Menangis kami apabila mengetahui tragedi yang menimpa pelajar-pelajar Tahfiz baru-baru ini.

Tak sanggup MH Online menonton video-video yang tersebar luas di media sosial yang memaparkan kejadian kebakaran tersebut. Namun harapnya tidak perlu lagi disebar luas video dan gambar-gambar bagi menghormati perasaan keluarga mangsa.

Seperti yang kita tahu baru-baru ini 21 pelajar dan dua orang warden dilaporkan maut dalam sebuah kebarakan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar harian, besar kemungkinan perkara ini terjadi di sebabkan oleh litar pintas dan ubat nyamuk. Sungguhpun begitu, pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca utama dan mungkin mengambil masa dalam dua hingga tiga hari.

Berita ini telah menggemparkan negara dan memberi kesan yang sungguh mendalam buat semua rakyat Malaysia.

IKLAN

Tidak terkecuali, golongan selebriti juga memberi kata simpati dan menumpang sedih atas apa yang telah terjadi.

IKLAN

Saya menangis dengan berita ini. Sayu mendengar sebahagian daripada ANAK2 SYURGA ini menangis untuk Cuba menyelamatkan diri. AL FATIHAH ? #hatiseorangibu #Repost @malaysia1news ・・・ #1News Litar pintas punca pusat tahfiz terbakar – Bomba. Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan tersebut. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama. Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap. Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut. Foto : Antara mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Al-fatihah.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Al Fatiha …. takziah bagi seluruh ahli keluarga mangsa yg terkorban.. #Repost @jom_dakwah ・・・ Siapa Orang yang pertama masuk surga dan neraka? Sebuah hadits yang diriwayatkan Abu Bakar bin Abu Syaikah dari Abu Hurairah menyebutkan bahwa Nabi bersabda, “Tiga Orang yang pertama masuk surga, yaitu orang yang mati syahid, orang lemah yang sudah berkeluarga dan dapat menjaga kehormatannya, dan seorang budak yang mengabdi dengan baik kepada Tuhannya serta memenuhi hak-hak tuannya. . Adapun tiga orang yang pertama masuk neraka adalah seorang pemimpin yang zhalim, orang kaya harta namun tidak memenuhi kewajibannya, dan orang miskin yang sombong”. . @fakhrulunic – #Repost @beritaharian KUALA LUMPUR: Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Sgt terkesan dengan berita ni..subhanallah..salam takziah buat semua keluarga ❤ . . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ . . Ps: pada yg ingin membantu juga boleh salurkan disini..info yg dapat dr group usrah fitrah jadi sy kongsikan disini : . . Assalamualaikum Ramai pihak yang bertanya mengenai no akaun madrasah . . Disini diampirkan bagi yang ingin berinfaq . . Semoga sebarang sumbangan kita kepada madrasah DQI diterima sebagai amal soleh di sisi Allah . . *Darul Quran Ittifaqiyah* *8602299587* *CIMB ISLAMIC BANK* . . Credit pic; @malaysia1news

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi serta pihak pengurusan sekolah Tahfiz yang terlibat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI