Selalunya kita dapat lihat ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu majoritinya hanya menguasai bahasa Melayu dan Inggeris sahaja.

Jika korang boleh bercakap melebihi dua bahasa tersebut seperti bahasa Cina, Tamil itu merupakan kelebihan buat korang.

Tapi ada juga yang lebih hebat kerana dapat menguasai bahasa asing dari negara-negara tertentu seperti bahasa Korea, Jepun, Perancis dan banyak lagi.

Kali ini MH mahi berkongsi dengan korang semua empat artis di negara ini yang hebat bertutur dalam bahasa asing.

 

1. Shila Amzah – Bahasa Mandarin

Selain Shila Amzah, 3 Selebriti Ini Juga Pandai Cakap Bahasa Asing!

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi, Shila Amzah memang hebat bertutur dalam bahasa mandarin jadi tidak hairanlah dia dapat meluaskan kariernya sebagai penyanyi di negara tembok besar, China.

IKLAN

https://youtu.be/yAH93a_XMpc

 

2. Mawar Rashid – Bahasa Thailand

Selain Shila Amzah, 3 Selebriti Ini Juga Pandai Cakap Bahasa Asing!

Kalau korang nak tahu pelakon cantik dan comel, Mawar Rashid pandai bertutur dalam bahasa Thailand. Mawar mempunyai darah kacukan Siam di mana ibunya berasal dari Chiang Mai, Thailand.

IKLAN

 

3. Keith Foo – Bahasa Indonesia

Selain Shila Amzah, 3 Selebriti Ini Juga Pandai Cakap Bahasa Asing!

IKLAN

Ramai yang tak tahu bahawa pelakon kacak, Keith Foo hebat bertutur dalam bahasa Indonesia dengan fasih. Ini kerana pelakon yang berasal dari Negeri Sembilan ini sering mendapat tawaran berlakon di Jakarta, Indonesia dan disebabkan itu dia fasih berbahasa Indonesia.

 

4. Maya Karin – Bahasa German

Selain Shila Amzah, 3 Selebriti Ini Juga Pandai Cakap Bahasa Asing!

Ha buat korang yang tak tahu, pelakon popular, Maya Karin sebenarnya hebat bertutur dalam bahasa German kerana dia dilahirkan di German dan ayahnya juga berasal dari German jadi tidak peliklah Maya boleh bertutur dalam bahasa German dengan begitu fasih sekali.

https://youtu.be/JTepudsybC0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI