Terbaru, kini hangat diperkatakan mengenai kontroversi Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai ‘N’.

Ramai yang bertanggapan bahawa pelakon ‘N’ yang dimaksudkan Datuk Red ialah Nonny Nadirah, 28, seorang pelakon yang sedang menempah nama yang berasal dari Sabah.

Pelakon ini juga telah memuat naik satu gambar di laman Instagram milikknya dengan disertai kapsyen yang kelihatan bengang dengan gosip yang melanda dirinya.

Nonny juga menegaskan bahawa dia juga tidak pernah pun bertemu dengan Datuk Red apatah lagi menjalin hubungan cinta dengan lelaki itu.

Saya Tak Suka Publisiti Murahan- Nonny AF 5

IKLAN

“ I don’t like cheap publicity!! Get a life dude!! saya baru je dlm industri nie kan hmmm.. baru 11 tahun gais..udeh2 lettew.. Hentikanlah gosip2 liar sebegini..sy penatlah.. I luv my friends,my family,my fans & my cinta hati.. I RESPECT them..”

 

“So stop for being childish! Orang-orang penting dalam hidup saya nie semua tau segala kebaikan & kejahatan saya.”

 

“Saya bukan malaikat tapi kita nie makin hari makin tua bukan makin muda..kita belajar dari kesilapan untuk menjadi orang yang lebih baik.. mintak duit awak? “

 

“Menjalin cinta dengan awak? Jumpa pun x pernah.. lagi apa mau cerita?.. So funny!! Are U happy now?.. TQ for jeopardize my reputation! Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa awk wahai Hamba Allah si polan bin si polan.. Peace mwah!!”

Perkongsian bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) itu telah menerima pelbagai reaksi dari pengikutnya. Rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat kepadanya supaya bersabar dengan apa yang melanda dirinya.

Saya Tak Suka Publisiti Murahan- Nonny AF 5

Nonny juga berkata dia tidak pernah berhubungan dengan Datuk Red yang juga merupakan suami kepada pelantun lagu Lara Lagi itu.

IKLAN

Dikhabarkan, Nonny sudah mempunyai teman lelaki dan kini sudah memasuki  lapan tahun bercinta serta sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Nonny juga berharap dengan penjelasannya itu semua pihak berhenti menyebarkan gosip atau fitnah mengenai dirinya dan jangan mengeruhkan lagi keadaan.

IKLAN

Saya Tak Suka Publisiti Murahan- Nonny AF 5

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI