Jika orang lain berasa teruja untuk menyambut Lebaran esok, lain pula ceritanya dengan aktres berdarah kacukan ini.

Bukan hanya teruja, Siti Saleha mengakui perasaannya kini bercampur baur apatah lagi majlis  bersejarahnya akan berlangsung dalam tempoh sebulan lagi.Tidak hanya mengenang hari bersejarahnya itu, Lebaran kali inimenyaksikan kali terakhir gadis berusia 27 tahun ini menyambut dengan status single.

Siti Saleha Status Single Terakhir

IKLAN

“Kalau ditanya perasaan saya nak bergelar isteri, saya tak tahu bagaimana nak ekspresikan lagi.

 

 

“Tapi bila mengenangkan ini adalah hari raya terakhir saya sebagai single lady, ia membuatkan saya rasa berdebar juga,”katanya ketawa.

Biarpun sibuk melakukan persiapan kahwin, Saleha berkata, dia juga sempat melakukan persiapan menyambut raya dan tahun ini rezekinya agak murah apabila mendapat lebih 10 pasang baju raya.

“Saya ada menjadi model untuk beberapa jenama, jadi mereka sponsor saya baju raya. Tidaklah terlalu banyak, adalah dalam 10 pasang.

 

“Insya-ALLAH tahun ini juga saya merancang untuk memasak rendang,walaupun sebelum ini saya sering berkata saya nak masak, tapi ia tak terjadi kerana saya bekerja di bulan Ramadan.

 

“Cuma tahun ini saya sudah bercuti dari awal dan saya ada masayang cukup untuk persiapan dan memasak,” ujarnya.

Ditanya apakah menu istimewa buat tunangnya, Lutfi Azhar, 31.Saleha berkata, Lutfi menggemari mi soto ayam.

IKLAN

“Saya taklah pandai masak, tapi adalah belajar untuk masak. Cuma janganlah harapkan saya terus pandai belajar masak bila nak kahwin.

 

“Perlahan-lahan belajar, lagipun bukan nak puji diri sendiri,tetapi saya seorang yang cepat belajar dan boleh lah masaksikit-sikit,” jelasnya.

Berkongsi mengenai perihal persiapan kahwinnya pula, Saleha yang terkenal dengan watak Mia Adriana menerusi drama 7 Hari Mencintaiku ini masih sibuk membuat persiapan.Katanya proses persiapan perkahwinan kini sudah melebihi 50peratus dan dia bertuah kerana mempunyai sistem sokongan yang baik.

IKLAN

“Sejak Mei lagi persiapan memang giat dilakukan. Saya bertuah kerana ada support system yang baik dan mereka banyak membantu saya.

 

“Insya-ALLAH apa yang saya harapkan majlis itu akan berjalan dengan lancar, tapi tidaklah bermakna saya harapkan semuaperfect, saya faham tiada apa yang sempurna, tapi saya mahu orangdatang majlis saya dan semua rasa gembira,” katanya.

Saleha berkata, dia juga sempat mendapatkan nasihat dari adiknya yang terlebih dahulu mendirikan rumah tangga.

“Dengan abang saya malu, tapi saya rapat dengan adik, jadi adalah yang dia nasihatkan, antaranya untuk lebih bertolak ansur dan bersabar.

 

“Pastinya nasihat dia akan saya jadikan panduan,” jelasnya.Rindu berlakon Sementara itu, Saleha berkata, Syawal ini telefilem lakonannya, Memori Pajeri Nanas akan disiarkan di saluran Astro.

 

“Kalau ikutkan Pajeri Nanas adalah naskhah terakhir lakonan saya sebelum saya mula bercuti Mei lalu.

 

“Sejujurnya saya dah mula rindu untuk kembali ke set dan Insya-ALLAH saya akan kembali aktif selepas selesai semua majlisresepsi.

 

“Alhamdulillah Lutfi tidak menghalang saya untuk kembali berlakon, cuma selepas ini saya sendirilah yang meletakkan had dalam lakonan.

 

“Dan mungkin juga saya tidaklah rancak sangat berlakon kerana saya mahu ada masa yang boleh saya luangkan bersama dia dan keluarga,” akhirinya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI