Sejak kebelakangan ini, nama Daler Yusuf semakin menjadi sebutan ramai apatah lagi selepas kemunculannya dalam drama bersiri ‘Tuan Anas Mikael’, ‘Ombak Cinta’, ‘Encik Suami Mat Salleh Celup’ dan ‘Titian Cinta’ yang baru sahaja ditayangkan di TV3 tidak lama dulu.

Sering Diejek Kerana ‘Slang’ Bila Bertutur, Daler Yusuf TakPatah Semangat Cakap Melayu!

Ramai yang menyangka pelakon berdarah kacukan Uzbekistan ini tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi hakikatnya pertuduhan itu tidak tepat sama sekali.

IKLAN

“Siapa kata saya tak boleh berbahasa Melayu. Saya orang Malaysia okay. Sebelum ini agak sukar untuk saya memahami Bahasa Melayu apalagi untuk bertutur kerana saya tidak punya ramai kawan Melayu. Awalnya, apabila saya hadir ‘casting’, lahir rasa malu dan rendah diri kerana saya tidak fasih berbahasa seperti yang lain.

 

“Disebabkan cita-cita, saya paksa diri untuk belajar bercakap dalam Bahasa Melayu dengan rakan-rakan dan perbanyakkan berkawan dengan orang-orang Melayu. Selain itu, saya juga turut membaca buku, majalah dan surat khabar dalam Bahasa Melayu.

 

“Alhamdulillah, now I’m improving, & keep improving walaupun saya masih ada kekurangan dan ‘slang’. Saya juga sudah lali diejek kerana ‘slang’ saya. Untuk itu saya hanya positif menerimanya,” ujar Daler kepada MH Online.

Sering Diejek Kerana ‘Slang’ Bila Bertutur, Daler Yusuf TakPatah Semangat Cakap Melayu!

IKLAN

Berkongsi cerita tentang cinta, Daler juga tidak kisah jika dia ditakdirkan bercinta dengan artis suatu hari nanti.

IKLAN

“Jika saya ditakdirkan bercinta atau berkahwin sesama artis sudah pasti saya harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Jika itu adalah jodoh, siapalah saya untuk menghalang ketentuan Allah.

 

“Ciri-ciri gadis pilihan saya, dia semestinya seorang yang ‘simple’, baik hati, bijak, hormat orang tua, sopan santun dan paling penting seorang yang beragama”, ujar Daler yang pernah berhadapan dengan kontroversi apabila salah satu babak lakonannya bersama Nellydia menjadi buah mulut ramai.

Selain sibuk menjayakan penggambaran drama, Daler juga akan meluangkan masa untuk bersama peminat-peminat yang ingin dekat dengannya dalam satu majlis hi-tea tertutup yang akan diadakan pada 23 Disember ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI