Select Page
Kecoh Satu Lombok, Anak Bongsu Aliff Syukri Didapati Hilang!

Kecoh Satu Lombok, Anak Bongsu Aliff Syukri Didapati Hilang!

Aduhai… kami yang dekat sana pun nervous bila anak  bongsu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Ibraheem Adham,4, dikhuatiri hilang apabila sedang melakukan aktiviti riadah di Gili Trawangan, Lombok, Indonesia.

Kejadian tersebut disedari Aliff,32, sejurus selesai bermain sukaneka bersama rombongan staf d’Herbs Terlajak Laris dan ahli stokis terpilih.

Mengulas mengenai insiden berkenaan, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mengakui tidak boleh sembunyikan rasa takut kerana bimbang akan keselamatan anak bongsunya itu tidak berjaya ditemui.

“Percutian ke Lombok selama empat hari tiga malam ini adalah untuk meraikan kakitangan dan stokis terpilih dan buat pertama kalinya, kami turut menjemput rakan media untuk sama-sama berkongsi kegembiraan trip percutian ini.

 

“Bagaimanapun, saya tak sangka berlaku pula kejadian yang tidak diingini seperti ini,”katanya kepada MH yang turut sama menyertai rombongan ke sana baru-baru ini.

Alif menjelaskan, aktiviti sukaneka itu hanya diikuti orang dewasa sementara kanak-kanak pula dibiarkan bermain sekitar lokasi dengan diawasi pengasuh.

“Tak sangka pula Baem (nama timangan buat Ibraheem) tiba-tiba hilang dari pengawasan pengasuh yang turut sama ralit menyaksikan aktiviti sukaneka tersebut.

Jadi sebaik menyedarinya, saya dan isteri mulalah panik dan sedaya upaya meminta pertolongan semua, termasuk penduduk tempatan untuk mencari Baem,”jelasnya lagi.

Lebih 10 minit misi mencari, akhirnya Ibraheem berjaya ditemui seorang penduduk tempatan.

Sementara itu, isterinya, Norshahida yang kini hamil enam bulan turut memanjat rasa syukur anaknya itu berjaya ditemui dengan selamat.

Dalam perkembangan lain, insiden kehilangan anaknya itu juga bakal dipaparkan menerusi program realiti, Oh Abang Kosmetik musim kedua yang bakal bersiaran menerusi Astro Ria dan Ria HD, Mac depan.

 

Aliff Syukri Mengaku Mulanya Ambil Sajat Sebab Kurang Kawan Perempuan, Isteri Tak Nak Nyanyi!

Aliff Syukri Mengaku Mulanya Ambil Sajat Sebab Kurang Kawan Perempuan, Isteri Tak Nak Nyanyi!

Tidak dinafikan, lagu Abang Nak Tegur dari Datuk Seri Aliff Syukri atau lebih sinonim dengan panggilan Abang Terlajak Laris yang turut menampilkan rakan niaganya, Sajat mendapat publisiti meluas, meski rata-rata seakan ‘tak suka’ dengan lagu berkenaan.

Malah, sehingga kini, versi asal lagu berkenaan menjadi tular kerana bilangan dislikes yang cukup banyak menerusi YouTube.

Pasrah dengan apa yang berlaku, pengasas produk d’Herbs ini bagaimanapun mahu bersikap positif kerana dalam ramai yang tidak suka, tontonan untuk lagu berkenaan sudah mencapai jutaan tontonan, meski dilakukan menerusi tiga versi berbeza.

Berkongsi mengenai perkara itu, Aliff mengakui pada peringkat awal dia bukan berniat untuk membuktikan apa-apa apabila menghasilkan single Abang Nak Tegur. Sebaliknya, dia masih lagi sedar diri bahawa lagu single tersebut adalah tidak lebih daripada sajian hiburan semata-mata.

Aliff berkata demikian ketika sesi LV FB Media Hiburan dan Sinar Harian di d’Herbs Holdings Sdn Bhd di Kota Damansara baru-baru ini.

Malah, pengasas produk kecantikan itu juga mengakui dia memilih Sajat sebagai rakan duet memandangkan dia tidak mempunyai bilangan kawan perempuan yang ramai.

“Saya merupakan artis ramakan KRU Music dan terima banyak tunjuk ajar daripada mereka. Buat lagu pun sebab nak cuba benda baru dan sebagai batu loncatan untuk terima cabaran. Biarlah orang kecam pun sebab kalau dikumpul semua versi, Abang Nak Tegur dah capai lebih 14 juta tontonan. Suka atau tidak, ia sudah trending. 

 

“Bila saya dapat lagu tu, saya tak ada kawan perempuan yang banyak, kebetulan isteri pun tak nak nyanyi masa tu. Katanya biarlah dia jadi penyokong di belakang saya saja. Saya pun rapat dengan Sajat sebagai rakan bisnes. Saya panggil dia untuk duet dan tiada istilah nak tarik publisiti atau apa. Memang hanya rakan bisnes,” kongsinya jujur. 

Sehingga kini, muzik video rasmi Abang Nak Tegur yang turut menampilkan Sajat dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah pun ditonton hampir 2 juta tontonan menerusi YouTube.

All the best buat Dato Seri ya. Yang penting, kami memang suka lagu ni sebab muziknya yang catchy!

 

 

 

‘We Are Happy Family’ – Tangisan Anak Aliff Syukri Buat Hati Netizen Tersentuh

‘We Are Happy Family’ – Tangisan Anak Aliff Syukri Buat Hati Netizen Tersentuh

Setiap orang di dunia ini pasti mengimpikan sebuah keluarga yang sangat bahagia dan sayang antara satu sama lain.

Tersentuh hati MH selepas menonton satu video yang dikongsikan oleh pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi Instagramnya.

Dalam video tersebut Aliff nampak begitu bahagia dia samping isteri tercinta dan anak-anaknya.

Namun apa yang membuatkan MH tersentuh adalah apabila anak sulung kepada Aliff yang bernama Ammar menangis ketika ditanya oleh bapanya, suka tak mereka ada sebuah keluarga yang bahagia.

“kebahgian dunia akhirat adalah yg tidak ternilai harganya adalah keluarga bahgia..

 

“bkn mudah menjadi isteri aliff syukri dan menjdi suami @shahidadherbs .. sbb dulu saya mencari jodoh yg menerima saya seadanya “ tu sbnrnya kena diperbetulkan!!. Sbb percayalah, setiap org ni ada perangai buruk termasuk sy sendiri.. byk kelemahan..

 

“dan kekdang ada kalanya ada angin yg meniup pokok bergoyang dalam perkahwinan.. ttp anak2 dan kenangan 10tahun berkahwin menguatkan hibungan kami yg sukar utk diceritakan.. ckuplah sy katakan kami saling perlu memerlukan dan saling betul membetulkan .. apapaun i love so much my wife and my kids.. syukur alhamulillah ya Allah krn kau sygkan keluarga kecil sy ini.. #hanyapeminatkamisahajatahu #biarlahrahsia,” tulis Aliff pada kapsyen video tersebut.

Perasaan sayu turut dirasai oleh pengikut-pengikut Aliff yang rata-ratanya meninggalkan komen menyentuh perasaan malah ada juga yang mendoakan agar keluarga Aliff terus kekal bahagia hingga ke syurga.

adda_sakura88: Sayu bila tgk anak sulung dato n datin menangis…betapa syg nye die kat kedua ibu bapa die…anak anak dato nk tgk kebahagian dlm fmly dato…so sye doakn semoga kebahagian tu kekal hngga ke jannah ye

zaraaroses: Menangis tngok, bukan sebab apa. Sbb budak tu nangis. Maybe dia tk sangka dpt family mcm ni. Yg sayang dia.

azienmie: Eeh np sy pon trbwk sdih jgk ni..semoga bahagia dato skuarga

Seronok rasa hati bila melihat keakraban keluarga kecil Aliff ini. MH doakan agar keluarga mereka akan kekal bahagia hingga ke jannah.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

“Tak Pernah Ada Niat Nak Tiru Nabila Razali,” – Aliff Syukri

“Tak Pernah Ada Niat Nak Tiru Nabila Razali,” – Aliff Syukri

MH memang tabik dengan semangat dan kesungguhan pengasas produk d’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak putus-putus promosikan single sulungnya, Abang Nak Tegur. Biar pun ditimpa macam-macam kecaman khasnya apabila mendapat antara dislike tertinggi bagi sesebuah muzik video di Malaysia menerusi YouTube, namun Aliff nyata positif.

Baginya, setiap kecaman yang hadir ibarat satu semangat buatnya untuk terus maju dalam nyanyian. Malah, Aliff ketika ditemubual MH juga mengakui, Abang Nak Tegur bukanlah satu signal buatnya untuk serius menyanyi. Tiada niat bersaing jauh sekali untuk cipta nama sebagai penyanyi.

“Saya buat lagu tu bukan nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Saya masih sedar diri. Cuma kerana minatlah saya cuba lancarkan single. Tak sangka pula lagu yang turut menampilkan Sajat itu mendapat kecaman dan reaksi pelbagai daripada pendengar. Saya okay sajalah. Cuma gara-gara kecaman yang diterima itulah, saya cuba lancarkan pula Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan isteri saya. Tengok macam mana dia boleh pergi,” katanya kepada MH.

Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun ditonton hampir tiga juta tontonan dengan mendapat hampir 300,000 likes sejak dimuat naik minggu lalu.

“Sebelum ini, memang tak sangka versi asal dapat unlikes tertinggi. Meski ada yang anggap ia sebagai satu penghinaan, tetapi saya rasa syukur juga sebab sekurang-kurangnya lagu tu pun sudah cecah jutaan tontonan. Tak suka tapi tetap tengok. Macam mana tu?,” soal Aliff yang turut menafikan dia sengaja melancarkan versi 2.0 sebagai gimik.

 

“Macam saya beritahu, saya buat kerana mendapat kecaman netizen. Bukan nak buat gimik. Ada juga yang kata saya nak tiru Nabila Razali yang buat gimik sebelum muzik videonya keluar. Tak pernah ada niat nak tiru Nabila Razali. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bila sudah lancarkan versi kedua tu, ramai yang dah mula suka dengan lagu tersebut,” akhiri Aliff yang baru sahaja mengadakan sidang media single tersebut bersama KRU di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

 

Aliff Syukri Umum Isteri Hamil 3 Bulan Di Majlis Sidang Media Abang  Nak Tegur

Aliff Syukri Umum Isteri Hamil 3 Bulan Di Majlis Sidang Media Abang Nak Tegur

Sidang media lagu Abang Nak Tegur bersama Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, Nur Sajat dan KRU Muzik telah pun dilangsungkan di Flora Terrace at Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Selain berkongsi mengenai single sulungnya, pengasas produk d’Herbs itu turut mengumumkan isterinya, Shahida sedang hamil. Oleh sebab itulah, Shahida tidak dapat ikut serta untuk ke Spain baru-baru ini bagi sesi penggambaran muzik video Abang Nak Tegur.

“Kepada anda semua hari ini saya nak war-warkan kenapa saya tak bawa isteri saya ke Spain, isteri saya tak boleh naik flight selama 21 jam sebab isteri saya tengah pregnant tiga bulan sekarang,” katanya di majlis tersebut.

Wah tahniah MH ucapkan buat Shahida dan Aliff yang bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.

Menerusi ruang komen siaran langsung majlis ini di Facebook Media Hiburan sendiri, rata-rata netizen juga turut mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.

Nuraini Nuraini Halim: Tahniah datin 😍😍😍

Ako Emma Lim: Tahniah Datin.. Mummy preggy

Ernie Sabrini: congrats Datin pregnant👶🏻👶🏻👶🏻

Hans Aquarius: alhamdulilah datin mengandung

MH juga sempat membelek-belek Instagram dan terlihat juga satu posting daripada aktres terkenal, Fasha Sandha mengucapkan tahniah kepada Aliff dan Shahida. Dalam gambar tersebut kelihatan Fasha sedang memegang perut Shahida yang sudah nampak sedikit berisi namun tidak menyatakan bahawa Shahida sedang hamil.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Congrats Sahabatku! DS Alif and DS shahida keduanya bagus dalam #badangthemovie . Congrats 💖,” tulis Fasha.

Ramai juga pengikut Fasha yang tertanya-tanya adakah Shahida sedang hamil, kini terjawab sudah segala persoalan.

Apapun, sekali lagi kami di MH ingin mengucapkan tahniah buat Aliff dan Shahida. Semoga Shahida serta kandungan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan ketika hamil sehingga saat melahirkan nanti dipermudahkan.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: