Berkongsi perihal komitmen paling utamanya ketika ini, selebriti asal Petaling Jaya, Selangor ini menjelaskan, bisnes dan mengacara adalah dua bidang yang diberikan fokus penuh.

Tidak mahu melakukan sesuatu dengan sambil lewa, Sherry optimis untuk memberikan yang terbaik terhadap dua bidang berkenaan.

IKLAN

“Selain sibuk menguruskan produk Deeja Cosmetic, saya juga kini sedang mengacarakan sebuah program talkshow iaitu Pesona Muslimah yang bersiaran setiap Isnin, jam 9.30 malam di saluran Astro Oasis.

 

“Memang sebelum ini saya ada mengacarakan program Chopp! Lebih lapan tahun lalu. Namun pengisiaannya nyata berbeza. Pesona Muslimah yang mempunyai 26 episod ini banyak memberi pendedahan mengenai fesyen dan cita rasa wanita muslimah yang moden dan kontemporari.

 

“Kiranya ini merupakan satu pengalaman berbeza buat saya. Apa pun saya makin ‘cintakan’ bidang pengacaraan.

Istimewanya juga, edisi istimewa Pesona Muslimah Raya juga akan menemui penonton setianya pada Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Back to Raya Galore Festival Mood Republik di Riverside Restaurant, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

Menyifatkan penglibatannya di dalam dunia perniagaan dan pengacaraan sebagai satu langkah kanan dalam hidupnya ketika ini, Sherry turut memanjatkan rasa syukur kerana meski sudah lama tidak muncul dengan sebarang drama baru, namun dirinya masih diingati.

IKLAN

Sherry Ibrahim Mahu Cabar Diri

“Selepas beberapa episod terlibat dalam Pesona Muslimah juga, saya ada mendapat tawaran untuk mengacarakan program. Kali ini ia juga sedikit berbeza apabila ia berbentuk masakan.

 

“Bakal bersiaran sebanyak 13 episod di RTM, rancangan itu diberi judul Sembang Chef.

 

“Aduhai, rasa seronok pula bila terlibat secara serius dalam pengacaraan. Bagaimana pun, hal melibatkan perniagaan juga tetap saya utamakan.

 

“Mungkin komitmen seni saya itu lebih pada pengacaraan kini memandangkan waktu penggambarannya yang sudah sedia terancang. Jadinya saya boleh seimbangkan fokus terhadap bisnes.

 

“Sebab kalau berlakon, waktunya tidak menentu. Saya tidak mahu menyusahkan semua orang.

 

“Sebabnya, boleh dikatakan setiap minggu saya akan turun padang untuk bertemu stokis dan pengguna Deeja Cosmetic. Bila ada masa yang praktikal barulah saya boleh isi masa bersama mereka,” akuinya lagi.Sherry Ibrahim Mahu Cabar Diri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI