Salvador Alvarenga, seorang Nelayan berusia 36 tahun dari El Salvador bersama rakannya Ray Perez pada mulanya merancang memancing di perairan Mexico, namun di saat akhir, rakannya itu tidak dapat menyertainya dan diganti dengan pemancing lain, Ezequiel Cordoba.

Kedua-dua mereka tidak pernah berbual mahupun bekerja bersama sebelum ini, namun berkongsi hobi sama, iaitu memancing.

Sebagai persediaan, mereka membawa telefon bimbit yang disimpan dalam beg plastik, GPS dan radio. Selain itu, bot dimuatkan dengan pelbagai keperluan termasuk 70 gelen gasolin, 16 gelen air, 50 paun sardin untuk umpan, serta cangkuk, pisau dan baldi.

Namun, cuaca buruk dengan ombak yang semakin kuat menyebabkan mereka hanyut ke tengah laut dan Salvado memaklumkan kepada majikannya menerusi radio bahawa bot mereka berhenti berfungsi, malangnya berada berbatu jauhnya di tengah laut, namun tiada respon.

Lebih memburukkan keadaan, GPS yang dibawa juga tidak boleh digunakan.

Mereka menelefon pengawal pantai yang meminta dua lelaki itu melabuhkan sauh supaya dapat mengenal pasti lokasi dan mengelak terus hanyut, namun malangnya, bot berkenaan tidak dilengkapi sauh dan bot  itu terus hanyut ke laut, ombak membadai malah ada yang terlalu kuat untuk bot kecil mereka.

IKLAN

Hari berganti hari, rasa lapar dan dahaga mula dirasai dua lelaki malang itu.Mereka tidak mempunyai makanan, tiada cara untuk mengambil air bersih malah tidak boleh menangkap ikan. Mereka hanya menangkap penyu, obor-obor dan burung laut untuk terus hidup.

Selepas dua bulan berada di laut, Salvador sudah terbiasa menangkap dan memakan haiwan yang terdapat di keliling mereka namun kesihatan mental, fizikal serta semangat mulai menurun.

Malangnya , akibat kekurangan zat makanan Ezequiel meninggal dunia. Walaupun sukar menerima kenyataan, Salvador tidak berputus asa untuk terus hidup.

IKLAN

Namun, selepas ribut kuat, Salvador mendapati dirinya berada di kawasan yang mempunyai arus lancar dan langit tiba-tiba dipenuhi burung gagak.

Lelaki itu kini sedar yang dia menghampiri daratan dan dapat melihat Tile Islet, sebuah pulau kecil yang merupakan sebahagian daripada Atol Ebon.

Di sana, dia bertemu dengan Emi Libokmeto dan suaminya, Russel Laikidrik yang membantunya mendapatkan rawatan.Walaupun mengalami trauma fizikal dan psikologi yang tidak dapat dibayangkan, Salvador terselamat.

IKLAN

Dia menghabiskan 438 hari hilang di laut dan tidak lama kemudian kembali ke El Salvador serta akhirnya disatukan semula dengan keluarganya.

Sumber : The Guardian.com

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]


SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI