Seperti yang semua tahu sebelum ini Nabila Razali juga pernah digandingkan dengan Alif Satar dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Boleh dikatakan gandingan mereka berdua agak menjadi hingga menyebabkan ramai yang mula membuka mata tentang penyanyi lagu Cemburu ini.

MH Online mengambil kesempatan untuk bertanya tidakkah dia tergugat kerana ‘pasangan’ dramanya kini sudah ‘dimiliki’ oleh orang lain?

IKLAN

“Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada tugasan kami, ia dikira sebagai kerja. Bagi saya, sewaktu itu memang tanggungjawab saya dan Alif untuk meyakinkan penonton tentang chemistry kami. Tetapi apabila drama tersebut tamat, kami membawa haluan masing-masing dan punyai fokus tersendiri,” jelasnya.

‘Saya Tak Takut Dibandingkan Dengan Neelofa’- Nabila Razali

IKLAN

Katanya lagi, tiada istilah takut mahupun cemburu jika gandingan Alif dan Neelofa menjadi bualan ramai.

IKLAN

“Saya tak takut dibandingkan dengan Neelofa kerana saya juga pernah dibandingkan dengan Siti Nordiana. Seperti yang semua tahu sebelum ini Alif sudah ada chemistry tersendiri dengan Nana sehinggakan ada yang mempersoalkan dan mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon baru.

 

“Tetapi lama kelamaan saya lihat ramai yang boleh terima dan akhirnya kami punyai peminat kami yang sendiri.

 

“Begitu jugalah yang akan terjadi pada Alif dan Lofa nanti, lama kelamaan semuanya akan okay dan penonton juga akan mula terima gandingan baru itu,” katanya lagi.

Nabila yang kini sedang sibuk mempromosikan lagu terbarunya Pematah Hati memberitahu dia menyokong tidakan Alif untuk membenarkan peminat menggunakan hashtag nama bagi memudahkan peminat mencari gambar atau segala update berkenaan dengan drama tersebut.

“Bagi saya memang benar, walaupun ada sesetengah pihak tidak bersetuju dan merasakan ia tidak penting tetapi secara tidak langsung dia akan hype kan lagi drama tersebut malah membantu peminat atau penonton untuk mengetahui apa sahaja update dan lihat gambar yang dimuat naik. Cuma pekara seperti ini haruslah mendapat persetujuan daripada dua pihak,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI