Nampaknya teka-teki hubungan Bintang Paling Popular, Fattah Amin bersama model dan pelakon cantik, Fazura semakin hangat diperkatakan.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik pelantun lagu Bisa Apa itu, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan gambar Fattah tersenyum berserta ucapan yang dianggap peminat begitu istimewa.

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

“Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu dengan takdir di dunia dan akhirat. Amin Allahuma Amin,” tulis Fazura.

Dalam pada itu juga, Fattah juga membalas ucapan Fazura bersama gambar hadiah istimewa yang diberikan biarpun berpisah jarak antara benua.

“Amin, terima kasih yang paling manis. Thanks for the gift,” balas Fattah.

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Untuk makluman, kini Fazura sedang sibuk menjalani penggambaran filem Ayat Ayat Cinta 2 selain menghadiri New York Fashion Week di New York, Amerika Syarikat.

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Nampaknya pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin masing-masing berbalas ucapan sempena ulang tahun kelahiran Fattah ke-27 tepat pukul 12 tengah malam tadi.

IKLAN

Ruangan komen di instagram Fazura juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya dan Fattah di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang teruja dengan hubungan mesra mereka.

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Bagaimanapun, tidak cukup dengan sekadar ucapan, Fattah telah dikejutkan dengan sedulang besar coklat pelbagai jenis, 50 kuntum bunga ros merah dan kad ucapan berbentuk hati daripada Fazura sempena hari jadinya.

IKLAN

Apa yang menarik, hadiah itu tertulis My Fattah ‘YPC’ yang membawa makna ganti diri Fattah iaitu Yang Paling Comel.

Selain itu, peminat juga menyifatkan 50 kuntum bunga ros merah itu signifikan kepada unconditional love (cinta sejati tanpa had atau sempadan).

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Terdahulu, Fattah juga membuat kejutan dengan memberi sejambak bunga pada Fazura ketika di KLFW 2017.

IKLAN

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Wow, nampaknya kisah cinta Tengku Ian dan Nura Medina dalam drama Hero Seorang Cinderell kini menjadi realiti!

Mungkinkah pasangan sepadan ini sedang hangat dilamun cinta? Sama-sama kita nantikan perkembangan baru dari FattZura ini .

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

Suprise Hari Lahir Fattah Dari Fazura, Bersemut!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI