Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aidilfitri kali ini sememangnya cukup dinantikan oleh penyanyi Akim Ahmad dan Isteri, Stacy. Manakan tidak,tahun ini menjadi pertama kali mereka akan beraya berempat.

https://www.instagram.com/p/BVKn9SJAgNO/?taken-by=stacyanam&hl=en

 

Setelah beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan yang indah,pasangan romantis Akim dan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikah Stacy Anam kini menyambut Aidilfitri bersama anaknya serta seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun. Dengan kehadiran Eshaal menjadi penyeri lagi rumah tangga mereka.

Baik Akim mahupun Stacy Aidilfitri kali ini pastinya menjadi momen pasti paling manis dan indah buat mereka.

Saya sendiri pun sudah mengumpul beberapa jenis resipi untuk saya cuba masak pada hari raya.Nak tahu sedap atau tidak kenalah tanya ‘encik Suami’ kerana dialah yang merupakan pengkritik terbaik masakan saya,” katanya. 

Stacy juga menambah bahawa cabaran memasak agak mencabar kerana Akim inginkan masakannya sama seperti air tangan ibu mertuanya.

Raya kali ini disambut sederhana. Persiapan kami akan lebihkan buat persiapan anak-anak sahaja. Budak-budakkan,jadi dialah yang tidak sabar nak sarung baju baru,” ujar Stacy. 

Selain itu, Akim juga meluahkan rasa gembira menyambut Aidilfitri bersama Stacy dan dua anaknya serta tidak sabar untuk membawa mereka menziarahi saudara-mara seramai yang boleh.

Sememangnya menjadi rutin raya Akim dan keluarga sebelum ini pada raya pertama dan kedua mengunjungi rumah saudara mara.

Akim juga turut berkongsi pengalaman rayanya apabila kena sebat dengan ibunya kerana membakar mercun dalam kocek baju rayanya. Momen itu sentiasa membutakan Akim rindu untuk kembali ke zaman itu.

 

Sumber : Media Hiburan Julai 2016

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "