Select Page
  • 10.9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    10.9K
    Shares

Gara-gara terlebih ‘in character’ di dalam program Motif Viral, seorang Instafamous di kecam hebat kerana dikatakan terlalu menjengkelkan ketika live di program tersebut.

Malah, MH diberitahu buat pertama kali program MV itu penuh dengan momen “Krikk, Krikkk…” kerana sikap ‘keterlaluan’ gadis tersebut.

Motif viral kali ini menjemput dua orang Instafamous yang mendapat pendapatan sebanyak RM10,000 setiap bulan apabila melakukan paid review.

Salah seorang yang dipanggil adalah Ahmad Aqil dan termasuklah Mira, gadis Instafamous yang sering dikecam teruk oleh netizen ini.

Melalui program tersebut, Mira kelihatan sungguh pelik sehingga menimbulkan ketidak keselesaan pada empat orang pengacara tersebut.

Lebih membuat orang menyampah dan katakan gadis ini syok sendiri, apabila dia menjerit;

“Terima kasih sebab viralkan saya wehoooooooo!”

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri.

Tapi MH tidak nafikan memang kelakar dan lucu melihat reaksi masing-masing.

Di Youtube, video ini telah ditonton seramai 312,297 tontonan dan dislike sebanyak 12ribu.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: