Kebelakangan ini kita boleh lihat sendiri keakraban penyanyi lelaki yang kian meningkat naik namanya di persada seni, Sufian Suhaimi dan juga pelakon wanita serta pengacara, Efira Loy.

Di dalam satu video temu bual antara Sufian dan Elfira, mereka ditanyakan beberapa soalan tentang hubungan antara mereka berdua ketika ini.

Sufian mengatakan bahawa ketika ini Elfira merupakan seorang yang istimewa buat dirinya dan kini mereka saling mengenali antara satu sama lain. Sufian juga sempat berkata doakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Terlihat wajah Elfira tersenyum malu dengan kenyataan yang diberikan oleh Sufian itu.

IKLAN

Pelantun lagu berjudul Terakhir, Sufian dan juga Elfira turut menceritakan bagaimana pekenalan mereka berdua bermula dan mereka berdua mengakui semakin rapat selepas hari jadi Elfira.

Dalam pada itu, isu panggilan mama yang digunakan oleh Sufian terhadap ibu Elfira, Elfira berkata bahawa semua kenalan rapatnya memang memanggil ibunya dengan panggilan Mama dan bagi Sufian pula panggilan itu bukan satu kebenaran atau dirinya akan berkahwin.

IKLAN

“Panggilan itu bukan satu kebenaran atau saya dah nak kahwin ke apa,” jelas Sufian lagi.

Apabila ditanya kepada Sufian tentang lima perkara yang disukai oleh Sufian tentang Elfira, Sufian memberitahu dia suka akan sikap Elfira yang matang, berdikari, rajin, berani dan cantik.

Untuk pengetahuan gosip percintaan mereka ini mula timbul selepas Sufian dikatakan memberi Elfira kuntuman bunga sebanyak 23 kuntum pada ulang tahun hari jadinya.

IKLAN

Baru-baru ini juga, Sufian telah menyambut hari jadinya yang ke-25, Sufian telah menerima kejutan istimewa daripada Elfira. Terdapat beberapa keping foto yang menunjukkan mereka menaiki helikopter dan majlis sambutan hari jadi buat Sufian.

Sumber: MYNEWSHUB

https://youtu.be/LxpRw76eGco

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI