Semalam di akaun Instagram pelakon wanita, Serina Redzuawan, dia telah meluahkan rasa kecewa dan menepis dakwaan fitnah tentang hak penjagaan anaknya.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik olehnya, gambar yang dikongsi oleh Serina itu telah mengatakan bahawa, tergamak sebagai seorang ibu, Serina menyerahkan hak penjagaan anak begitu sahaja kepada bekas suaminya.

Bagi menepis fitnah yang dilemparkan kepadanya, Serina telah menjelaskan panjang lebar situasi sebenar di ruangan kapsyen gambar tersebut.

IKLAN

“Asalamualaikum, Ramai sungguh insan yg suka menabur fitnah dan mencari salah org lain, Biarlah i jelas kan supaya tak wujud Fitnah terhadap diri I tentang hak penjagaan anak, terlebih dahulu nak maklumkan Serina & Gavin tidak bergaduh dan berebut anak kami sepakat sama sama utk menjaga anak kami,memandangkan Dia kerja pejabat office hour,

 

“Siang i sepenuh masa free lepas anak habis sekolah Serina lah yg jemput dan spend time urus hal kerja sekolah,mengaji anak,makan anak di rumah asal kami,

 

“cuma pihak gavin minta malam anak bermalam di rumah asal kami sbb dulu kami dah renovate bilik anak anak supaya mereka selesa, sbb itu lah kami bersetuju perjanjian itu. Apa bezanya? Siang sepenuh waktu i dah bersama anak malam ngan Daddy dia .Salah ke?

 

“Bukan nya Serina lepas tangan tinggalkan anak anak,MasyaAllah fitnah cukup besar kali ini disebarkan ,jawablah di akhirat . I Masih Rasional dan tau tanggungjwb menjaga anak anak i. Urusan Ustazah ajar mengaji pun semua i uruskan.Jgn suka lempar batu dan sembunyi tangan.Apa pun,I maafkan sesiapa yg fitnah i,moga di ampunkan dosa kalian,’ jelasnya panjang lebar.

 

IKLAN

Sebagai seorang ibu, takkan Serina sanggup melepaskan anak-anaknya begitu sahaja. Apa yang dilakukan Serina itu adalah untuk kebaikan anak-anaknya dan dia bersama bekas suaminya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak mereka.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memerintahkan hak jagaan dua anak pelakon dan pengacara Serina Redzuawan iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5, diserahkan bapa kandungnya warga Britain iaitu Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

IKLAN

Hak jagaan kekal tersebut diberikan kepada Salahudin secara persetujuan bersama dengan isterinya Serina Redzuawan dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.

Sumber: Instagram Serina Redzuawan & Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI