Seperti yang telah diketahui ramai, minggu ini merupakan minggu terakhir dan minggu final bagi program realiti AF Megastar yang bakal menobatkan salah seorang daripada bintang Akademi Fantasia untuk menyandang gelaran Megastar tersebut.

Semalam kita telah dikejutkan dengan satu berita bahawa Shahir yang merupakan salah seorang finalis yang bakal bersaing minggu ini mahu menarik diri daripada program tersebut.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Shahir menerusi akaun Instagram miliknya dengan menulis luahan hati yang dirasai.

“Tak senang hati rupanya melihat Allah bg rezeki pd saya.. cubaan sabotaj demi sabotaj utk menutup periuk nasi saya. Baiklah.. demi merealisasikan impian mereka utk menghancurkan karier saya insyaAllah saya sendiri akan tarik diri dari pentas akhir afmegastar,” tulis luahan hati Shahir.

Siapa Yang Sabotaj Shahir?

Sungguh mendalam maksud tersirat yang ditulis oleh Shahir itu dan perkara ini telah menimbulkan pertanyaan kepada netizen, siapakah yang mencuba untuk sabotaj penyanyi ini.

Rata-rata pengikut Shahir telah memujuk dirinya untuk tidak menarik diri daripada pertandingan nyanyian ini.

IKLAN

qzirq: Janganlah @shahirzawawi88 . Lame sgt dah kami ni tunggu shahir. Tak pernah unfollow langsung walaupun menyepi.

m_lenieazlan: X perlu tarik diri..tunjukkan yg @shahirzawawi88 buleh lakukan demi keluarga & peminat..biarkan mereka y berhasad dengki..rezeki Allah y tentukan utk d berikan kpada sesiapa y d kehendaki -Nya..teruskan usaha..semoga beroleh kejayaan..

nurrukainiruslan: Jgn mudah mengalah @shahirzawawi88 Mmg mengalah xsemestinya kalah tp kita berhak pilih utk teruskan perjuangan.. ingatlah org yg sntiasa support shahir dr blkg.. mereka jugak berhak tgk shahir brjaya.. good luck!!

IKLAN

noris_abduljamil: Jadikan org yg kamu sayangi ketika ini sebagai inspirasi bagaimana tabahnya beliau mengharungi onak duri sebagai anak seni. Ketepikan semua rasa iri hati org lain. Yakinlah rezeki dan jalan kejayaan yg terbentang di depan mata. You can DO IT @shahirzawawi88 ….don’t easily give up… jgn bagi musuh kamu menang dgn mudah…

Baca juga: Siapa Mona Di Hati Shahir?

Terdahulu, telah timbulnya satu kontroversi yang melibatkan Shahir bersama seorang wanita yang dikenali dengan nama Mona.

IKLAN

Mona telah berkongsi beberapa keping gambar yang kelihatan agak mesra bersama Shahir dan itu telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak, siapakah Mona pada Shahir?

Rentetan daripada kontroversi yang berlaku itu, Shahir tampil menafikan dakwaan ramai pihak yang mengatakan Mona adalah kekasihnya dan menjelaskan bahawa Mona hanyalah peminat dan penyokong sahaja.

Tapi, adakah disebabkan oleh kontroversi ini yang dimaksudkan Shahir dengan ‘cubaan sabotaj’ itu?

MH Online cuba mendapatkan Shahir namun tiada jawapan balas yang diterima. Semoga segala permasalahan yang dihadapi oleh Shahir dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Instagram Shahir Zawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI