Terpalit dengan insiden kurang enak apabila dikatakan sengaja datang lewat ke lokasi penggambaran, penyanyi popular, Siti Nordiana tidak menganggap ia sebagai satu cubaan sabotaj dari pihak tertentu.

Bintang drama bersiri, Dia Semanis Honey ini sebaliknya menyifatkan ia sebagai asam garam yang harus ditempuh sepanjang 18 tahun bergelar anak seni.

“Saya tak rasa ada yang nak sabotaj kerjaya seni saya.  Mungkin itu salah faham saja,” katanya pada Media Hiburan.

Pada masa sama, Siti Nordiana yang lebih mesra dipanggil sebagai Nana juga keliru program apakah yang dimaksudkan kerana tidak pernah tiba lewat di sesebuah acara atau set penggambaran.

IKLAN

“Saya tak pernah datang lambat ke mana-mana program seni kerana dilayan seperti askar oleh pengurus.

 

“Dia akan bagi ‘call time’ dua jam lebih awal dari masa sebenar supaya saya tidak tiba lewat,” katanya.

Rentetan itu, pelantun lagu Pesanan Teragung ini mengakui terkilan dengan situasi yang berlaku.

IKLAN

“Saya juga tertanya-tanya acara atau set penggambaran mana yang saya sampai lewat?

 

“Tapi, saya akui ada memohon pada sebuah pihak produksi untuk mengawalkan giliran saya, baru-baru ini. Namun, saya juga tiba awal di lokasi tersebut dan ketika itu, acara masih belum berlangsung. Saya mohon budi bicara untuk mengawalkan giliran pun atas sebab yang kukuh.

 

“Apa-apa pun, saya ingin memohon maaf kalau ada melakukan kesilapan atau menyusahkan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pengacara program realiti, Gema Gegar Vaganza ini bakal terlibat dalam program Showcase Pelayaran Sambil Menderma bersama Siti Nordiana pada 12 dan 13 Ogos depan.

IKLAN

Katanya, program ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara peminat dan selebriti sekali gus membantu Persatuan Kebajikan Al-Fikrah mengumpul dana bagi mengurangkan beban yang dipikul.

“Saya tak pernah bercuti di atas kapal pelayaran mewah. Inilah yang pertama kali. Sudah tentu, saya teruja lagi-lagi saya menghibur, sambil berderma.

 

“Insya-ALLAH, saya akan menyanyi enam lagu selain berduet bersama peminat.

 

“Ada juga pelbagai aktiviti yang disediakan seperti pertandingan karaoke, Suara Sama Tapi Tak Serupa, cabutan bertuah dan musical chair,” katanya yang akan membawa anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie dalam percutian mewah tersebut.

Harga pakej bermula dari RM599 ke atas dan bagi yang berminat, boleh menghubungi ZSM Mabrur Travel & Tours melalui e-mel di zsm.mabrur@gmail.com.
 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI