Select Page
  • 14.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    14.7K
    Shares

Siapa yang tidak kenal dengan kakak kepada penyanyi Dafi serta isteri kepada Jovian Mandagie.

Orangnya lemah lembut dan cukup manis, namun bila bercakap tentang hal politik orangnya sangat rasional dan teguh mencintai parti Barisan Nasional.

Mana tidaknya, Nina Ismail Sabri telah dibesarkan dengan ‘darah biru’ memandangkan ayahnya merupakan salah seorang orang kuat di dalam BN.

Bagaimanapun MH puji bagaimana Nina sangat positif dan menerima semua ini dengan hati yang terbuka.

Di Instagram, Nina mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah sebulat suara melakukan tanggungjawab dan khusu buat orang Bera kerana tidak pernah putus asa menyokong bapanya.

Bukan itu sahaja, Nina turut memuji dan mengucapkan terima kasih buat semua prngikut parti lawan kerana menghormati orang lain yang menunjukan tahap mentaliti yang berbeza.

 

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak utk menciptakan sesuatu, maka cukuplah Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia. Kuasa Allah tiada siapa boleh lawan. Woke up today with alot of happy postings from my friends, rata rata happy with the change and that gave me a very positive vibe. Malaysia milik semua, dan semalam majority telah sebulat suara memilih. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd pengundi di Bera yg telah mengundi bapa saya dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua supporter dan tulang belakang DSIS yg bertungkus lumus siang dan malam berjuang utk bapa saya dan menjaga kami dgn baik. Kepada followers berlainan parti yg respect each other’s differences that shows a different level of mindset and maturity and i thank you for that. Walaupun berlainan parti we should all stay united as Malaysians. Kepada Barisan Nasional, Lets take this as a challenge and a wake up call for us to improve ourselves,” tulisnya di ruangan kapsyen

Bukan itu sahaja, Nina turut memberi kata semangat kepada Timbalan Pedana Menteri Malaysia terkini, Datin Seri Wan Azizah dan mengatakan penantiannya selama 20 tahun sangat berbaloi kerana kini dia merupakan wanita pertama yang dinobatkan sebagai Timbalan Pedana Menteri di negara kita.

Keadaan ini membuatkan Nina tidak lupa untuk mengingatkan parti BN yang disokongnya mengambil segala keputusan yang telah ditetapkan sewaktu PRU14 sebagai satu cabaran dan ‘wake up call’ untuk perbaiki apa yang sepatutnya.

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: