Select Page
Pening Kes Aliff, Afifah, Produksi, Mana Satu Yang Betul?

Pening Kes Aliff, Afifah, Produksi, Mana Satu Yang Betul?

Kontroversi yang melibatkan hero dan heroin drama Izinkan Aku Mencintaimu, Aliff Aziz dan Afifah Nasir nampaknya macam semakin berlarutan.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, pada 31 Julai yang lalu Aliff dan isterinya Bella Astillah telah membuat satu sidang media untuk menjelaskan bahawa Aliff tidak memukul isterinya seperti yang dihebohkan di media sosial.

Dalam sidang media tersebut juga Aliff telah memohon maaf secara terbuka bahawa dia mengaku akan kesilapan yang telah dilakukan dan menjelaskan bahawa dia keluar bersama Afifah ke pusat karaoke tersebut adalah bukan kerana urusan kerja.

Isnin lalu bersamaan 7 Ogos, Afifah tampil untuk menjelaskan situasinya pula dalam satu sidang media

Afifah menyatakan permohonan maafnya kepada isteri Aliff di sidang media tersebut dengan mengaku kesilapannya atas apa yang telah berlaku dan dia mengatakan Bella tidak bersalah dalam hal ini.

Menurut sumber di portal-portal hiburan pula, Afifah menjelaskan bahawa dia bukan orang ketiga seperti yang didakwa dan dia tidak berminat dengan suami orang.

Katanya lagi, dia merasakan seperti dianiaya oleh pihak produksi drama tersebut kerana semua yang berlaku ini adalah rancangan mereka untuk memudahkan kerja.

“Saya menjadi mangsa pihak produksi yang mahu saya bersikap baik dengan Aliff sepanjang sesi penggambaran drama tersebut.

 

“Saya seperti dianiaya. Semuanya dirancang untuk pihak produksi memudahkan kerja namun apabila hal begini sudah terjadi, saya seorang sahaja yang menjadi mangsa,” jelas Afifah.

Pun begitu, dia turut meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri kerana tidak membantah setiap rancangan dan terlalu mengikut kata orang.

“Niat saya hanya mahu memudahkan kerja. Bayangkan, penggambaran yang sepatutnya berlangsung selama sebulan, berpanjangan selama dua bulan dan sehingga kini, masih belum selesai,” ujarnya lagi.

Semalam kecoh pula tentang pihak produksi telah memberi kenyataan yang menafikan dakwaan tentang menyuruh Afifah memujuk Aliff di media sosial.

Pengarah drama tersebut, Mansor Akob telah menafikan dakwaan Afifah itu yang kononnya dipergunakan oleh pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerena Aliff.

Menerusi Harian Metro pula, Mansor atau lebih dikenali sebagai Manchi mengatakan pihak produksi tidak pernah memberikan arahan dan perancangan sebegitu.

“Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

 

“Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,” katanya.

Terbaru, di akaun Instagram milik Afifah, dia telah memuat naik sebanyak tujuh video rakaman bersama pihak produksi bagi menjelaskan isu penafian yang katanya mereka tidak menyuruh Afifah untuk memujuk Aliff.

Dalam rakaman video tersebut, pengarah drama tersebut mengatakan dia telah menafikan tentang rancangan homestay yang telah mereka bincangkan kerana selepas perbincangan dilakukan sesama mereka, rancangan itu dirasakan tidak efektif lalu mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya.

Manchi juga berkata bahawa dia menafikan hal lain bukan seperti yang heboh di media sosial semalam tentang menafikan Afifah disuruh memujuk Aliff.

Nampaknya kontroversi ini menjadi semakin panjang dan sukar untuk difahami. Jadi siapa yang betul ni? Aliff, Afifah atau pihak produksi?

Anda fikirlah sendiri jawapannya kerana kami juga tiada jawapan untuk perkara yang sedang berlaku ini. Apapun kami di MH Online mendoakan agar permasalahan yang sedang berlaku ini berakhir dengan cara yang baik.

Sumber: Harian Metro & Instagram Afifah Nasir

‘Aliff Tidak Bertepuk Sebelah Tangan’ – Bella Astillah

‘Aliff Tidak Bertepuk Sebelah Tangan’ – Bella Astillah

Masih lagi belum habis nampaknya gosip panas yang sedang melanda industri seni tanah air yang melibatkan pelakon dan penyanyi daripada Singapura, Aliff Aziz dan pelakon wanita, Afifah Nasir.

Pada Isnin lalu telah berlangsungnya sidang media oleh Afifah bagi memberi penjelasan terhadap apa yang telah dikeluarkan pihak Aliff Aziz berhubung kontroversi melibatkan mereka berdua.

Nampaknya selepas sidang media diadakan, gosip ini menjadi semakin hangat apabila semalam isteri kepada Aliff Aziz telah memuatnaik Insta Story di Instagramnya berkata, Aliff tidak bertepuk sebelah tangan malah dia juga mengatakan pihak produksi tidak terlibat dalam masalah ini.

“Sebenarnya benda ni simple dan kita tak perlu nak panjangkan lagi sebab Aliff pun dah mengaku silap, dia pun dah terima bermacam-macam tohmahan dan dia pun dah meminta maaf secara terbuka kepada semua orang.

 

“Saya dah maafkan dia, Allhamdulillah kita sekarang sedang cuba untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri dan harap semua doakan.

 

“Jadi saya fikir kenapa kita tak permudahkan sahaja, kenapa perlu cakap kerana membenarkan?
“Kalau semua orang fikir logik akal dan fikiran, kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak, kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya.

 

“Kalau betul ada orang tanya Bella nak pegang tangan awak boleh?, kita boleh say no kita boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita,” ujar Bella di dalam Insta Story tersebut sambil menegaskan bahawa sebagai wanita kita mempunyai pendirian.

Bella juga berkata lagi, jika betul apa yang didakwa oleh Afifah bahawa dia disuruh oleh pihak produksi, Afifah sepatutnya menghubungi dirinya dan memberitahu keadaan sebenar.

“Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang mintak tolong, dia boleh straight call saya,” jelasnya.

Isteri kepada pelakon ini juga mengatakan kenapa perlu diteruskan melakukan perkara yang tidak baik.

Sempat juga Bella membalas kata-katanya kepada teman lelaki Afifah, Wan Ariff tentang postingnya yang mengatakan Aliff seorang yang childish.

“Macam ni lah Wan Ariff, ini bukan drama pertama suami saya berlakon dan dah banyak drama dia berlakon.

 

“Ini 13 episod sebelum ni dia pernah buat 30 episod straight 70 hari dia shooting, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami suami isteri tak pernah ada masalah.

 

“Tapi masalah yang melibatkan perempuan tidak pernah, cuma kami diduga dalam cerita ini kenapa tiba-tiba berlakunya perkara ini dan cakap Aliff bertepuk sebelah tangan, are you sure?,” soal Bella kepada Ariff.

Semakin panjang kes kontroversi ini dan apakah kesudahannya, sam-samalah kita berdoa dan mengharapkan ianya dapat diselesaikan dengan baik.

Di bawah adalah video penuh di Insta Story Bella.

Sumber: Instagram Bella Astillah

Teman Lelaki Afifah Bersuara Kepada Aliff Aziz

Teman Lelaki Afifah Bersuara Kepada Aliff Aziz

Nampaknya gosip panas tentang Aliff Aziz dan Afifah Nasir masih lagi belum reda malah semakin tegang apabila terkini teman lelaki kepada Afifah pula bersuara di Instagramnya dan menujukan kata-kata tersebut kepada Aliff.

Semalam di akaun Instagram Wan Ariff iaitu teman lelaki kepada Afifah, dia telah memuat naik sebuah gambar yang di ‘screenshot’ daipada sebuah portal yang tertulis,

“Penjelasan Afifah Tak Masuk Akal – Aliff Aziz,” petikan daripada sebuah portal.

Rentetan daripada petikan tersebut, di ruangan kapsyen Ariff telah bersuara dengan mengatakan kepada Aliff,

“Enough is enough. Time for me to speak up. Im using my personal IG to voice out because I dont know any reporters or bloggers to release what I want to say. @aliffaziz91 im not sure if you were aware or not, but the fact is, you were dancing by yourself. Afifah berani sumpah atas Quran she never had feelings for you. It was all part of the act to entertain your childish behavior. Every text she replied you, was discussed with SOME of the people in that shooting, and I was aware of it . Yes she made a mistake of letting you hold her hand, but that was the only time and she apologized to your wife. If production doesn’t want to speak up let them be. They’re scared. We tried to settle this peacefully but you still want to argue back. I know how SNEAKY you can be on and off set. Afifah tells me everything without even me having to ask. Go ahead and deny this, Allah sees all. Alhamdulillah, after lock up you apologized to the world for what you did, especially to your wife who doesn’t deserve the way you treated her. I respected that. But you pissed ME off, when you included Afifah’s name. “Jangan tegakkan benang yang basah”? The truth is not out yet. If you’re not satisfied with my statement come talk to me face to face like a man. I will be at your set on Thursday accompanying Afifah,” tulisnya panjang lebar.

Mungkin dia sebagai seorang teman lelaki dan orang yang paling rapat dengan Afifah merasakan kali ini dia harus bersuara untuk membela teman wanitanya daripada terus dikecam atas perkara yang telah terjadi walhal baginya Afifah tidak bersalah dalam hal ini dan teman wanitanya itu hanya mangsa keadaan.

Ariff telah menutup ruang komen pada perkongsiannya itu, mungkin tidak mahu netizen meninggalkan sebarang komen yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Diharapkan agar segala permasalahan yang sedang berlaku ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

Sumber: Instagram Wan Ariff

Aliff Aziz Dedah Wajah Anak

Aliff Aziz Dedah Wajah Anak

Pelakon lelaki yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada awal Julai lalu hasil daripada perkahwinannya bersama Bella Astillah.

Sejak daripada anaknya dilahirkan dia dan isteri tidak pernah mendedahkan wajah anaknya dan semalam buat pertama kalinya dia telah mendedahkan wajah comel anaknya menerusi akaun Instagramnya.

Comel, itulah perkataan yang keluar apabila pertama kali melihat wajah anak kepada pelakon tersebut.

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Di ruangan kapsyen Aliff menulis,

“It’s less than an hour before the date turns to August 8th. Exactly this date last month my handsome young prince was born. And for one month we have not properly introduce our blessing to everyone. Bismillahirrahmanirrahim.

 

“To everyone, please welcome my handsome young blessing from the Almighty to me and my beloved wife,

 

“Mohamad Ayden Adrean

 

“Born on July 8th, 3.46pm weighing 2.96kg at birth.

 

“Now he is one month old and growing well and healthy alhamdulillah. Everyday me and my wife experience something that only parents will understand when we look at our baby’s face. All the fatigue and stress goes away just by the light of his face. You are such a blessing my young one. Grow healthy and happily sayang. Can’t wait to be on this journey with you and Mummy to watch you grow up into a young, strong, handsome, smart son that will be loyal to your parents. Happy first month Ayden. Daddy and Mummy loves you! ❤️😘😍,” tulisnya.

Semoga Ayden membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu bapanya.

Sumber: Instagram Aliff Aziz

(Update) Kekasih Mahu Sediakan Bodyguard Buat Afifah

(Update) Kekasih Mahu Sediakan Bodyguard Buat Afifah

Berhubung kontroversi melibatkan Afifah Nasir dan Aliff Aziz baru-baru ini, kekasih kepada aktres tersebut, Wan Ariff Wan Azhar, akui mahu sediakan pengawal buat Afifah di lokasi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu yang masih lagi berbaki.

Katanya, tindakan tersebut adalah sebagai langkah keselamatan buat adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu yang sebelum ini terlibat di dalam ‘drama’ yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur, Julai lalu, yang turut membabitkan isteri Aliff, Bella Astillah.

Pasangan hero dan heroin drama tersebut akan kembali bertemu di set penggambaran buat pertama kali pada esok (Selasa) selepas kontroversi yang melanda mereka berdua.

“Esok rasanya ada boyguard kot. Bagaimanapun, saya akan temaninya di lokasi shooting pada Khamis ini,” kata Wan Ariff ringkas.

Pada masa sama, juruaudit itu turut memohon agar segala kemelut ini tidak lagi berpanjangan.

“Nak suruh peminat maafkan Afifah pun memang tidak boleh sebab saya faham kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Cuma kalau boleh, saya mahu peminat untuk faham akan situasinya. Ya, dia juga ada lakukan kesilapan dan pada masa sama, dia juga jadi mangsa,” luah Wan Ariff jujur.

Terdahulu, Afifah,24, telah pun melakukan sidang media berkenaan perkara tersebut di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur tengahari tadi bagi menjelaskan apa yang berlaku di sebalik kejadian tersebut.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: