Tentu sahaja saat kemenangan dalam sukan terutamanya sukan yang berprestij seperti Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 membawa erti yang lebih jauh daripada beradu tenaga semata-mata iaitu membawa nilai sentimental bagi sesetengah individu.

Seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik sebuah video membuatkan ramai yang sedih dan terharu. Video itu menunjukkan pemain negara bernombor jersi 10 naik ke tempat penonton dan memeluk ibu dan ayahnya selepas menang menentang Singapura semalam.

Malaysia menang 22-7 dalam acara itu sekali gus menambah pungutan emas negara.

Video yang dimuat naik dengan kapsyen “Sebak weh. Player (no 10) datang ke tempat fans peluk mak ayah dia!!” berjaya mendapat lebih 13k perkongsian dan lebih 7 ribu likes’ (setakat artikel ini ditulis).

Sebak Lihat Pemain Ragbi Malaysia Peluk Ibu, Ayah

Pemain jersi no 10, Azwan Zuwairi telah datang ke tempat penonton semata-mata ingin memeluk ibu dan ayahnya, mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang berada disitu. Di akhir video itu juga , pemain berkenaan juga memakaikan bendera Malaysia di leher ibunya.

IKLAN

Sebak Lihat Pemain Ragbi Malaysia Peluk Ibu, Ayah

Video tersebut juga dibanjiri dengan komen tersentuh hati dan memuji Azwan Zuwairi bersifat kekeluargaan dan semangat kuat dalam pasukan.Tak kurang juga memuji pasukan ragbi Malaysia yang sentiasa berjemaah dan bergilir menjadi imam.

Sebak Lihat Pemain Ragbi Malaysia Peluk Ibu, Ayah

IKLAN

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah mengucapkan tahniah kepada pasukan ragbi Malaysia yang merangkul pingat emas.

Sebak Lihat Pemain Ragbi Malaysia Peluk Ibu, Ayah

Sementara itu, di Twitter Team Malaysia turut memuatnaik gambar Azwan Zuwairi,
“Pemain Ragbi 7s , Azwan Zuwairi meluru ke arah penonton & memeluk ibunya sejurus perlawanan #KL2017 tamat. What a man!”

IKLAN

Sebak Lihat Pemain Ragbi Malaysia Peluk Ibu, Ayah

MH Online mengucapkan syabas kepada pasukan ragbi Malaysia. Anda semua kebanggaan Malaysia!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI