Select Page
  • 11.6K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    11.6K
    Shares

Nampaknya kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-32 tidak terhenti di sini. Ingatkan MH sahaja yang perasan tentang isu ini. Rupa-rupanya ia hangat diperkatakan di Twitter semalam.

Ramai yang mula bersepkulasi apabila melihat Nabila Razali menangis menahan sebak apabila melihat rakannya Hael Husaini memenangi AJL32 baru-baru ini.

Rata-rata mempersoalkan mengapa Nabila kelihatan sungguh sebak? Adakah mereka berdua mempunyai apa-apa hubungan?

Malah melucukan ada ibu-ibu yang memikirkan Nabila isteri kepada Hael!

Bagaimanapun ada juga yang berkata ini merupakan friendship goal di antara Hael dan Nabila! Awww so sweet!

Dalam pada itu, ada juga tweet yang cukup bernas daripada seorang pengguna Twitter apabila memberitahu kemungkinan besar dia berbangga atas kejayaan rakannya itu setelah lalui pelbagai dugaan semasa di Akademi Fantasi sehingga ke pentas AJL32 Ahad lalu.

Namun melalui sebuah posting di Instagram milik Nabila dia akui dirinya sangat berbangga dengan percapaian Hael dan Ezra Kong dan memberitahu mereka berdua layak untuk menerima kejayaan ini!

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: