Sekiranya kebanyakan daripada kita akan meraikan lebaran di kampung halaman, berbeza pula situasinya dengan pelakon, Zahirah MacWilson yang bakal pulang ke ‘kampungnya’ di Perth, Australia.

Ujarnya kepada MH, dia sudah pun kerap ke negara kangaroo itu untuk isi masa bersama keluarga, termasuk untuk menyambut kedatangan Syawal.

“Mama, adik-beradik semua ada di sana (Perth) sejak ibu bapa saya perpisah jadi. Lagipun tahun lepas pun saya beraya di sana juga.

 

“Hakikatnya, suasananya lebih kurang saja. Sama macam di Malaysia. Sebab dalam satu hari itu kita orang boleh pergi beraya tujuh hingga lapan rumah.

 

“Saya sendiri ada ramai famili di sana, makcik, pakcik, sepupu…ramailah! Bahkan, ada masanya nenek pun akan datang meraikan Syawal bersama kami,” katanya jujur.

Pada masa sama, pelakon itu juga memberitahu dia pulang ke ‘Perth’ minggu terakhir puasa lalu untuk menghabiskan masa dengan famili.

IKLAN

“Saya sibuk bekerja di Malaysia, bulan puasa pun asyik shooting dan berbuka pun di set penggambaran.

 

“Rasa rindu bila tengok famili kongsi gambar berbuka sama-sama semua. Jadi saya balik pada minggu akhir puasa lalu. Jadi sekurang-kurangnya dapatlah merasa berbuka dengan famili kan?” ceritanya lagi

Dalam perkembangan lain, Zahirah turut beraksi menerusi sebuah teleraya bersama Syafiq Kyle berjudul Mentari.

IKLAN

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI