Sebut sahaja nama pelakon Sharnaaz Ahmad pastinya ramai yang mengenali dengan kelantangannya bersuara di media sosial.

Terbaru, sekali lagi Sharnaaz memberi pandangannya terhadap lelaki yang membuat tutorial mekap di Facebook mahupun di Instagram.

Berkenaan status yang dimuat naik Sharnaaz itu nampaknya mengundang kemarahan pengikutnya di Twitter.

Entri terbaru Sharnaaz yang meminta golongan itu menjadi anak ‘jantan’ membuat tutorial solekan bukan menjadi masalah bagi pengikutnya tetapi cadangannya meminta lelaki agar mereka tampil dengan video bermain judi berbanding tutorial solekan mendapat bantahan.

IKLAN

Sharnaaz Kecam Lelaki Buat Tutorial Mekap

“Aku buka Facebook/Instagram penuh dengan jantan buat tutorial solekan..ni mak ampa, cubalah jadi jantan hanat..paling kurang pun,live main judi ka!!,” tulisnya.

Ruangan komen di Twitter suami kepada Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang bertindak menyelar cadangan Sharnaaz yang dianggap tidak relevan.

IKLAN

Pelbagai komen dicurahkan di ruangan komen gambar tersebut. Ada netizen berpendapat seorang lelaki yang menghasilkan video tutorial solekan tidak bererti mereka ingin menjadi wanita sebaliknya hanya berkongsi ilmu, tidak kurang juga yang menyuruh Sharnaaz memberikan cadangan yang lebih elok.

IKLAN

Sharnaaz Kecam Lelaki Buat Tutorial Mekap

Sharnaaz Kecam Lelaki Buat Tutorial Mekap

Rata-rata berpendapat Sharnaaz tidak berfikir terlebih dahulu sebelum memuatnaik status sedemikian laman sosial.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI