Select Page
  • 628
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    628
    Shares

Muzik Rap dan Hip Hop sering kita lihat lebih banyak didominasi oleh golongan lelaki di negara kita ini namun untuk korang yang mungkin tidak tahu, artis wanita di negara kita ini juga ramai tidak kurang hebatnya.

Baru-baru ini, pelakon popular, Fathia Latiff telah mengejutkan industri seni apabila dia telah menunjukkan bakatnya menyanyi rap dalam single pertamanya berjudul ‘Keluarkan Aku’.

Ok selain Fathia, ada ramai lagi penyanyi wanita yang boleh menyanyi rap dengan baik. Jom MH share dengan korang!

 

1. Kayda

Penyanyi rap, Kayda merupakan anak kepada kompser terkenal, Datuk Roslan Aziz dan ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid. Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda popular menerusi lagu-lagu rap seperti Gucci Dowh, Go Hard or Gostan dan banyak lagi.

 

2. Eyza Bahra

Sebelum bergerak secara solo, penyanyi, Eyra Bahra merupakan salah seorang ahli kumpulan Salam Music. Selepas bergerak secara solo, Eyra telah mengeluarkan single bertajuk ‘Cakerawala’ yang ditulis sendiri olehnya bersama dengan DJ Fuzz.

 

3. Zizi Kirana

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 7, Zizi Kirana merupakan salah seorang penyanyi wanita yang mampu menyanyi rap dengan baik.

 

4. Hunny Madu

Pengacara, Hunny Madu juga merupakan penyanyi rap wanita yang hebat dan di antara lagunya yang popular adalah Go Hard or Gostan, AV, Get Money dan banyak lagi.

 

5. Sophia Liana

Penyanyi, Sophia Liana merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan rap perempuan De Fam yang popular menerusi lagu Supergirls, Bila Ada Kamu dan With You. Sophia juga sering berkongsi video rappingnya dia media sosial.

 

6. Mimi Fly

Mimi Fly merupakan seorang penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia mempunyai bakat menyanyi dan rap yang sangat hebat. Selain menyanyi, Mimi juga sangat hebat menari!

 

7. Zamaera

Mungkin ramai yang kurang mengenali penyanyi rap baharu yang semakin meningkat naik namanya ini, Zamaera. Untuk pengetahuan semua, Zamaera pernah mengalahkan 50 peserta lelaki dalam acara Red Bull Blend 2016 yang merupakan sebuah pertandingan rap dan dia telah berjaya mendapat gelaran naib juara dalam pertandingan itu.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: