Select Page
  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares

Pasangan, John Cena dan Nikki Bella mengumumkan perpisahan mereka hari ini, setelah 6 tahun bersama!

Wakil pasangan itu turut mengesahkan berita tersebut.

“Setelah 6 tahun bersama serta banyak perbincangan, Cena dan Bella mengumumkan keputusan mereka untuk berpisah,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan tersebut juga turut memberikan kenyataan rasmi kepada media E News! mengenai perpisahan mereka.

“Walaupun ini satu keputusan yang sukar, kami akan tetap mempunyai perasaan sayang dan menghormati antara satu sama lain.

“Semoga peminat dapat memberikan kami sedikit privasi untuk saat yang sukar ini,” katanya.

Pasangan ini sudah bersama sejak 2012 lagi malah turut mempunyai program realiti bertajuk ‘Total Divas and Total Bellas’.

Dalam pada itu, Januari lalu, pasangan ini turut mengadakan majlis pertunangan yang dihadiri oleh rakan-rakan bintang WWE Cena. MH difahamkan bahawa Cena melamar Bella pada April 2017 di dalam arena WrestleMania.

sumber: E News!

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: