Select Page
  • 6.5K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6.5K
    Shares

Tarikh 6 Oktober lalu menjadi momen bermakna buat pasangan selebriti, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang telah pun mengikat tali pertunangan dalam suasana serba ringkas tetapi eksklusif di kediaman pihak perempuan di Cheras, Kuala Lumpur.

Merancang mahu mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan, Elfira bagaimanapun mengakui, masih belum melakukan sebarang persiapan besar.

Sebaliknya, pelakon drama Dalam Hati Ada Taman di samping aktor Indonesia, Randy Pangalila ini memberitahu, ada ketikanya dia terlalu cerewet menyebabkan perancangan atau persiapan akhirnya dilakukan pada saat-saat akhir.

“Mungkin sebab terlalu fussy membuatkan hal ini berlaku. Sebab majlis yang bakal diadakan sekali dalam seumur hidup kalau boleh. Jadi pastinya kami mahukan yang terbaik. Terima kasih juga buat semua yang sentiasa mendoakan,” luah Elfira ketika ditemui MH di majlis ramah mesra bersama jenama Maydan di Melawati Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Diajukan persoalan mengenai dugaan selepas bertunang, selebriti kecil molek ini nyata profesional dan  sebolehnya, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal berkenaan dugaan selepas menjadi tunangan orang. Baginya, adalah lebih baik untuk fokus di dalam apa yang dilakukan daripada memikirkan perkara yang remeh-temeh.

“Saya sedar, bila sudah bertunang akan wujud istilah pasangan bertunang akan banyak hadapi dugaan, ‘berdarah manis’ dan sebagainya. Bagaimana pun, kami tidaklah mahu fikirkan hal tersebut dengan mendalam kerana itu hanya buatkan diri masing-masing lebih tertekan. Baik saya mahupun Suhaimi, kami lebih gemar berbincang kalau berlaku perselisihan faham.

 

“Tipulah kalau tidak ada gaduh langsung, tapi itulah, kami cuba untuk handle dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, setakat ini baik-baik sahaja. Cuma, bila sudah bertunang kami makin banyak berkongsi mengenai kerjaya memandangkan masing-masing terlibat dalam seni. Banyak projek yang kami rancang pada depan, insya-ALLAH,” terang Elifra yang kini turut terlibat di dalam program islamik, Tahfiz Muda musim terbaru yang bersiaran menerusi Astro Oasis. 

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: