Pelakon Soffi Jikan menafikan bahawa beliau ditahan polis susulan penularan gambar beberapa dokumen peribadinya bersama bungkusan kecil disyaki dadah di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia masih menjalankan rutin hariannya seperti biasa dan tidak dihubungi polis sehingga setakat ini.

“Saya mengetahui penularan gambar berkenaan setelah kawan mengirimkan gambar itu kepada saya beberapa hari lalu.

“Saya menafikan bahawa saya memiliki barang seperti yang ditularkan kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Gangster tersebut memohon maaf kepada masyarakat atas salah faham akibat tularnya gambar itu.

Meskipun gambar berkenaan tular, beliau tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung isu itu.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya disebabkan apa yang berlaku ketika ini,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian
Info;

Mohamad Shoffi bin Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan merupakan seorang pelakon Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia. Biarpun bukan sebagai hero tetapi dia tetap menonjol.  

Dilahirkan pada 13 November 1970. Berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.

IKLAN

Pembabitan bermula dengan filem Paloh sebagai askar Jepun.  

Bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock. Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.

IKLAN

Beliau amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang besar sering menjadi taruhan dan mendapat kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Soffi juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar.

Pada 2009, beliau bersama pelakon Farid Kamil bersama-sama menulis filem V3: Samseng Jalanan. Filem itu telah siap, namun ditangguhkan tayangan atas beberapa sebab.
 
Pun begitu, akhirnya filem tersebut dibenarkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan beberapa kelonggaran.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI