Kecoh beberapa hari lalu selepas penyanyi, Shahir AF telah meluahkan rasa isi hatinya yang ingin menarik diri daripada pentas akhir AF Megastar yang bakal berlangsung malam ini.

Luahan rasa Shahir itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi menerusi akaun Instagramnya.

Perkongsian itu telah mengundang rasa sedih kepada peminat-peminatnya di mana mereka telah memujuk Shahir di ruangan komen untuk meneruskan perjuangan di pentas final dan mengabaikan segala kata-kata atau perbuatan negatif pihak yang dikatakan ingin sabotaj penyanyi tersebut.

Dalam pada itu semalam menerusi akaun rasmi Akademi Fantasia di Instagram, Shahir tampil di dalam sebuah video dan menyatakan bahawa dia akan berada di konsert akhir malam ini.

“Insya ALLAH, saya ada esok (hari ini), so jangan lupa saksikan final AF Megastar. Saya ada, ada,” katanya sambil menganggukkan kepala.

Menerusi ruang kapsyen perkongsian video itu pula tertulis,

IKLAN

“Shahir mana @shahirzawawi88 ! Dia ada je di sini! Tunggu esok (hari ini) final konsert #AFMegastar!,” tulis kapsyen video berkenaan..

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on

Rata-rata peminat Shahir gembira dengan kata-kata Shahir itu dan memberikan kata semangat buat penyanyi kesayangan mereka itu.

IKLAN

allysulaiman_: Oh sahir teruskan perjuangan semoga berjaya

jane_bardem: Yeayyyyy… ada tau jgn g mana2

IKLAN

nanonana3870: @shahirzawawi88 come on shahir u r the best…buat yang terbaik kami semua sokong awak…yang lepas biarkan berlalu sekarang fokus kan untuk hari esok jangan hampa kan penyokong2 dan peminat2 awak…

serenade.senget: googluck shahir!!!! buat yg terbaik pedulikan kontroversi apa semua kite sokong awak!

Kami di MH Online mendoakan agar kesemua finalis dapat membuat persembahan yang mantap malam ini bagi merebut untuk bergelar juara.

Sumber: Instagram Akademi Fantasia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI