Walaupun pernah diulit insiden melibatkan hal rumah tangga, namun, majlis aqiqah anak sulung Aliff Aziz dan juga Bella Astillah telah berlangsung dengan cukup meriah.

Majlis yang berlangsung di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam yang bertemakan warna putih itu turut dihadiri saudara dan juga rakan terdekat termasuk rakan artis Hefny Sahad.

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Bella pula kelihatan seperti seorang pengantin apabila anggun berbaju kurung moden berona biru lembut dan berselendang putih di majlis aqiqah anaknya, Mohamad Ayden Adrean.

Bukan sahaja Bella, tetapi suaminya, Aliff Aziz turut mengenakan baju rona putih sedondon dengan anak mereka pada hari tersebut.

Pasangan ini juga dilihat seringkali memuatnaik gambar bersama bagaikan memberikan bayangan bahawa rumah tangga mereka sudah kembali berseri.

Bella juga telah berkongsi foto-foto di sekitar majlis aqiqah putera sulungnya itu di laman sosial Instagram (IG) yang berlangsung semalam.

Pengikut Bella turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas kelahiran anak mereka dan memuji Bella begitu cantik pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, kini sudah menjadi trend selebriti membuka akaun Instagram untuk anak mereka, pelakon Meh Sandar Lagi itu turut melakukan perkara yang sama.

IKLAN

Pastinya mereka suami isteri ingin mengabdikan kenangan dan berkongsi perkembangan cahaya matanya itu nanti dengan peminat.

Selepas beberapa bulan dibuka akaun tersebut kini mempunyai 48 ribu pengikut dan sepuluh keping gambar Ayden Adrean telah dimuatnaik setakat ini.

Kebanyakan entri dihujani dengan komen yang memuji kecomelan Ayden Adrean.

Terdahulu, pasangan selebriti Aliff dan Bella telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 8 Julai yang lalu.

BACA JUGA> http://www.mediahiburan.my/aliff-aziz-dedah-wajah-anak/

IKLAN

Di sini MH Online kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis aqiqah berlangsung :

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

IKLAN

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

Sekitar Majlis Aqiqah Putera Sulung Aliff Aziz, Bella

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI