Terdahulu, tular di media sosial menyatakan pelantun lagu Jangan Jangan dikatakan bercinta dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid. Kini, pelakon Sweet Qismina turut mengakui sedang berkawan dengan atlet itu.

BACA JUGA> http://www.mediahiburan.my/wani-kayrie-akui-rapat-dengan-pemain-bola-jdt-safawi-rasid/

Menurut Sweet dia juga menyedari Wani Kayrie itu ada memuatnaik foto bersama Safawi, namun tidak melihat ia sebagai satu isu yang harus diperbesarkan.

Dalam pada itu, dia berkata antara dia dan Safawi hanya sekadar teman biasa dan tidak berhak melarang atlet itu untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Saya tahu Wani ada memuat naik foto bersama Safawi pada hari yang sama dan rasanya tidak akan timbul masalah antara kami bertiga.

 

“Lainlah kalau hubungan saya dan Wani tidak baik, baru ada isu boleh dibangkitkan.

 

“Saya pun tak kisah tentang perkara itu kerana itu hak Safawi mahu berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Sweet turut memuatnaik bersama Safawi di Instagram miliknya dan mencuri perhatian dan pelbagai reaksi diberikan di ruangan komen daripada sebahagian kira-kira 336 ribu pengikutnya di laman sosial yang memperlihatkan dia bersama atlet itu.

IKLAN

Sweet Qismina, Wani Kayrie Teman Rapat Pemain Bola Sepak JDT

Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira mereka bergambar bersama. Malah ada yang beranggapan pasangan ini sangat serasi bersama.

IKLAN

Sweet Qismina, Wani Kayrie Teman Rapat Pemain Bola Sepak JDT

Tambah Sweet dia mengenali Safawi ketika menjadi pengacara dalam program Planet Bola pada tahun lalu.

IKLAN

Namun, mereka tidak pernah berkongsi tentang hal peribadi dan hanya bercakap tentang kerjaya masing-masing sepanjang perkenalan.

“Saya dah kenal Safawi sejak jadi pengacara Planet Bola tapi masa itu kami tak pernah bertegur dan saya sekadar tahu dia pemain JDT tetapi baru-baru ini kami bertegur di Instagram.

 

“Kebetulan pula saya memang minat bola sepak, jadi bila berbual banyak cerita tentang kerjaya dan bola sahaja,” ujarnya.

Pada malam separuh akhir Malaysia bertemu Indonesia yang lalu, Sweet turut hadir ke Stadium Shah Alam memberi sokongan.

Sweet Qismina, Wani Kayrie Teman Rapat Pemain Bola Sepak JDT

Sumber : mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI