Pelakon Syafiq Kyle memberitahu dia terpaksa mengorbankan cuti raya pada tahun ini kerana terikat dengan penggambaran Mencintaimu Mr Photographer.

Menurut Syafiq, menerusi drama berkenaan, dia memegang watak utama sebagai jurugambar bergandingan bersama pelakon baru dari Singapura, Hannah Delisha.

Syafiq Kyle Korban Cuti Raya

IKLAN

Syafiq Kyle Korban Cuti Raya

IKLAN

“Drama ini akan disiarkan menerusi slot Mega Drama Astro Ria menggantikan Hero Seorang Cinderella bermula 3 Julai depan.

 

“Jadi buat masa ini, penggambaran masih giat dilakukan dan kerana itu, saya hanya bercuti raya untuk tiga hari sahaja dan kami dijangka memulakan semula penggambaran pada hari raya keempat.

 

“Oleh sebab itu, saya hanya buat persiapan simple sahaja untuk tahun ini dan program seperti rumah terbuka masih belum dapat dirancang kerana saya mahu menyelesaikan penggambaran terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita mengenai dramanya kali ni, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, perjalanan cerita drama Mencintaimu Mr Photographer agak menguji kemampuannya kerana dia mahu memberikan yang terbaik.

IKLAN

“Bekerja dengan pengarah lelaki dan wanita adalah dua perkara yang berbeza.

 

“Macam pengarah wanita, mereka lebih titik beratkan permainan emosi dan kalau kita lontarkan sesuatu dialog, mereka boleh rasa kita ikhlas ke tidak.

 

“Kalau ikutkan karakter saya tidak susah sangat kerana menjadi jurugambar, cuma dari segi lontaran emosi ia sangat mencabar dan atas faktor itu jugalah orang nampak saya semakin kurus,” katanya.

Bagaimanapun ujar Syafiq, dia tidak merasa terbeban untuk menghayati karakternya dan sememangnya mahu mencuba memberi sesuatu yang berbeza.

“Sejak awal lagi, setiap kali saya berlakon, saya mahu kelihatan berbeza dan lagi berat drama itu saya lagi suka,” ujarnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI