Select Page
  • 41
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    41
    Shares

MH  sering melihat aktor kacak ni, Nazim Othman dan isteri, Bella Dally kerap kali memuat naik gambar melancong ke luar negara di Instagram miliknya.

Disebabkan itu, ada sesetengah netizen membuat andaian Nazim tidak mempunyai sebarang tawaran lakonan sehingga dapat meluang masanya sepenuhnya bersama isteri dengan berlibur. Eh betul ke ni?

Walaubagaimanapun, Nazim berkata dia sebenarnya sedang berehat seketika daripada menjalani penggambaran sebuah drama.

Lihat sajalah entri terbaru di Instagram milik Nazim, laman itu dipenuhi foto percutiannya ke beberapa lokasi termasuk terbaru di Phuket, Thailand.

Malah, Nazim memberitahu dia suka bercuti ke luar negara dengan konsep bajet dan ‘backpacking’ sejak berusia 19 tahun lagi.

“Dulu saya gemar bercuti dengan cara ‘backpacking’, menaiki kereta api dan menghabiskan masa perjalanan yang panjang sehingga badan lesu. Maklumlah, ketika itu, zaman remaja, bajet agak padat.

Namun kerana sering melihat Nazim sering bercuti secara mewah, dia sering menjadi mangsa kecaman kerana dikatakan terlalu boros sedangkan dirinya kurang mendapat tawaran belakon.

Menjawab komen negatif seperti ini, Nazim memberitahu sebenar setiap percutian itu tidaklah menelan kos yang tinggi sebaliknya hanya perlu pandai cari promosi di internet.

“Apabila kita bijak menggunakan teknologi, kita akan dapat banyak maklumat berguna termasuk pakej percutian. Banyak promosi menarik yang boleh kita dapat,” katanya yang meluahkan perasaan melalui status di Instagram.

Memetik dari sebuah portal hiburan, Nazim menafikan dakwaan tersebut dan berkata kini sedang menjalani penggambaran drama 80 episod berjudul Monalisa yang diadaptasi daripada siri Korea, The Women’s Room.

Menurut pelakon itu, disebabkan dirinya tidak terlibat dalam mana-mana babak pengambaran, jadi dia mencuri peluang untuk bersama isterinya.

Dalam masa yang sama, Nazim turut menjelaskan dia tidak membawa mana-mana jurufoto untuk mengambil gambarnya sepanjang bercuti. Sebaliknya hanya bermain dengan angle dan teknik yang betul.

Assalamualaikum netizens semua…~~~ Kali ni saya nak pot pet pot pet pasal photography. 📸Saya dapat banyak komen dan DM yang suka ( ye ke? ) dengan majoriti gambar-gambar yang saya post di social media especially instagram. Memasing bertanya “bang, cecantik gambar, pakai kamera apa ek?” “ada upah professional photographer ke?” Haaaaaa first and foremost, Tima kasih atas segala positive feedback. Ok dah. 🙏🏻 Sekarang saya nak share sesikit apa yang saya tau. Sikit je tau sebab saya pun masih belajar. Amatur. 🤓 Pertamanya, soal gambar cantik ke huduh ke bukan bergantung sepenuhnya ke atas jenis kamera yang kita pakai ye sedara sedari sekalian. Kalau kita guna kamera berharga 30 ribu hinggit dengan 150 megapixel pun tidak menjamin gambar yang kita amik tu akan confirm meletop sampai masuk majalah National Geographic. 😅Sekarang kita tak payah la cerita pasal aperture semua tu, korang boleh la bertanya kat kengkawan photographer tentang teknik fotografi dengan lebih mendalam. Ye, ada teknik ok. Bukan main klik sana sini mengharapkan gambar ko cantik and pleasing to the eyes. 😬Bagi saya, fotografi adalah satu cabang seni. Seni yang indah amik masa sikit dan memerlukan ilmu juga kesabaran untuk mendapatkan ‘momen’ yang menarik. Antara benda yang korang kena faham, hadam dan praktikkan adalah 1) Understand your subject and angles. 2) Be aware of what/where to focus on in a photo. 3) Know your composition 4) Find your light. 5) Apply the “photography Rule Of Thirds” . Rule ni penting tau. Technology does wonders. Kalau tak faham, Google je. Tak mau malas-malas ok. 🤗So kalau kita suruh orang tolong amikkan gambar tapi dia amik senget-benget, kita tau macam mana nak reframe kasi semenggah sket. 😬 Ini la serba sikit basic info tentang fotografi. Ok la tu untuk versi instagram kan. Kalau nak more details, haaaa.. Google ada , YouTube ada, photography classes pun ada. Oh by the way, saya takde personal photographer. Membazir. Baik duit tu saya pakai pegi bercuti. 🏝Gambar-gambar dalam instagram 95% pakai handphone’s camera je. 🤗

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Bagi kami apa salahnya untuk Nazim curi sedikit masa untuk bersama isteri tercinta kan? Tak ada lah dia tertekan dan mampu memberikan kualiti lakonan yang baik ketika kembali bekerja nanti.

Okay tak nak cakap banyak, #MHBelanjaGambar percutian mereka.

Sumber: BH Online
Sumber gambar : Instagram Nazim Othman

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "