Pemilik suara lunak nombor satu di Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang mencemar duli di rumahnya.

Berita ini dikongsi oleh pengurus Siti, Rozi Abdul Razak menerusi akaun Instagramnya. Rozi telah berkongsi gambar dirinya bersama Siti dan juga Tengku Puan Pahang di rumah Siti.

“Disenangi dan disayangi, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Puan Pahang mencemar duli berkunjung ke rumah @ctdk petang semalam. Tuanku dalam perjalanan pulang ke Pahang dan singgah sebentar bertemu @ctdk . Pertemuan yang manis, terpesona dengan aura yang dimiliki oleh Tengku Puan Pahang dan tidak hairan apabila Tuanku disenangi bukan sahaja oleh rakyat Pahang tetapi kita semua. Menjunjung kasih Tuanku. @tppahang,” tulis kapsyen Rozi.

Beralih kepada akaun Instagram milik Siti pula, penyanyi ini juga turut berkongsi gambar dirinya menerima kunjungan Tengku Puan Pahang.

IKLAN

“Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah sudi mencemar duli ke teratak Patik.. Tengku Puan inspirasi wanita soleha & kesayangan rakyat jelata .. Ampun Tuanku @tppahang ???,” tulis kapsyen Siti.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata pengikut Siti telah meninggalkan komen yang positif dengan mengatakan mereka suka dengan Tengku Puan Pahang yang mempunyai sikap yang sangat peramah dan tidak sombong.

nor_azima_samah: Rindu Tengku Puan Pahang… Dahla x sombong.. Peramah pulak..

IKLAN

asmalaily: bangga org pahang ada dua org idola yg sangat baik utk dicontohi

rlynnahmad: sgt humble and simple ??❤️?

IKLAN

zrd13nova: totally inspired by @tppahang. Kepandaian, kekuatan, kebijaksanaan, kelembutan, humble…very inspiring indeed

Memang tidak dapat dinafikan Tengku Puan Pahang memang amat dikenali dengan sikapnya yang sangat merendah diri dan sangat disenangi oleh rakyat. Bertuah Siti kerana menerima kunjungan daripada seorang wanita yang amat disegani dan disayangi ramai.

Sumber: Instagram Rozi Abdul Razak & CTDK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI