Select Page
  • 3.5K
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.5K
    Shares

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap yang bergelar artis membuat video live di media sosial untuk berinteraksi dengan lebih rapat bersama peminat.

Iqram Dinzly merupakan seorang pelakon di dalam bidang seni yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana MH pasti ramai yang sudah kenal dengan selebriti ini.

Pelakon ini juga sering membuat live di media sosial namun baru-baru ini ada perkara yang mengejutkan berlaku semasa Iqram sedang membuat live. Menerusi akaun Instagramnya dia ada berkongsi gambar screenshot yang merakamkan lembaga hitam di belakangnya.

Aduh seram pula MH bila melihat lembaga yang tiba-tiba muncul dalam screenshot yang dikongsikan oleh Iqram.

Menurut kapsyen Iqram pula dia menyatakan lembaga ini kembali lagi selepas dua tahun dan dia turut meminta pertolongan daripada semua jika mengenali mana-mana ustaz yang boleh membantunya.

“Weyh buat hal siot ! Memang ada #lembagahitam yang korang cakap #kodin tu siak ! Aduhhhhhh!

 

“Seram lak rasanya nak buat #livevideo malam malam ni , tambah lak #malamjumaat ni .

 

@bawaabata.merebucks

 

“Terima kasih @dammahumnauzliriahk kerna tolong #ss kan untuk sy . #screenshot . Serammmm nih 😨😰😱 @adibanas ianya menjelma kembali kes 2 tahun lepas pun camgini . Ish !

 

“Susur tepi untok lihat 👻 . Siapa ada kenal mana mana ustaz untok cuci rumah?,” tulis Iqram di ruang kapsyen.

Rata-rata pengikut Iqram juga turut berkata mereka juga nampak lembaga tersebut semasa Iqram sedang membuat live.

rosiena.181: Mmg ada nampak hari tu..mmg seram..harap @prinxchiqydinzly tabah dan sabar hadapi dugaan..

apis_airooy86: Aku nampak 2 kali @prinxchiqydinzly satu masa ko sorang dia lalu,satu lg masa ko live dgn @adibanas

iz3ahy: @prinxchiqydinzly haritu masa abg buat live saya pn ada nampak … jugak. Bnda gi main sorok2 masa abg tgh menari2 saya sempat SS tapi saya takut so saya biarkan je la . Tak sangka pulak yg ni ada jugak

Meremang pula MH lepas membaca komen-komen peminat Iqram ni. Apapun MH doakan yang baik-baik dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Instagram Iqram Dinzly

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: