu, dia sanggup ke Bangkok, Thailand demi mendapatkan persalinan kostum bulu ayam. Sementara di dalam video tersebut, DSV turut mengenakan beberapa persalinan sarat perincian. Kiranya DSV memang all out untuk lagu pertamanya ini.

 

 

DSV Komen Pedas, Kata Peserta Gegar Vaganza 4  Diberi Lagu Macam Nak Nyanyi Kat Pasar Malam?

DSV Komen Pedas, Kata Peserta Gegar Vaganza 4 Diberi Lagu Macam Nak Nyanyi Kat Pasar Malam?

Program realtiti Gegar Vaganza 4 (GV4) kini sudah pun sampai ke minggu keempat dan saingan yang diberikan setiap peserta semakin sengit setiap minggu.

Selepas berlangsungnya minggu keempat konsert GV4 tempoh hari, MH ada perasan satu video yang dikongsi oleh penaja rancangan ini, Datuk Seri Vida ( DSV) menerusi akaun Instagramnya.

Pengasas produk kecantikan itu memberi pendapat perihal pemilihan lagu yang diberikan kepada peserta.

Menerusi kapsyennya, Qu Puteh sebagai penaja merasakan lagu yang diberi kepada peserta seperti lagu yang macam hendak dinyanyikan di pasar malam.

Katanya lagi, sepatutnya semakin bertambah minggu peserta perlu diberikan lagu yang lebih mencabar vokal masing-masing.

Dalam pada itu, Vida juga turut bertanyakan kepada peminat-peminatnya tentang pendapat mereka berhubung pemilihan lagu yang diberikan kepada peserta.

“Mcm mana syg?

 


Saya sebagai penaja.. rasa

 


Bagi lagu mcm nak nyanyi di pasar malam

 


Bkn bermaksud lagu asal tak best.. tapi
Sepatutnya..
Semakin bertambah minggu ni, semakin mencabar lagu
.
.


 

Saya tengok juri pun mcm tak tahu nak komen


Sebab penyanyi nyanyi dah baik..

Cuma lagu macam sendu je
.
.

 


Ada pnyanyi dapat lagu best..
Tapi bnyk jgk buat penyanyi tak bole berkaRya..

 

ke syg rasa mcm?


 

Cer komen..,” tulis Vida.

Selepas menonton video Vida memberikan pendapatnya ini, MH merasakan setiap orang mempunyai hak mereka untuk memberikan pendapat tersendiri.

Jadi, kami cuba meninjau ke ruangan komen posting DSV dan rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat yang diberikan penyanyi lagu I Am Me ini.

gerpi_official: stuju..cth kak aisyah bg ja lgu whitney houston, mariah carey.. smua diorg pnglman dohhhm…msti bulih buat lgu hok gempakk gegekkk skong @datoserivida

nrlhdhshm: yess betul,kesian dekat haida ,boleh kata every week die perform best,tp sebab lagu daun pisang yg die dpt ,jd kurang menyerlah berbanding peserta lain ,liza hanim tiap minggu dpt lagu best ,die ada advantage banyak ,boleh kreatifkan lagu yg die dpt sebb semua lgu yg die dpt lagu popular

cynta_puterizqin: @luynaa Agree. Yg best2 semua dpt lagu yg kena dgn vocal mereka. Tk terlalu mencabar. I think they already know who will go for the top juara lah.. if tk liza hanim..aishah. then goes to syura/elyana or hazami.

nanigreenroses: Setuju…..banyak lagu lama2 yg hits meletop bagai…kasi dorng bawak…mesti hot GV…

Bagaimanapun, walau apa lagu yang diberikan kepada peserta, MH doakan agar mereka yang masih kekal dapat memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan seterusnya dalam pungut markah tinggi setiap minggu.

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: