SELEBRITI tanah air juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas Kejayaan Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri menggunakan laman Instagram miliknya.

“Tiada yang mustahil, percaya pada diri dan berikan yang terbaik. Tahniah dan teruslah mengharumkan Agama, bangsa serta negara. Tahniah Faiz!” tulisnya.

Sementara itu, penyampai radio, Fara Fauzana turut sempat bergurau mengajak pemain tersebut berlawan futsal dengannya.

“Bangganya, tahniah! Awak! Balik nanti kita lawan futsal jom? Siapa nak team fafau? Faiz versus Fafau,” tulisnya lagi.

Selain itu, pelakon Fahrin Ahmad juga turut berbangga dengan kejayaan Faiz Subri mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Tahniah...Sebagai peminat sukan dan dunia bola sepak Malaysia, saya tumpang bangga dan anda, Faiz Subri adalah kebanggaan semua. Kini nama anda dan Malaysia telah tercatat dalam sejarah Anugerah Fifa dan dunia,” tulisnya.