Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bila kehilangan kawan baik tentulah sukar bagi seseorang itu untuk move on. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai memori indah muncul di minda.

Itulah yang dirasai oleh ketua grup Girl’s Generation, Taeyeon apabila penyanyi, Lee Hi menyanyi lagu gubahan mendiang Jonghyun semasa Golden Disk Award baru-baru ini.

Dia menitiskan air mata mendengar gubahan indah Jonghyun hingga harus ditenangkan oleh Ailee yang duduk disebelahnya.

Tidak cukup itu, Lee Hi sendiri seolah sukar untuk mengawal perasaannya apabila menyanyikan lagu tersebut dan berhenti seketika semasa persembahan.

Dalam pada itu, di skrin kelihatan beberapa mesej rakan-rakan Jonghyun seperti Taeyeon, Shinee dan EXO kepada mendiang.

Selepas majlis, Taeyeon membuat Instagram Live untuk berbual bersama peminat memberikan komen mengenai apa yang dirasakan ketika menonton persembahan tersebut.

“Saya sangat menyukai persembahan Lee Hi, bila dia menyanyi saya ingin menolongnya. Jarak kami dirasakan begitu jauh sedang saya ingin berkata padanya ‘kamu dah buat yang terbaik.

“Kamu betul-betul dah lakukan yang terbaik, dah lama saya tak jumpa kamu tapi kini kamu makin cantik.

“Semasa persembahannya, saya sukar mengawal air mata, sampai sekarang sukar nak kawal,” katanya.

Kalau korang dengar lagu tu pun, memang melodi dia agak sedih, kalau tengah down…sampai boleh keluar air matalah.

MH faham apa yang dirasai oleh mereka. Ya, bukan mudah untuk melupakan rakan paling rapat dengan kita lebih lagi jika dia sudah pergi selamanya.

Apa-apapun, pada Sones (peminat Girl’s Generation) tentu korang tak sabar kan nak jumpa Taeyeon esok?? Mungkin korang boleh buat special project untuk gembirakan dia?

 

sumber: Koreaboo

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: