Simpati melihat gambar anak penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah yang kini dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Cik Piah di akaun Instagramnya dengan memuatnaik gambar anak sulungnya sedang menerima bantuan penafasan.

Sesak Nafas, Anak Feeya Iskandar Masuk Hospital

Di ruang kapsyen gambar tersebut, Cik Piah telah memohon doa agar kesihatan anaknya kembali pulih.

“Sabar ye malique mummy otw ni..malique kena admit. Doakan malique cpt sembuh ye.amin❤️,” tulisnya.

Sesak Nafas, Anak Feeya Iskandar Masuk Hospital

IKLAN

Limpahan doa agar anaknya diberi kesembuhan memenuhi ruang komen perkongsian Cik Piah itu.

kata_kata_hikmah1: Smoga baby n mommy kuat..cpt sihat ye baby..nanti nk jd pembela mommy n dddy

irma_wan_97: Kesian..knp tu? Smoga cepat sembuh..Aaminn…

IKLAN

nursyamimi88: Knp tu malique..strong boy speedy recovery ya ??

Sesak Nafas, Anak Feeya Iskandar Masuk Hospital

IKLAN

Turut kelihatan, Cik Piah ada membalas komen-komen pengikutnya dengan menjawab persoalan tentang apa penyakit anaknya serta mengucapkan terima kasih atas segala doa yang diberikan.

“Malique semput..terima kasih atas doa semua.amin,” tulis komen balasnya.

Kami di MH Online juga mendoakan agar anak Cik Piah diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti selalu.

Buat Cik Piah pula, diharapkan sabar dan kuat untuk menghadapi dugaan ini. Bukan mudah untuk seorang ibu melihat anaknya yang masih bayi terpaksa menanggung kesakitan.

Sumber: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI