Punyai nama anak yang unik dan kreatif hasil gabungan nama kedua pasangan popular Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, Syeriv Samheizy menjadi perbualan hangat oleh para netizen.

Ada yang beranggapan nama yang diberi sangat moden dan sedap didengari. Namun ada juga segelintir masyarakat yang merasakan nama tersebut terlalu berat dan tidak sesuai digunakan kerana tiada makna yang baik.

Syatilla Melvin Jawab Isu Nama Anak

Sedar dengan apa yang terjadi, Syatilla yang popular menerusi drama Sha & Shah tampil memberi penjelasaan tentang nama anaknya.

IKLAN

“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu. Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami. Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun

“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama kepada yang memberikan komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting buat kami”katanya.

Menjawab segala persoalan netizen, Syatilla memberitahu lagi nama anaknya itu membawa maksud ‘’Yang Mulia’ dan mengaku ada mengubah sedikit ejaannya agar nampak sedikit berbeza.

IKLAN

“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” Katanya lagi.

Syatilla Melvin Jawab Isu Nama Anak

IKLAN

Syatilla Melvin Jawab Isu Nama Anak

Apa pun walaupun nama yang agak unik dan jarang didengari, kami sentiasa doakan agar anak lelaki kedua pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Sumber : HMetro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI